Entah kenapa minggu lepas semasa sedang bermain main game dengan ipad saya, Aween meminta supaya dimasakkan Tom Yam. Tak pulak saya tahu kalau Aween selama ini suka makan Tom Yam ni. Saya dulu dulu pernah membuat Tom Yam Melayu yang dicampak campak jer ke dalam kuali. Oleh kerana saya ni berasal dari Kelantan yang bersempadan dengan Thailand agaknya, jadi masakan Thai ni bukan lah makanan kegemaran saya. Saya juga ada memasak tom yam menggunakan pes segera dari Thai yang memang pedas berapi. Senang jer, ceduk beberapa sudu dan masukkan dalam periuk dengan bahan bahan lain. Dah siaaap. Tapi itulah bila kita bukan gemar sangat, jadi jarang lah kita membuatnya.
Bila Aween dah menyebut gitu berulang kali, terfikir elok juga saya memasak tom yam, dah lah cepat dan mudah, rasanya saya belum ada lagi resepi Tom Yam untuk blog ini. Jadi bila bertanya Pak Cik Google, dapat jawapan resepi untuk membuat Tom Yam Thai dengan pes yang dimasak sendiri. Haaa itu diaaa. Jadi saya kena lah buat sendiri demi kelainan kan. Sebenarnya banyak jer pes tom yam segera yang sudah siap tapi mana ada thrill kan?
Hari ini saya memasak dalam keadaan keletihan dan tak ada mood langsung. Ambil gambar pun ala kadar sahaja.... mata mengantuk sangat sangat tapi fikiran belum mahu tidur. Demi anak anak yang meminta dimasakkan Tom Yam, saya gagahkan juga. Puashati bila melihat Aween menghirup tom yam dengan bertambah tambah berkali kali. Dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun.
Hari ini saya memasak dalam keadaan keletihan dan tak ada mood langsung. Ambil gambar pun ala kadar sahaja.... mata mengantuk sangat sangat tapi fikiran belum mahu tidur. Demi anak anak yang meminta dimasakkan Tom Yam, saya gagahkan juga. Puashati bila melihat Aween menghirup tom yam dengan bertambah tambah berkali kali. Dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun.
Tom Yam Thai
diolah: Azie Kitchen
Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam
Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.
Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung
Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.
Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.
Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.
Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.
salam Azie anak2 akak pun suka tomyam tomyam ayam,udang segala kadang2 kuah tu diaorang makan dengan mee lagi begitu lah suka snagat dgn tomyam hee.nampak sedap tomyam Azie semua benda ada meratah je kalau akak..
ReplyDeleteSelamat Pagi Kak Noor, anak anak saya makan tom yam macam menghirup sup dan meratah gitu jer. Tapi I ni tak berapa gemar sangat tom yam. Makan juga tapi tidak lah makanan kegemaran...
Deleteslm..trima kasih kak dgn resepi ni. banyak pes2 tomyam dijual kat pasaran tapi kalau boleh nak juga buat pes sendiri..saya pla mmg peminat setia tomyam kak hehe
ReplyDeleteKalau buat sendiri, dpt makan puas puas dan boleh adjust ikut selera sendiri. Kalau beli pes tu, pasti mahal dan sedikit sahaja.
Deleteas salam . pes tu nanti jadi pekat ka cair eh ? :)
ReplyDeleteBuatlah pekat sebab boleh disimpan lama. Tp kalau ingin terus dimasak, tak kisahpun sebab akan dikacau sebati dg kuah tomyam juga
Deleteterima kaseh :)
Deletesama sama
Deletesusu tu utk ape pertama kali tgk resepi letak tomyam
ReplyDeleteBiasanya diletak susu cair utk rasa yang sedikit lemak lemak
DeleteAs Salam.. Mintak izin nak resepi pes tomyam dan terima kasih kerana berkongsi resepi pes tomyam ni ye. Saya dan family suka makan tomyam. Tetapi nak jugak belajar buat pes tomyam sendiri. Wasalam.
ReplyDeleteSilakan. Selamat mencuba
DeleteSalam, terima kasih kak kongsi resepi paste tomyam ni. ingat nak buat dan letak resepinya di blog sy, nanti sy akan link kan ke blog akak :)
ReplyDeleteminta izin ye :)
Silakan. Kalau ada link, nnt senang utk saya menjenguk ke sana utk melihat hasil yg disediakan.
DeleteMesti kah pakai susu cair,kiub tom yam sma udang kring?
ReplyDeletelpa beli... ~_~"
Lebih sedap dan lemak
DeleteSalam. semalam harijadi saya, anak-anak request ayah masak tom yam ayam. so jumpa resipi ni...sediakan pes agak remeh tapi hasil dia superp...mereka tak percaya saya yang masak tom ayam ala-ala thai....tq again
ReplyDeleteOhh saya pun tumpang gembira mendengarnya
DeleteSalam akak. garam nak letak banyak mana eh? saya 1st time nak cuba masak tomyam. lagi satu kalu tak letak sos ikan boleh tak? sebab saya cari tak jumpa. huhu. ataupun ada tak contoh lain nak gantikan dengan sos ikan? Terima kaseh akak.
ReplyDeleteGaram tu agak agak lah, lepas tu rasa. Kalau belum cukup masin, tambah lagi. Sos ikan tu sgt sedap dan digunakan dlm banyak masakan thai. Banyak dijual dipasaraya juga spt di Giant, Mydin atau kedai runcit. Cuba tanya dg mereka, Insya Allah pasti ada.
Deletekeren
ReplyDeleteSalam akak..semalam saya ada try buat tomyam pakai resepi akak..1st time tau cuba masak tomyam..suami makan 3 pinggan..hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah, satu kepuasan pada seorang isteri
Deletesalam akak...
ReplyDeletenak try wat resepi akak tp klu x guna kiub tomyam ok x kak..??
klu pes aj blh x kak
Boleh jer tapi rasanya kurang lah sikit kick. Sedap juga
Deletesalam kak,ad x resepi yong tau fu...??
Deletenak try bt kat umah lah kak...
thank's
2 kuib tomyam 2 masukkan bila??x der tulis pun dlm cara2 memasaknya 2...
ReplyDeleteBoleh masukkan kiub tomyam tu bersama dengan pes tomyam. Tk kisah sangat tu. Boleh masuk bila bila yang kita rasa sesuai.
Delete