Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 15 July 2012

Jom Pekena Cucur Ikan Bilis





Selepas solat Asar saya cuma duduk rehat rehat sahaja. Agak petang sedikit, baru saya akan ke laman untuk menyiram pokok pokok dan memberi ikan makan. Itulah rutin saya seharian terutama kalu di hari minggu seperti ini. 

Tiba tiba teringat daun kucai yang masih berbaki dalam peti ais, kalau tak digunakan hari ini, pasti ianya akan jumpa dengan Cik Pah. Nak buat lain lain masakan pun, yang tinggal hanya sejemput jer. Nak buat cucur udang, udang pulak tak ada. Yang ada hanya udang harimau, kalau nak dipotong pun besar besar sangat. Selebar 2 jari, pasti tak sedap kerana udang kecil lagi manis untuk dibuat cucur udang. Akhirnya teringat ikan bilis Langkawi yang sedap sangat tu. Yesss jadi cucur ikan bilis. Guna bahan bahan mana yang ada sahaja. 



Kebetulan semasa sedang menggoreng cucur, Nelly balik dari asrama. Beliau telah menamatkan peperiksaan semester akhir dan cuma tunggu untuk latihan praktikal sahaja sebelum menamatkan pengajian. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan tadi. Sedap tau resepi campak campak Cik Zah ni... Rangup dan sedap dimakan begitu sahaja. hihihi layaann....




Cucur Ikan Bilis

2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis - belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai
3/4 cawan bawang besar putih - potong kecil
1 biji cili merah - potong kecil
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan air panas thermos
1 1/2 cawan air biasa

Satukan kesemua bahan di atas dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya. Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Biarkan seketika.

Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan tos.

Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.




Atau dimakan begitu sahaja. Sedap nyer digandingkan pula dengan Teh O kegemaran saya, apalagi Ahmed Tea la...



20 comments:

  1. wahhhhh lg sekali kiter bertembung ek Azie, hehhe Azie buat cucur bilis D5 buat cucur jagung..D5 lom post lg tgh malas nk menaip hehhehhehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, itu tandanya serasi bersama. Kalau ada jagung, sedap juga dimasukkan dalam cucur bilis ni. Tapi tak ada stok. Cepat lah postkan tu, lama D5 tak post masakan ni.

      Delete
  2. Salam sis Azie. kalau cucur mmg laku buat minum ptg....lagi enak sambil nonton tv...tak sedap sepinggan dah licin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, kalau hari minggu rasa rugi kalau tak memasak sesuatu sebab hari hari ni tak perlu berkejar dengan masa, apalagi nak mengejar cahaya matahari... Sambil menggoreng, sambil masuk mulut. Saya memang suka makan kosong jer, dah cukup sedap

      Delete
  3. Hidangan evergreen... dulu, kini dan selamanya! Memang cucur ikan bilis sungguh istimewa... buktinya, kerap kali buat untuk sarapan, anak-anak tetap makan habis, tak sempat cucur sejuk! Licin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. sesuai utk semua masa, pagi petang dan malam. Ingat lagi masa SIL buat open house, cucur yg panas panas habis dulu dan lebih sedap

      Delete
  4. Cucur ikan bilis ni mmg fav i.Kalau letak sepinggan yang panas2 tu sekejap aje licin....mmg sedap.Diluar garing dan didalam lembut...tak tahan tgk cucur yang azie buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Norzie. Tapi bentuk cucur tu tak bulat cantik kerana saya ni kurang sikit dalam bab berseni seni, asal sedap dimakan. Semua mesti nak cepat jer...

      Delete
  5. Semestinya sedap klu cucur ikan bilis dicicah dg sos cili...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahel, saya guna sos pencicah keropok. Tapi cucur ni sedap diratah begitu jer

      Delete
  6. Assalamualaikum Azie..wahh sedapnya cucur ni..mieza pun suka cucur ikan bilis..tapi tak leh la nak pasangkan dengan kucai sebab suami tak leh makan kucai..selalunya mieza cuma pasangkan dengan bawang besar je la..
    Azie, terima kasih sudi visit blog mieza..sebenarnya nasi serai mentega tu mieza makan dengan gulai darat tulang rusuk dan ayam kuzi kering..jemput la tgk resepi gulai darat tulang rusuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mieza, wah gulai darat tulang rusuk dan ayam kuzi. Best nyer sebab dua dua tu lauk Kelantan kegemaran saya

      Delete
  7. woww.. nice shot darling.. cucoq pon sedapnyer nampak.. terasa lapar memalam ni singgah.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, nnt bagi feedback how to make it better ya. Masih tak sharp spt gambar karipap pusing you tu. really appreciate it..

      Delete
  8. Oh, ini mesti sedap! I love any kind of cucur and used to eat the cucur udang at the school canteen (that was 30 years ago. Adoi!) and I must try to make this myself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH, must try. Sedap. Rangup di luar tapi lembut di dalamnya. You can see also the best ever cucur udang in my blog. Can follow the exact measurement, turn up so nice

      Delete
  9. Salam perkenalan .Saya ni peminat setia blog kak Azie.Dah try masak banyak resepi-resepi kak Azie.Semuanya menjadi!Nak try masak cucur ikan bilis ni pula.Mesti sedaaaap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Cucur ni mmg feveret anak anak. Ikut sukatan tu, mmg secukup rasa

      Delete
  10. thank u for this recipe, saya baru cuba tadi.. tp sbb kat rumah xde daun kucai dan cili.. bawang pun ada sikit je.. kalau semua bahan ada mesti lagi sedap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun kucai menjadikan ianya tambah sedap, rasa manis

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.