Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

22 Jul 2012

Daging Goreng Garam Kunyit




Sebelum berbuka hari ni, nak tayang lah lauk bersahur sempoi saya pagi tadi. Haaa ini dia lauk bersahur kami. Sampai bila bila pun, lauk ini menjadi kegemaran. Kalau masa Hari Raya Korban, inilah lauk wajib ada di rumah kakak saya selepas mengerjakan ibadah korban. Daging ni kekonon daging batang pinang yang kata nya tak perlu di rebus dulu. Tapi keras semacam jer walaupun di rebus dulu sebelum digoreng.

Kalau sahur, saya memang suka lauk macam ni dan dimakan dengan nasi putih panas panas. Dengan dimasak simple dan sempoi, baru kita dapat nikmati rasa kemanisan daging sebenar. Dah cukup, tak perlu lauk lain dan tak perlu kuah juga. Walaupun saya ada juga menyediakan Kuah Sardin Mackerel, tapi tak dapat sambutan pun.

Haaa cara buat macam biasa lah. Lumur dengan garam dan kunyit. Masukkan dalam kuali bersama sedikit air. Selepas daging agak empuk dan air kering, masukkan minyak dan digoreng sehingga sedikit keperangan, bolehlah dimasukkan bawang besar hiris dan cili hidup hiris. Boleh diangkat....hmm sedap. Kalau nak buat masak kicap, boleh masukkan sedikit cuka dan kicap serta air. Menjadilah daging masak kicap tapi garam kena kurangkan sebab kicap pun dah masin.


4 ulasan:

  1. I pun suka masak daging goreng garam kunyit mcm ni,ringkas tapi sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Norzie. Baru rasa keenakan daging. Sama juga dg udang. I suka goreng garam kunyit jer. Memang tak suka yang berempah dan berkuah pun tapi kena buat juga untuk hubby dan anak anak

      Padam
  2. Ringkas saja cara penyediaannya ye Azie, memang terasa hidangan lebih sedap dengan rasa manis dagingnya! Kalau masak begini ia mengekalkan rasa, tapi kalau masak dengan pelbagai rempahan dan bahan, kuranglah sikit nikmat nak rasa daging sebenar sebab rempah2 semua meresap ke dalam daging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Amie. I mmg suka masakan simple jer. I sebenarnya tak suka yang berempah tapi kena buat juga utk famili. Kalau ikutkan ayam, udang, sotong semua digoreng macam ni jer. Lebih lebih lagi kalau dimasukkan sekali cili solok hiris dari Kelantan, mmg cukup sedap pada selera saya.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.