Iklan Nuffnang

Radiglow

Iklan

Iklan Kalogen

30 Jul 2012

Kuih Talam Keladi




Haaa cantik tak warna purple ni? Cantik kan? Menyerlah sekali warnanya. Di samping Kuih Talam Pandan di SINI, saya juga membuat Kuih Talam Keladi untuk dihantar ke masjid. Kuih ini dibuat hari minggu yang lalu selepas rasa kekosongan sangat di pagi itu. Rasa kecewa melanda diri yang mengejar banyak waktu dan kesempatan yang telah tertinggal sebelum ini. Saya menyesali kerana tidak merebut peluang di masa lalu, jadi saya ingin menebusnya di Ramadhan ini. Namun saya tak dapat berkongsi sebab sebenar kekecewaan saya. Balik dari masjid, saya menyambung tidur melepas perasaan.



Sedar atau tidak telah 10 hari kita berada di dalam bulan Ramadhan. Saya memang tidak suka menghitung hari hari berpuasa kerana saya akan rasa bersedih bila mengingatkan Ramadhan akan berlalu pergi. Saya mesti mengakui bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang paling saya sukai kerana keberkatan dan pahala yang berganda di bulan ini, tetapi juga kerana hubungan kekeluargaan yang lebih erat dan pengisian ibadah yang sangat padat. Hidup terasa sangat bermakna di bulan Ramadhan. Sejak beberapa tahun yang lalu, saya memang tidak beria ia membuat persiapan raya, malahan baju raya pun dibuat ala kadar sahaja. Saya memang sentiasa mempunyai kain pasang yang belum berjahit di dalam simpanan. Sekali membeli saya akan membeli banyak pasang kain kerana saya jarang sekali berkesempatan untuk shopping selalu selalu.

Jauh pulak menyimpang topik ya, OK lah berbalik pada kuih Talam Keladi, ini adalah percubaan pertama saya membuat Kuih Talam Keladi dan sangat gembira kerana ianya menghasilkan Kuih Talam Keladi yang sangat cantik. Masalahnya yang timbul ialah lapisan purple ternipis berbanding lapisan keladi untuk kuih yang dibuat dalam bekas kecil untuk hidangan kami berbuka puasa. Lain lain saya memang berpuashati dengan resepi ini yang saya ambil dari blog Yatie yang diambil pula dari blog Ayu. Saya menambah sedikit gula dalam lapisan putih seperti yang dibuat oleh Yatie. Sedap sangat kuih ini, cukup lembut dan kemanisannya. Ketebalan lapisan atas dan bawah juga cantik seimbang. Bukan yang dalam gambar ni lah tapi yang dalam loyang. Saya pasti menggunakan resepi ini lagi di masa masa akan datang. 


Sementara masih di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, saya juga ingin berkongsi sedikit dari tazkirah sebagai pengisian ilmu kita. Dalam tazkirah malam tadi, disebutkan kita kena memohon supaya dijadikan sebagai orang beriman, orang yang beriman akan mendapat taqwa dan seterusnya ganjaran syurga. Antara ciri ciri orang yang beriman ialah:

  • Apabila mendengar nama Allah, akan bergementar hatinya. Bila melihat kehebatan ciptaan Allah, akan teringat kehebatan Allah.
  • Menjaga solat. Menetapkan waktu yang tetap setiap hari untuk menunaikan solat dengan sempurna, kusyuk dan faham erti ayat ayat yang dibaca. 
  • Bertawakkal kepada Allah Taala. Kerana hanya Allah sahaja yang boleh menolong kita. Diceritakan kisah kehebatan Omar Abdul Aziz yang hidup miskin dan tidak meninggalkan harta untuk anak anaknya sebaliknya menyerahkan mereka kepada Allah.

Semoga perkongsian ilmu dan juga perkongsian resepi ini mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala juga. Jom layan resepi dulu...



Kuih Talam Keladi
Cuba oleh: Azie Kitchen
Loyang 10x10x3

Bahan Lapisan  Bawah 
Bahan (A)
220 gm tepung beras 
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan (B) 
250 gm keladi - (saya letak 300 gm) 
Buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidak hitam, potong kiub dan kukus selama 5-8 minit. Lepas kukus baru timbang

Cara-cara:
Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.

Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum (saya guna 160 gm)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (guna 4 biji telur)
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple

Cara caranya:
Bancuh semua bahan bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap. 

Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.

Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik.





Nota:
Untuk mengeringkan air di permukaan, saya terus mengukus beberapa minit terakhir dengan tidak menutup pengukus. Lap selebihnya dengan tuala dapur. 


33 comments:

Nur-nba said...

Cantik warna kuih talam Kak Azie ni..

Azie said...

Nur, so striking purple kan? Sweet

FnF Simple Life said...

Cantik... suka tgk kaler pepel tu

Azie said...

Hahaha rasanya pun secantik warna. Cubalah buat. Resepi ni memang a keeper recipe for Talam Keladi

LinRosly said...

Assalamualaikum Azie,
Sedap nampaknya Talam Keladi ni...cantik...

Azie said...

Lin, first time buat. Mudah dan rasanya pun sedap

zila norazila said...

salam syg kak zie,thnks sudi share tazkirah tue..perkongsian ilmu yg membawa manufaat kak..
talam purple akk tu mmg cantik,pic yg jelas lg..suka tgok..zila keep resepi nie jgk yer kak..mybe 1 hari nnt teringin nk buat:) thnks alot.

Nieza said...

Salam ramadhan kak Azie, nampak menarik dan semestinya sedap kan.saya pun peminat kuih talam..:)

Yatie said...

Assalamualaikum Azie,
cantik dan kemas je kuih talam keladi akak ni, suka tngk...tq sudi mencuba dan salam ramadhan juga buat akak sekeluarga..

hazila said...

Cantik combination white and purple dan tentunya menyelerakan.

Ayu said...

Assalam Azie,
wah cantik kuih talam dikukus dalam acuan ni..
rajin azie, buat kuih dalam acuan ni dibuolan2 puasa ni..kita kalau buat kuih dalam bulan ni..terus dalam loyang..nak cepat punya pasal..hehe..terimaksih juga sudi mencuba ya..

Azie said...

Zila, terima kasih. Kembang hidup jap sb Zila komen pasal gambar. Nak cari papan buruk mcm Zila punya props tu

Azie said...

Selamat berpuasa utk Nieza juga. Saya gembira sangat dg kejadian dan rasa kuih talam ini. A keeper recipe

Azie said...

Terima kasih kerana berkongsi resepi yang sangat sedap. Semoga Yatie dilimpahi ganjaran pahala kr berkongsi ilmu yg bermanafaat. Percubaan pertama yg tidak memberi banyak masalah pun.

Azie said...

Hazila, mmg sedap sangat. Cubalah buat

Azie said...

Ayu, kita sebenarnya buat dalam loyang 10x10 juga. Yang untuk berbuka puasa di rumah jer, dibuat dalam bekas sebab tak nak potong yang dalam loyang.

Phong Hong said...

The purple color is so pretty. Keladi is yam, right? What type of acuan did you use? It is very nice.

Amie said...

Cantik warnanya! Cantik rupa parasnya... itu belum lagi rasanya, tentu sedapkan Azie!

Azie said...

PH, yes keladi is yam. This kuih is so yummy, worth trying. I use apam mould.

Azie said...

Amie, rasanya sedap. Seronok sebab sekali buat terus jadi dengan cantik.

Ummi said...

Assalamualaikum Azie, mmg cantik jek kuih bila kaler pepel gitu..lg berselera laaaa...Rajin Azie hantar kuih ke masjid...Ummi ni x sempat ler nak tumpang sedekah masakan...lain2 insyaAllah laaa...hehe. Teringin jgk nak rasa talam keladi, belum penah buat lgk pun....ngeeeee

Azie said...

Ummi, I ni tengah bersemangat nak memasak, sebab baru kenal dapur, baru tahu seronoknya memasak

Shiela said...

Sungguh tegoda dengan kepepelan kuih talam ni.. teringin juga nak mencuba.. Insyaallah, one fine day.. :)

Azie said...

Dear, colour purple ni memang membuatkan makanan kita lagi cantik kan.

RAF KUIHBAKAR said...

Assalam, cantik warna purple....kuih kegemaran saya...nk tanya sy tak paham .. 'kacau sampai naik wap'...makna nye kena pekat ke ? bleh sy copy resepi!

Azie said...

Sambil dikacau, kita akan nampak wap keluar dari adunan, belum pekat. Bila wap keluar, bolehlah padamkan api

nik nina said...

salam kak.saya silent reader.saya selalu bc blog akk n guna resepi kt blog akk,saya nk tnya klu xda tepung ubi bole x guna tpg lain?saya tingal di oversea.susah nk dptkan tepung ubi kt sini

Azie said...

Resepinya mmg mcm tu. Belum pernah cuba tanpa tepung ubi. Boleh cuba guna semua tepung beras sebagai ganti tepung ubi. Nnt share kan bagaimana hasilnya. Menjadi pasti menjadi cuma rasanya lain lah sedikit

bintang said...

salam,nak tanye.. leh x bg sukatan cwn..kt umah xde timbang la..huhu..40gm tepung ubi tu,xpndi nk agak kak.

Azie said...

Wslm. Saya dah buat kuih ni setahun lebih. Mcm mana agaknya saya nak bagi sukatan guna cawan. Resepi ni guna timbang. Beli lah satu timbangan kalau nak guna resepi guna sukatan ikut timbangan.

jalinankasih said...

betul tu.beli aja penimbang
bkn mahal pun yg digital tu bawah rm50 blh dpt

nisda universal online said...

Resepi ni sedap...first time bt terus menjadi..thanks for sharing the 'resepi talam keladi'

cheezylady said...

Tengok gambar pun dah mnyelerakan... nk share resepi ye kak. tq