Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

1 Jun 2012

Menjenguk Nana Ain di Alexandria


OK sekarang kita sambung perjalanan dari Dubai ke Alexandria dan Cairo pulak. Rujuk catatan perjalanan Dubai di SINI. Hati sudah melonjak lonjak dan tak sabar untuk bertemu Nana di Alexandria, itulah pun matlamat utama percutian kami kali ini. Tapi kami kena singgah di Dubai terlebih dahulu sehingga Nana menghabiskan ujiannya.

Sewaktu penerbangan hampir mendarat di Cairo International Airport, hati terasa kesian melihatkan Nana belajar di negara Arab yang memang tak moden seperti negara negara lain. haaa jangan marah pulak, itu pendapat peribadi saya sendiri tu.  Dari airport kami menaiki bas, alahai uzurnya bas, rasanya bas di Kelantan zaman dulu, jauh lebih baik tapi tak apalah malas nak komplen banyak. Dalam perjalanan, memang letih semacam jer tapi tertidur juga walau plan tak mahu tidur. Tapi malam malam gitu, apalah pemandangan yang dapat dilihatkan. Kemudian kami sampai di stesyen bas di mana Nana, Liza, Hani dan Bob sedia menunggu.  Dari situ kami menaiki teksi yang aduh mak, kenapa lah begitu uzur teksi di Egypt ni. Macam teksi zaman 60an gamaknya. Kata tak mahu komplen tapi masih juga komplen.

Hari pertama di Alex Nana, Liza, Hani dan Bob membawa kita berjalan jalan ke taman. Sebelum tu, posing dulu depan rumah mereka yang berhadapan dengan laut dan pantai. Aduhaai dengan budak budak ni selamba jer melintas jalan macam anak itik di tengah tengah kesibukan jalanraya dengan kenderaan yang laju macam F1 tu. Kami pun mengikut rentak mereka, termengah mengah berlari melintasi jalan yang sibuk itu.  Heee ngeri berhenti di tengah jalan, buatnya pemandu tak nampak kita, camne tu ... siapa nak jawab?





Punyalah besar dan luas taman apa ya, Montazah kot yang mereka bawa. Aduhaai penat lah mama, kakak ooi. Kaki dah sakit, tapi layan jer budak budak muda ni berjalan. Nak menghilangkan penat, berhenti posing dulu. Kemudian sambung lagi dan lagi.





Jalan jalan lagi hingga jumpa istana bekas Raja Mesir. Banyak yang dah lupa sebab catatan ini adalah catatan yang memerlukan flash back. Kena recall semua tempat tempat yang kami lawati dulu dan apa yang masih dalam ingatan. Kedudukan istana itu sangat cantik, sangat strategik dengan pemandangan di situ yang sangat cantik, berhadapan dengan laut. Banyak rumah rumah juga ditepi pantai ini yang harganya sudah tentulah mahal.






Masa nak balik dah tak larat nak melangkah lagi, betis pun dah cramp. Kenalah ambil teksi dari dalam taman lagi untuk ke tempat makan. Sementara hubby dan Bob bersolat Jumaat, kami menghabiskan masa dengan minum air buah yang sangat manis di sebuah plaza. Selepas itu, barulah kami bergerak ke sebuah restoran untuk makan nasi mandy.



Sementara ada di sana, saya juga singgah di kedai  Asfour Crystal di Alexandria untuk melihat lihat dulu design dan harganya walaupun memang bercadang untuk membelinya di Cairo. Ya la sebab lepas tu, kami akan ke Cairo. Tak perlu lah nak mengusung ke sana sini pulak kan. Harganya memang murah, jadi kesemua chandelier di rumah kami dibawa dari Egypt yang memang terkenal kerana kandungan Pbo nya yang 30% dan bukan 24% seperti Bohemia Crystal.




Keesokannya kami berjalan jalan sekitar bandar Alex dan singgah ke Alexandria University, melihat tempat Nana belajar sepanjang beberapa tahun ini. Kali ini kami menaiki train yang tambangnya dalam beberapa sen sahaja kot. Dulu saya selalu membayangkan bagaimana rupa train yang tambangnya beberapa sen tu. Fakulti tempat pelajar Malaysia ditempatkan adalah sebuah bangunan baru yang memang dibina khas. OK lah juga sebab kemudahan asas pun semua baru seperti bilik kuliah, bilik tutorial dan tandas dll. Kami menjenguk bilik kuliah Nana yang besar dan moden. Sekurang kurangnya kami tahu, inilah tempat anakanda kami dan kawan kawan yang lain belajar selama 6 tahun di Egypt. 





Sempat juga kami masuk kawasan hospital melihat tempat Nana membuat praktikal.  Hahaha saya tak berani lah masuk tengok mayat mayat tu semua. Hubby jer masuk dan mengambil gambar. Melihatkan gambar gambar yang diambil, sungguh tak sangka anak sulung kami yang penggeli dan penakut itu, mampu melihat dan membuat ujikaji dengan mayat mayat tu semua. Saya hanya tunggu di luar dan sempat posing dengan gadis Arab yang memang cantik cantik semuanya.






Sebelum beredar, ambik gambar lagi sekali depan bangunan fakulti Nana yang berwarna biru itu sebagai kenang kenangan. Lagipun gambar yang kekal abadi dan akan sentiasa mengingatkan kita pada sesuatu tempat yang dilawati.



Dari Alex University kami berjalan jalan menyusuri kedai kedai di sana untuk mencari makan pulak. Dah ada kat Mesir kerana lah cari makanan dan kuih muih Arab pulak. Seronok sangat kerana Hani, Liza dan Bob sudi meraikan kami dengan menemani lawatan kami ke Alex. Saayaang you all ... muah muah 


  




Air buah buahan di sana sangat manis terutama buah mangga dan air tebu. Setiap kali singgah kedai minuman, saya mesti minta air buah. Manis seperti keenakan air buah di Mekah dan Madinah juga. Kena pakai sunglasses kerana angin yang berdebu dan berhabuk.





Ini lah train yang kami naiki dan inilah juga train yang digunakan oleh Nana untuk ke kuliah setiap hari. Sepanjang perjalanan, dapatlah kami lihat bangunan bangunan tinggi dan rumah rumah kediaman penduduk di situ.




Beberapa hari di Egypt, saya memang jetlag sebabnya waktu makan malam di sana adalah sama dengan pukul 4 pagi kat Malaysia, manalah tak tertidur di meja makan. Saya pula ambil mudah walaupun dah diberitahu yang Alex musim sejuk, saya tak membawa baju sejuk pun. Dok fikir musim sejuk padang pasir, macamana sangatlah sejuknya. Tapi ternyata saya silap kerana sejuk betul terutama bila angin bertiup, lebih lebih lagi di waktu malam. Rasa sengal sampai ke tulang lah juga. Baju merah ni dibeli di Carrefour semasa makan malam untuk melapis baju yang dipakai bagi mengelakkan kesejukan. Mana boleh pinjam baju budak budak muda yang slim mlim tu. Best nyer makan kebab di sini, Nana ketawa mendengar kebab sebab katanya bukan kebab tapi saya yang panggil kebab. Alaa daging yang dicucuk panjang dan dipanggang tu.




Selepas beberapa hari di Alex, kami bertolak ke Cairo pulak. Sebelum bertolak, kawan kawan Nana yang lain seperti Ezza sempat datang bertemu kami. Semasa ke stesyen keretapi dah terkocoh kocoh juga lah gara gara pemandu teksi dah terbawa kami ke stesyen mana entah. Nasib baik tak tertinggal keretapi. Aduhaai ada ada jer lah. Apa apa pun seronok menaiki keretapi kerana dapat melihat pemandangan penduduk Egypt yang bertani di sepanjang perjalanan ke Cairo. Rumah yang berhabuk dan bertingkat tingkat yang bahagian atas nya tidak disiapkan bagi tujuan penambahan di masa depan, agaknya lah ...





Jom jumpa di Cairo pulak ya. Nanti klik di SINI...

2 ulasan:

  1. Salam Sis.last week end sy sekeluargapun ada ke Alex, 1 night kat sana. bas dan taxi kat Egypt ni mmg tak boleh nak setanding kat Msia....dr segi infra mmg jauh ketinggalan. tp taxi putih yg ada meterpun ada cuma kat Alex rasanya byk taxi hitam lama. Jus buah2an sini mmg sedap pekat...tak campur air.tengok entry sis ke Dubai tu....sy singgah one night je tak sempat ke tempat kain, hanya pusing beberapa tempat tumpuan pelancong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasya, teksinya berwarna kuning dan hitam rasanya. Memang uzur betul, kenapalah depa tak beli teksi baru. Selagi boleh guna, guna jer tu. I sebenarnya rasa rindu sangat utk ke sana lagi. Terkilan pun ada kerana itulah kali pertama ke sana dan Insya Allah kali kedua masa konvokesyen beliau bulan Oktober nanti. Masih teringat ingat air buah buahan di sana sehingga kemaruk jadinya. Beli air di bawa ke tempat tidur. Last last tak minum sebab dah banyak sangat minum. Dah tak terminum walaupun keinginan ada

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads