Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Jun 2012

Mee Hailam Yang Sedaaapp



 
 

Entah kenapa tiba tiba jer terasa nak memasak Mee Hailam walaupun saya sebenarnya tak berapa menggemari mee hailam. Saya tak ingat pun, kalau saya ada pernah memesan mee hailam bila keluar makan. Saya sebenarnya suka melayan gambar gambar masakan yang sharp dan clear yang bila kita tengok, akan membuatkan kita menelan air liur. Saya juga suka menelek nelek gambar dalam blog saya sendiri. Banyak yang saya tak puashati terutama kualiti gambar kerana saya tak pernah berkesempatan belajar macamana nak menggunakan kamera ini dengan betul. Lagipun hubby beli kamera ini untuk Juita. Hubby pulak memang tak minat langsung, so memang tak ada tempat untuk berkongsi hobi, masalah dsb. Masa membelek gambar kategori mee, saya fikir ianya tidak lengkap tanpa Mee Hailam yang cukup fofular di negara kita. Itulah yang terbuka hati untuk memasak Mee Hailam hari ini bagi melengkapkan koleksi mee di blog Azie.






Saya juga tidak bercadang untuk makan mee hailam ini pun. Hanya sekadar memasak makan malam untuk hubby dan anak anak. Tetapi semasa memasak, saya merasa kesesuaian garam dan bahan bahan lain. Waah terasa sangat sedap lah pulak. Tak boleh tahan godaan, lepas jer  masak, saya pun duduk makan sekali. Hahaha bukan sepinggan tapi 2 pinggan. Alahaai habis diet saya hari ini...lol. 

Berbalik pada resepi ini, mungkin lain kali, kalau saya memasaknya sekali lagi, saya akan mencelur mee dan menuangkan kuah hanya bila hendak dimakan untuk mengelakkan mee menjadi terlalu kembang dan kuah kekeringan. Resepi ini saya ambil dari Resepi Nannie, tapi bak kata Chah dari blog Bila Chah Ke Dapur lah, salin resepi orang, olah sana sini, godak sana sini dan akhirnya ngaku jadi resepi kita. hahaha jangan marah tuanpunya resepi. Jom layan resepi dulu...



Mee Hailam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gm udang sederhana besar
300 gm daging/isi ayam (tak letak)
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball

Bahan sos:
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan

Sayur sayuran:
Sedikit sayur sawi
1 batang carrot
2 biji tomato

Bahan kisar:
2 sudu besar cili 
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 

1 paket mee kuning
4 cawan air
3 biji telur
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dg air
Garam 
Daun sup
Cili merah 

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili dan bawang kisar sampai pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan isi ayam sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh lah dimasukkan air. Masukkan karot dan batang sawi, masak sampai kuah hampir mendidih. 

Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair, sos ikan dan kacau rata.

Masukkan udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing. 

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan biar sekejap sampai telur masak sebelum dimasukkan sayur sawi, buah tomato dan kacau. Apabila telur mengeras, saya keluarkan dari kuali untuk mengelakkan ianya menjadi hancur.

Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.

Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur.

Bila nak hidang boleh la diletakkan telur yang dikeluarkan tadi, ditabur daun sup, cili merah dan juga bawang goreng.

Nota:
Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan mee terlalu kembang.


 



15 ulasan:

  1. Lapor diri jugak lah..maaf kak, CW pun dah lama tak menjenguk sini..banyak resepi akak yang CW ketinggalan... minggu ni minggu nak habiskan ganti puasa... tu yg duk diam....takut2 bw nanti..tak sabar2 plak nak berbuka ;))

    tahniah kak, macam2 dah majalah cerita pasal akak and family ;) teruja CW tengok.

    CW suka mee hailam. tapi selalu makan kat kedai..nak buat..tapi tak terbuat lagi...nanti CW cuba ye ;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. CW, saya pun lately ni tak berkesempatan menjenguk dapur kawan kawan. Cuma ada lah perasan sorang BFF blogger yang dah lama tak melaporkan diri. Hahaha. Pasal majalah tu, dulu ada banyak kali juga masuk tapi citer my hubby dengan anak anak jer. I tak boleh expose, under the cover jer.

      Mee hailam ni mmg saya tak berapa suka sangat tapi bila dah dimasak sendiri semalam, barulah tahu betapa sedapnya mee hailam.... Tapi kuah dah terkering lah sikit. Lain kali kena buat modifikasi sikit supaya kuah tak cepat kering kerana mee hailam mesti ada kuah kuah ala ala manja gitu.

      Padam
  2. salam azie,

    kita datang nak salin resepi ni.
    insyaAllah nak buat hari ini, cuma fish ball pula tak ada..hehe

    kalau jadi nanti kita share di blog kita and kredit to azie ok :)

    BalasPadam
  3. Dah try resepi ni. Memang sedap.. simple tapi sedapppp..

    BalasPadam
  4. Dh brpa hari dh usha resepi k azie nih..

    BalasPadam
  5. Kak Azie,cuba kak Azie letak kerang n rebus skali dlm kuah tu..rasa mmg sdap la..

    BalasPadam
  6. Bagi saya, dah banyak tempat saya merasa mee hailam ni, mee hailam kat sahor kk3 juga adalah yang terbaik

    BalasPadam
  7. Kak azie,saya dah try resepi mee hailam akak..memang sedap.cuma saya tak letak sos ikan dan minyak bijan.itupun husband dah kata sedap..terima kasih share resepi yang marvelous.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...perkongsian yg baik

    BalasPadam
  9. Salam..nak tanya sos ikan jarang jumpe di pasaraya..pnh terjumpa sekali tp xda tanda halal..tau x mana nak cari ?

    BalasPadam
  10. Buat mee hailam guna resepi ni tapi banyak bahan yang takde. Belasah je buat jadi jugak mee hailam walaupun 1st time buat. Wife yang masak, saya tukang makan.

    BalasPadam
  11. Tq ats prkongsian..smg ia beri manfaat kpd sy😊😊

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.