Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Kaswi Durian


Kuih Kaswi Durian

Hari ini hari pertama sekolah dibuka selepas bercuti selama 2 minggu. Cuti sekolah kali ini kami hanya bercuti JJCM ke Pulau Pinang jer sambil kami ke Sg Petani menghadiri wedding anak sahabat baik my laling hubby. 

Selama bercuti, saya lah paling seronok kerana tak perlu menghantar Juita ke sekolah di USJ dulu. Boleh terus ke pejabat, jalan tak jam, keluar rumah pukul 7 pun masih OK. Pukul 7.30 dah sampai di bank. Tapi bila dah buka sekolah ni, mulalah rutin biasa, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Tapi selagi ada anak yang masih bersekolah, terpaksalah mengikut rutin ini dengan sabar.


Kuih Kaswi Durian

OK entri hari ini ialah entri semalam. Semuanya gara gara menjengah dapur rumah orang subuh subuh hari minggu, dah terjatuh cinta pulak dengan Kuih Kaswi, lebih lebih lagi ada pulak durian. Ingat semalam nak gantung periuk belanga sebab nak ke UiTM Segamat menghantar Boy meneruskan pengajian beliau di tahun kedua. Kalau memasak pun sekadar nasi goreng jer untuk sarapan tapi dah tergoda pulak dengan tayangan Kaswi Durian Gula Merah di blog Yatie.


Biasa lah dah tergoda, mana boleh tunggu tunggu. Nanti godaan dan keterujaan itu hilang, alamak bertahun lah baru menjadi kuih kaswi di dapur Azie. Saya terus mengepit ipad dan handphone, 2 gadjet setia ni tergedek gedek turun ke dapur. Lepas bagi Rizky sarapan pagi, terus mula membuat air gula untuk kuih kaswi. 

Sementara air gula disejukkan, saya menyediakan bahan bahan untuk memasak Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai di SINI. Haaa sekali dah masak masakan Thai, berderet pulak. Yang sebenarnya, saya dah beli 1 botol besar sos ikan, jadi kalau tak diguna hingga expiry date, nanti terbuang gitu jer. Masakan Thai memang wajib ada sos ikan. Kalau tak ada? Ohhh... kalau tak ada pun ok juga, cuma rasanya kuranglah rasa ke Thailanese nyer tu.


Kuih Kaswi DurianKuih Kaswi Durian

OK berbalik pada kuih kaswi ini, memang rasanya sedap sekali, almost perfect. Lembut dan berkilat, kemanisan yang secukup umpama NONA Manis. Hehehe promote sebab nanti cerita Azie dan Nur Qaseh akan keluar dalam majalah NONA bulan Julai 2012 yang akan berada di pasaran mulai 15 Jun. Jangan lupa membeleknya ya, kalau boleh belilah sekali sebab ada gambar dan cerita terkini Azrinaz Mazhar Hakim. 

OK kita layan resepi yang saya copy dari blog Yatie dulu. Jom layaannn...


Kuih Kaswi Durian

Kuih Kaswi Durian

Bahan A
½ cawan gula pasir
1 cawan gula merah
½ cawan air
3 helai daun pandan

Bahan B
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung beras
½ cawan  isi durian
Sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cawan air

Loyang/acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Cara-Cara :
Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan. Masukkan 3 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.

Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.

Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan). Akhir sekali masukkan isi durian.

Kacau seketika di atas api yang kecil sehingga kelihatan agak pekat. 

Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan loyang di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. 

Biarkan kuih betul betul sejuk, barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik. Hidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam yang dikukus sekejap supaya tahan lama. 

Kuih Kaswi Durian

Nota:
Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit sahaja.

Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Setelah kuih masak, angkat loyang, sengetkan loyang, buangkan air yang terdapat di permukaan kuih menggunakan kertas tisu atau buang menggunakan sudu je. 

Lepas tu kukus lagi dengan penutup terbuka selama 3 minit. Cara ini membuatkan kuih tahan lama dan kelihatan kering di permukaannya. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Kuih Kaswi Durian"

  1. waaa... menggoda laaa kaswi tu... tp k.gee tak mkn doyan... nanti buat yg tak boh doyan yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gee, adunan kuih ni memang secukup rasa utk kuih kaswi yg sedap. Tak letak durian, pun dah sedap. Membuatnya pun mudah dan cepat. Cubalah

      Padam
  2. salam Zie..
    amboii cantiknya kaswi tu siap pakai kepiah putih lagi heeee sedap lah nampakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, tima kacih. I pun seronok melayan gambar gambar nya, coklat hitam berkilat menawan gitu. Rasa pun lembut gemalai jer

      Padam
  3. Tahniah Kak Azie.. ;) durian.. tak merasa lagi tahun ne. harus dicari ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CW. Pagi ni dok teringat ingat putu mayam versi Kelantan kat blog CW tu. makanan kegemaran sejak kecil. Tapi dah bertahun tak merasanya. Semalam semasa ke Segamat, singgah makan durian tepi jalan. Makan sebiji jer, sepanjang jalan kena tegur sebab asyik sendawa.

      Padam