Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 22 June 2012

Mee Bandung






Saya mula menggemari Mee Bandung hanya kebelakangan ini sahaja selepas beberapa kali berjumpa dengan geng geng alumni di Kantin Sahor. Bila saya melihat ramai geng geng seperti Datin Nursinah dan Datin Fauziah yang memesan mee bandung, saya pun order juga lah sekali. Sejak itu, bila ke kantin Sahor sahaja, hubby akan order Mee Bandung untuk saya dengan special request iaitu mesti dimasak oleh Sahor sendiri. 


Kantin Sahor banyak menyimpan kenangan manis kepada penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya, apalagi bagi geng UMBC di mana Kantin Sahor lah tempat ber dating. Kalau musim exam, memang meriah kerana Kantin Sahor menjual nasi lemak yang dijual sehingga pagi. Jadi selepas penat mentelaah, bolehlah turun makan dan berehat di kantin Sahor dulu. Zaman dulu, student tak ramai yang ada kenderaan di kampus, apalagi handphone, jadi bukan senang untuk makan di luar kena telefon teksi menggunakan public phone lagi. Jadi Kantin Sahor lah, cafe bagi kami zaman tu.  


  


Resepi ini saya ambil dari blog Mutiara Mashri. Saya tertarik dengan apa yang ditulis. Sebenarnya cara memasak Mee Bandung ni lebih kurang sahaja dengan Mee Hailam. Cuma Mee Hailam perlu ditambah sos sos dan kicap yang pelbagai tu yang menjadikan warnanya gelap serta penggunaan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Bahan bahan dan rencah yang digunakan hampir sama sahaja.

Sedap sangat Mee Bandung ini terutama dengan penggunaan udang kering yang menjadikan kuahnya amat menyelerakan. Dengan bahan bahan yang dicampak ke dalamnya menjadikan hidangannya sangat mewah. Jom kita layan resepi yang saya olahkan di sana sini. Jom layaannn...



Mee Bandung 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur


Bahan Kisar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis

Bawang goreng
Hirisan cili merah

Limau kasturi/limau nipis

Cara- cara: 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.

Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.

Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.



Nota:
kalau tak nak letak kacang pun tak apa, tapi lebihkan udang kering untuk memekatkan kuah

Rasa kuah mee bandung manis manis pedas.




16 comments:

  1. Salam k.Azie.
    wah ! meriahnya nmpak mee bandung tu....terliur gak rasa nie....klau nak buat mcm x berbaloi jer kat umh ni..yg mknnya sy ngan asben jer....anak2 x brapa minat plak mee2 kuah nie.....kene g cari ler besok2 ni....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyifa, samalah rumah ni anak anak kami pun tak berapa minat. Tapi diletak udang dan sotong, mereka akan makanlah. Sebenarnya jimat jika dimasak sendiri. Beli 1 pek mee pun dah cukup. Kat luar tu, depa tak letak banyak bahan. Cubalah buat sendiri. Boleh makan ulang ulang sebab mee tak dimasukkan ke dalam kuah

      Delete
  2. asslm Kak Azie...wah tliur dh ni...sedapnye...mewah n meriah nmpknye mee bandung tu...nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH, kemeriahan tu yang lagi membangkitkan selera kita terutama anak anak yang sukakan seafood

      Delete
  3. Boleh juga letak biscuit marie yang dihancurkan untuk pekatkan kuahnya. Kalau saya cuba nanti saya masukkan dalam blog http://cooking-engineer.blogspot.com dengan gambar dan resepi mungkin lain sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ELC, ohh itu rahsianya ya. Insya Allah, boleh cuba

      Delete
  4. Suka sangat makan mee bandung ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, mudah jer rupanya nak memasak mee bandung. Terutama kalu dah siapkan bahan bahan tumis awal awal

      Delete
  5. Salam Azie,

    Sedapnya nampak mee bandung tu, simpankan sepinggan ye hehe.

    Tentang permintaan nak tengok CT buat food photo shoot tu, nanti bila CT ada masa terluang CT datang rumah Azie kita buat photo shoot kat rumah Azie ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh malu lah dengan CT sebab kita tak ada props tu semua, tak ada kamera canggih. Nak gi rumah CT juga....

      Delete
  6. tgh mencuba resepi mee bandung disini..harap2 menjadi...thanks 4 da recipe..1st time masak

    ReplyDelete
  7. hmm.. lama dah tak buat.. macam lebih kurang jer resepi kita yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Saya tak pernah mencipta resipi. Saya cuma belajar dari blog yang berkongsi resepi sahaja.

      Delete
  8. nak cuba resepi ni.. nampak sedap.. lagi2 dalam bulan puasa ni kan. thanks kak share resepi ni..

    ReplyDelete
  9. Wawawa..

    Kak azie.. tenkiu kerana sentiasa ada resepi ringkas dan sedap dikala saya mengidam dan teringin nak masak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.