Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 4 June 2012

Jalan Jalan Cari Makan ke Pulau Mutiara



Saya sebenarnya tidak merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang pun malahan tiada rancangan untuk bercuti ke mana mana pun semasa cuti sekolah ini. Belum ada rancangan lah, mungkin ada ke mana mana tapi belum dibincangkan dengan hubby. Hari Khamis hubby memberitahu kawan baiknya, Bakar menjemput ke kenduri kawin anaknya di Sg Petani. Saya terus mengatakan OK bolehlah pergi. Tapi pada masa tu, dalam kepala saya hanya balik hari. Kemudiannya Aween meminta saya mengambil cuti kerana mereka juga ingin ikut serta dan ingin bermalam di Pulau Pinang. Hubby terus membuat booking hotel tapi semuanya penuh. Jadi hubby bercadang untuk walk in saja.

Saya pun memohon cuti pada hari isnin. Sepanjang perjalanan, jalan yang sangat jam, bayangkan 4 jam kami belum pun lagi sampai di Ipoh. Kami sampai di Sg Petani juga dah agak lewat, kalau tak silap hampir pukul 3 petang.  Selepas majlis kenduri, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang untuk mencari hotel. Terpusing pusing ke sana ke mari dengan keadaan jalanraya yang sesak di mana mana sahaja, memang membuat kami sangat stress. Hotel semua penuh. Kalau tiada juga hotel, alamak balik KL lah kami malam tu ataupun terpaksalah duduk di bajet hotel jer.

Kalau ke Pulau Pinang, kami hanya tinggal di Hotel Shangri La bersebelahan dengan KOMTAR. Sekarang dah ditukar nama hotel tu. Selepas itu, Gurney Hotel yang menjadi pilihan kami sehingga kini. Tapi bila hubby ulang alik juga ke Gurney Hotel dengan harapan ada yang membuat pembatalan, saya jadi sangat sedih kerana tiada bilik untuk kami di hotel ini. Akhirnya kami berjaya mendapatkan 1 bilik di Cititel Penang. OK lah juga kerana dari bermalam di budget hotel kan?

Selepas menghantar barang ke bilik, dah agak lewat dan badan dah penat, kami bersiap juga untuk makan mee udang di Gerai Salwa di Teluk Kumbar. Secara jujur saya tidak rasa lagi kesedapan mee udang di sini terutama dengan harga yang agak mahal. Semasa kami mula mula ke sini, dulu harganya hanya RM8 sepinggan kini melebihi RM20 sepinggan. Saya tak expect harga kekal macam dulu tapi takkan lah harga udang naik berkali ganda. 







Balik bilik, hubby bertanya kalau saya ingin membuat urutan badan kerana ada tempat massage bersebelahan hotel. Oleh kerana badan dah longlai, saya pun berurut untuk sejam kerana waktu pun sudah agak lewat. Balik bilik kami terus berehat dan saya tak dapat tidur hingga ke pagi kerana kembung dan badan mulai gatal gatal. Makan ubat pun tak mahu baik juga. Pagi esok barulah saya sedar yang saya dah kena allegik lagi. Terus teringat pengalaman kena allegik di San Francisco, pengalaman hampir sama kerana terpaksa bertahan kegatalan dan miang hingga ke pagi. Keesokannya berpusing pusing berjam lamanya mencari klinik 24 jam. Alahaai ini ke Pulau Pinang, nak cari klinik pun susah. Berjam juga saya menahan kegatalan seperti kera kena belacan tu. Akhirnya jumpa juga selepas call di sana sini. 

Kami terus check out dan hubby menghantar kami ke Gurney Plaza Mall dulu sementara menantikan bilik hotel disiapkan. Kali ini kami berjaya mendapatkan 2 bilik di Gurney Hotel. Selepas itu, kami makan tengahari di Restoran Kassim Mustaffa. Banyak lauk pauk yang sudah habis waktu kami sampai. Jadi hubby order jer apa yang ada, Tapi lauk yang diorder secara itu, sedap juga jadinya. Kalau biasa, tentunya kami tak akan order lauk ayam gulai ni. 








Selepas check in hotel, saya hanya menghabiskan masa di bilik bagi melegakan kesan drowsy ubat allegik yang memang membuatkan kita jadi mengantuk. Manakala hubby dan anak anak menemankan Aween pergi swimming di tingkat 7.




Sebelah malam kami ke Gurney Drive mencari char kue teow, pasembor dan laksa penang. Mungkin kerana selera saya yang kurang sebab tak sihat atau memang makanan sana sudah tidak sedap, saya memang tak makan sangat. Selepas menjamah beberapa mulut, saya mula membuat kesimpulan KL is still a food heaven. Kalau tiada apa apa urusan, Penang bukan destinati percutian kami untuk tempoh 5 tahun akan datang. Tidak mungkin kalau sekadar bercuti, tidak juga di dalam negara yang memang stressfull dengan jalan jam di sana sini. Tempoh perjalanan ke Penang, boleh sampai ke Perth, Australia. Tujuan bercuti untuk merehatkan minda sambil makan makan tapi kalu nak bergerak di sana sini, jalan sesak, nak makan juga kena menunggu, lebih lebih lagi kualiti makanan yang teruk kerana dek terlalu ramai pelanggan, apa citer tu?








Hari ini sebelum check out, saya dan hubby memilih untuk breakfast dengan roti canai di Restoran Khaleel Nasi Kandar di Gurney Drive dengan Aznuar dan anak anaknya, sementara Boy dan Juita bersarapan di hotel. Sedap roti canai dan kuahnya, sehingga saya menghabiskan 2 keping roti canai.

Sebelum balik, kami makan tengahari di gerai Kari Kepala Ikan di Jalan Kelawei. Pertama kali datang ke sini, gerainya betul betul di bawah pokok sahaja tapi kini sudah berubah rupa menjadi kedai makan. Saya suka kari kepala ikan yang cair dan ala ala chinese style. Selain dari itu, menu istimewa di sini ialah ikan goreng sambal selain lain lain lauk pauk yang simple tetapi sedap dan menyelerakan. Ikan goreng sambal yang selalu menjadi pilihan kami ialah ikan bawal atau ikan terubuk. Setakat ini kunjungan ke sini tidak pernah mengeciwakan selera saya. Malahan tidak lengkap kunjungan ke Pulau Pinang tanpa datang makan di sini.




Akhirnya kami berangkat balik ke Villa Nur Qaseh yang ditinggalkan beberapa hari, rindu pada Rizky yang kini berada di Subang Jaya, pada ikan Koi dan Kelah dan yang paling utama pada dapur Azie. pelbagai resepi ada di kepala yang ingin dibuat di dapur Azie.  Selain mendengar youtube ceramah Ustaz Don, saya juga melayan resepi resepi dengan menggunakan ipad semasa bersendirian di bilik. 

Percutian ini yang paling bermakna ialah dapat berada bersama hubby dan anak anak terutama Boy yang akan kembali ke kampus bagi menyambung pengajian tahun kedua dalam beberapa hari lagi. Lain lain, rasanya tidak ada makna. Selepas mengambil Rizky di USJ, kami terus balik ke rumah, selepas menyiram pokok pokok bunga, saya terus masuk dapur. Dah gian nak membuat kuih. Jeng jeng jeng... tengok ni .... Baca lanjut dengan klik di SINI



17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Penat-penat pun sempat update blog!. Kari Kepala Ikan di Jalan Kelawei tu area mana ya? Saya yang orang Penang pun tak penah sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itulah tandanya kecintaan, tiada istilah penat bila melakukan sesuatu yg kita sukai.

      Gerai tu rasanya berhadapan seberang jalan dg Shell. Depannya ada pokok besar dan orang berniaga paper dan skrg ada gerai nasi mamak juga di bhgn depan. Saya mula mengunjungi gerai ini sejak berniaga bawah gerai kecil dan tempat makan hanya bawah pokok, skrg dah jadi kedai. Asalnya my hubby punya school mate yg perkenalkan kami dengan gerai ini. Kunjungan ke Penang mmg tak lengkap tanpa mengunjunginya...

      Delete
  3. as salam, kak azie jgn serik dtg penang lagi..ya..maybe masa akak pie tue time cuti sekolah.. org ramai..hotel penuh..akak kena alergic pulak..xbernasib baik nak enjoy holiday..apapun saya suka blog akak.. thanks share info resepi yg best2.sy doakan akak sekeluarga dilimpahi rahmat dan murah rezeki olehNya. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Terima kasih, Maryam. Selamat Tahun Baru 2013

      Delete
  4. SLM.. kesian pada kak Azie... kawasan yg akak pergi tu memang trlalu padat. lebih lebih lg time cuti.. tmpat mkn juga sudah tidak menarik. tmpat mkn yg sedap bukan lg di kwasan bndar. selalunya restoran yg sedap atau tmpat mkn yg sedap berada di kawasan barat daya atau seberang( mainland) cntohnya kedai mee udang salwa... sedih nk cerita. sekarang yg boleh thn sedap hanya ayu mee udang.. d teluk kmbar juga . tk jauh dr salwa. kalu dulu mee udang maklong atau mee udang mk ngah sgt sedap tp sekarang mcm langit dgn bumi. perniagaan pun merosot. kalu char kway teow yg sedap sedap semuanya d seberang. ada juga di byn lepas dkt snshine. kalu nsi campur seberang aje yg best..bukit mertajam. di sekitar komtar hanya STRESS.. Saya org pntai timur tp sudah 20thun di penang.. dulu seronok juga. sekarang sg petani lg seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Betul lah, kalau tak tahu tempat yg betul, makan di Penang dah tak berapa sedap. Saya selalu ke kedai Mee Udang Salwa tapi rasanya dah tak sedap macam dulu dan harganya terlalu mahal. Kami skrg suka makan nasi kandar kalau ke Penang. Restoran Hameediah atau Restoran Hameed. Saya suka telur sotong.

      Delete
  5. petang karang cadang nak ke P.Pinang. Baca blog Azie memang nampak tercari-cari. Cari tempat untuk rehat2, cari tempat untuk beradu2, cari temapat makan yg sedap dan cari jalan yg tak sesak. Tapi nak kemana di dlm Malaysia ni buntu....semua akan jadi lebih kurang. Apa boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau musim cuti, memang di mana mana pun, jalan akan sesak dan hotel penuh. Nak buat mcm mana, sabar jer. Mungkin itulah kemeriahannya bercuti dalam negara

      Delete
  6. Pergh, dah lama x perkena kari kepala ikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak suka sangat nasi kandar, skrg ni macam kemaruk pulak.

      Delete
  7. just nak bagi suggestion..if akak nak try makan nasi kandar yang terbaik sila ler ke Nasi Kandar Kampung Melayu...masih terselit tradisi kandar...kuah kari nyer memang perghhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      Di mana tu dan macam mana nak ke sana?

      Delete
  8. kedainyer betul-betul di bawah flat Kg. Melayu...dalam daerah ayer itam..dekat je dengan bukit bendera...dibuka waktu pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah bila ke Penang, boleh cari kedai ini.

      Delete

  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  10. hi nak share pengalaman ke perth baru ni. kami stay di mahira holiday home. memang baguslah servis dan penginapan. mereka juga ada kereta sewa. yang penting kepunyaan org islam. ownernya malaysian muslim. boleh call 0123360098

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.