Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pyramid Yang Mengagumkan


Pyramid Yang Mengagumkan

Klik di SINI untuk catatan sebelum ini. Tiba di Cairo sudah agak malam, jadi kami terus ke tempat penginapan di Dewan Besar Abbasiah.  Selepas itu, kami bersiap siap untuk keluar makan di restoran Melayu. 

Hubby belanja Nana dan kawan kawan yang memang kerinduan masakan Malaysia. Ada pulak ikan yang besar, jadi terus dimasak sweet sour sebagai hidangan utama malam itu.


Pyramid Yang Mengagumkan

Keesokan paginya kami memulakan lawatan di Cairo dengan dibantu seorang ustaz yang sedang mengikuti pengajian shariah di University Cairo. Segalanya menjadi mudah kerana ustaz boleh berbahasa Arab untuk berkomunikasi dengan pemandu van yang disewa khas.

Hari itu, kami ke mula mula melawat muzium di mana terletaknya mumia dan lain lain khazanah bersejarah Egypt. Memang mengagumkan kerana orang Egypt ternyata mendahului dari segi kemahiran sains dan senibina berbanding dengan bangsa lain di dunia ini. Lihat sahaja bagaimana mereka mengawet mumia dan membina pyramid di zaman itu yang agak sukar diterima logik akal. Tetapi sayang kerana mereka masih leka dengan sejarah lampau, menyebabkan tiada inovasi baru dibuat. Akibatnya Egypt agak ketinggalan di zaman ini. 

Sangat lah besar muzium ini sehingga kaki dah lenguh longlai untuk terus melangkah. Dalam muzium dapat juga dilihat perhiasan dan barang kemas yang digunakan pada zaman dahulu kala. Tapi memang tak boleh curi curi ambil gambar pun kerana pemeriksaan rapi dibuat di pintu masuk bagi memastikan tiada kamera dibawa masuk ke muzium. Itu juga menyumbang pada barisan yang panjang beratur memasuki muzium. Keluar dari muzium, kami posing posing jap kat luar untuk kenang kenangan.


Pyramid Yang Mengagumkan

Selepas muzium, tibalah pulak saat dinantikan, iaitu mengunjungi Asfour Crystal. Memang mengasyikkan melihat kilauan kristal, kalau seharian di situ pun, pasti tidak membosankan. Saya memilih 3 chandeliers dan 2 wall lights. Frust sebab mencari yang piring jenis leper yang tak menyimpan habuk tapi tak ada, terpaksalah ambik apa yang ada. Saya tak terus membeli kerana bercadang untuk datang lagi esok. Hari ini kiranya untuk survey jer...



Kemudiannya kami ke Pyramid. Pyramid adalah 7 keajaiban dunia yang kedua yang saya lawati, sebelum ini Tembok Besar China. Dari jauh sudah terasa kagum melihatkan tersergam nya pyramid. Memang susah untuk membayangkan bagaimana kaum dahulu membina Pyramid. Satu satu batu yang digunakan untuk menyusun sangatlah besar dan lebih tinggi dari ketinggian my hubby. Apa peralatan yang digunakan untuk mengangkat dan menyusunnya? Hairan kan?




Posing posing posing. Lagi dan lagi selagi tak mendapat shoot yang dikehendaki, terus shoot, snap snap dan snap... Tengok gambar bawah ni, betapa besarnya batu batu yang digunakan. Ketinggian pyramid adalah sayup sayup mata memandang, kalau dari bawah untuk melihat ke kemuncaknya.




Salah satu dari pyramid, saya dah lupa namanya, ada tangga yang membolehkan kita turun ke bawah dan masuk ke dalamnya. Kalau badan gedempol macam saya ni, mana berani nak turun. Dah lah ruang tangga tu sempit sahaja, nampak pula jauh ke dalam. Baik jangan cari penyakit. Buat nyer semput di dalam tu, siapa yang susah. Saya juga yang susah. Saya dan hubby menunggu di luar sahaja sementara Nana dan kawan kawan turun ke bawah dengan membawa kamera sekali. Tengok gambar gambar yang mereka ambik jer lah.



Haaa ini di bahagian bawahnya. Wah lapang juga ya. Agaknya apa aktiviti yang mereka lakukan di bawah ini atau apa barangan yang disimpan di sini suatu ketika dulu. Nanti nak tanya Pak Cik Google. Dah dapat jawapannya, lain kali saya update di sini.


Dah puas berposing di sini, baru sedar yang ada tempat lain yang lagi menarik di mana kita dapat melihat beberapa pyramid dan sphinx di dalam satu gambar. Semasa kami sampai, mereka dah hampir menutup kawasan ini untuk pengunjung. Saya minta juga untuk masuk sebentar dan berlari lari untuk mengambil gambar sementara sibuk mereka mengarahkan kami keluar. Gambar pun ambil dalam keadaan tergesa gesa, nasib baik ada seorang orang Mesir yang sudi menolong mengambil gambar gambar kami. Jadi lebih cepat lah berbanding dengan kami bergilir mengambil gambar masing masing.


Tak puas berada di tempat ini. Kalau saya datang lagi, Insya Allah akan berada lebih lama di sini. Ya lah kami sampai di pyramid pun dah agak lewat, memang ngam ngam jer masanya sebelum di tutup. Kalau ikut plan asal, esok untuk kami melawat pyramid tapi tukar plan di saat akhir.



OK hingga jumpa lagi di catatan seterusnya percutian di Cairo, klik di SINI.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Pyramid Yang Mengagumkan"

  1. Salam azie...seronoknya bercuti...harus jadikan salah satu destinasi len kali ..hhehe insyallah.

    Salam kasih sayang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Nani. Gembira kerana akhirnya dapat berbicara di alam siber dg Nani. Saya adalah seorang peminat Nani. Bertuah badan kerana Nani dikurniakan pakej yg lengkap sebagai seorang wanita, ibu dan isteri. Semoga kita dapat berkenalan dg lebih rapat lagi. Tak kenal maka tak cinta kan....

      Padam
  2. Slmt berhujung minggu sis.dtg Cairo mmg tak sah kalau tak ke Piramid.mmg kagumkan bagaimana piramid yg tersergam hingga kini dg batu yg besar dpt dibina oleh org zaman dulu wpun tanpa bantuan teknologi moden....mmg satu keajaiban.masa sy ke Kg Firaun ada muzium piramid ni....ada diceritakan teori bagaimana Piramid dibina tp itupun teori mrk tak dpt sahkan....mmg sesuai piramid sbg salah satu benda ajaib di dunia.belah tepi piramid tu kita boleh melihat beberapa pyramid dan sphinx...ada laluan pintu lain utk ke piramid tp kena jalan sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, will visit pyramid again in October sb hari tu mmg tak puas melihat keajaiban dunia ini. Mmg tertanya tanya bagaimana mrk mengangkat batu batu naik setinggi itu. Sayup mata memandang ke puncaknya...

      Padam
  3. as'salam Azie

    seronok teruja dan tumpang gembira sebab Azie sudi berkongsi pengalaman di Cairo. Kalau melihat pada batu2 yang besar macam tu kan, memang kita akan tertanya2 macamana orang2 dahulu melakukan nya tanpa ada bantuan jentera seperti sekarang ni. Kuasa Allah hanya DIA saja yang mengetahui.

    seronoak baca kisah perjalanan Azie sekeluarga. ct ..emmm bilalah nak sampai kesanakan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear CT, terima kasih kerana sudi membacanya. Percutian ni dah agak lama, jadi banyak tempat yang telah mula hilang dari ingatan. Terpaksalah recall. Masa menulis pun terhad, tak sempat nak edit edit. Saya doakan semoga CT dan keluarga dapat mengunjungi satu hari nanti. Sangat menginsafkan bila memikirkan bagaimana nasib mereka yang terlibat di dalam pembinaan tersebut. Kita menjadi sangat kagum melihat kehebatan pyramid, memang layak lah diiktiraf sebagai salah satu keajaiban dunia.

      Padam
  4. Dear Kak Azie, not bad jugak Cairo ni...blh jd honeymoon destination :-)Teruja saya, InsyaAllah kalu ada rezeki will be in Cairo for next umrah thn dpn hehe... Last yr been to Jordan....the food is nice & walla....saya tercari2 apa nama daging yg saya makan dlm bas nak ke Dead Sea itu ari...roti tu makan dgn daging...MasyaAllah daging tu sedap sgt... Kalu akak penah kesana & makan lets sharing is caring ye akak...lupa la nama nye...our tourist guide ade ckp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Haniza, waah jadi terliur sgt ni. Ada gambar tak daging tu. I pun suka masakan contoh mcm nasi mandy dsb. Belum lagi kira air buahnya yg sgt manis. Insya Allah kami akan ke Egypt lagi dalam bulan Octbutk konvokesyen anak sulung kami.

      Padam
  5. Wsslm Kak Azie, dah abis mkn tetiba hubby tya, xnak amik gmbr ke?? Adui la sedap sgt smpi lupa...daging tu ala-ala Kofta tp xpasti bahan yg dah well mixed dgn daging tu.. Jus buah mmg sedap, paling best Mango Jus..huhhh teringat2 la.. Slmt bercuti lg ke Egypt Kak & hv fun :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya kena pergi lagi lah tu. Insya Allah, ada rezeki boleh pergi lagi dan boleh ada peluang utk makan lagi sekali. Kalau makanan yg sedap, memang kita akan teringat ingat kan.

      Padam