Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

2 Jun 2012

Ikan Kerisi Masak Tauchu Yang Sangat Sedap






Hari ini saya memasak Ikan Kerisi yang dibeli di Morib hari minggu lepas. Serius.....memang tak pernah tengok ikan kerisi sebesar itu, agaknya sebesar paha budak budak kot. Bila dah dipotong nipis, dapat juga sebesar tangan. Haa gitulah besarnya tu. Nyonya tu dok kempen suruh ambik katanya sedap, lembut, cantik dan macam macam lagi. Tu yang saya ambik seekor. Bila dah dipotong dia masih memuji, tengok ni, cantik isinya. Itu yang saya suka bila penjual bercakap pasal produk mereka, yang boleh membantu saya membuat keputusan membeli dengan lebih mudah Ikan Kerisi yang berharga RM75 seekor itu.






Oleh kerana sejak beberapa hari ini, belum ke dapur sepenuhnya, saya sempat bertanya dengan Pak Cik Google, apa masakan yang sedap untuk dimasak Ikan Kerisi. Jawabnya hahaha Masak Tauchu ler. Jadi balik office tadi terus ke dapur kerana memang dah tak sabar nak memasak Ikan Kerisi DenganTauchu kerana saya belum pernah lagi mencuba masakan ini. Lagipun ada stok tauchu yang dibeli semasa membuat Mee Rebus Johor tempohari. 

Waah betul betul sedap lah isi ikan kerisi yang besar ni, tak tipu nyer... memang sedap sangat sangat. Haaa macam tu sekali tulis sedap, maknanya betul betul sedap lah tu. Alaa kalau ikan kerisi kecik yang biasa kita beli selebar 3 jari tu pun, dah sedap isinya kan? Putih dan manis jer terutama kalau yang segar. Apalagi yang besar... lembut sangat isinya. Pendek kata masak apa pun sedap kalau ikan yang jenis sedap macam ni. Nanti nak kena cari lagi nih...

Jom kita layan resepi dulu...




Masak Tauchu Ikan Kerisi  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
2 keping ikan kerisi
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
4 biji cili merah - hiris 
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi 
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.

Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.

Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.

Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.






22 ulasan:

  1. salam.. tumpang bertanya, tauchu ni jenama apa ye yang sedap?? suami suka makan, saya pula x pernah mkn.. tp bila tgk resepi kak zie ni teringin nak cuba masak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlm. Saya sebenarnya tak kisah sangat pun jenama apa. Bila jumpa kat kedai runcit, terus beli.

      Padam
  2. nyurm...nyurm...sdap...sy mmg ske follow blog awk nie....

    BalasPadam
  3. terima kasih atas resepi tu .igt nak cuba ptg ni.selalu beli aje kat kdai ikan msk taucu..so nak bagi anak rs air tangan mak diorang lak

    saya, ida ...shaklee distributor,kalau berminat nak mendapatkan shaklee boleh pm/whatsap 0132468220
    terima kasih

    BalasPadam
  4. Sy x suka, tp mak mertua suka terpaksa la google cari resepi..huhu..anyway, tq..

    BalasPadam
  5. Salam. Sy nak tanya...kacang tauchu nak kena basuh dulu tak...?

    BalasPadam
  6. My menu for tonite..saya tambah ikan bilis uth perasa..tq for sharing-nana khairul

    BalasPadam
  7. Kak azie..klau pakai ikan mackarel ok tak..

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian resepi.
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya.

    BalasPadam
  9. Baru nak buat tuk berbuka nnt.. tq k.azie atas resepinya

    BalasPadam
  10. Sedap ni.. . Saya letak ikan bilis sket.. guna ikan tenggiri dan tambah cili hijau..tq kongsi sama2resepi

    BalasPadam
  11. Sedah nampaknya...
    rasa nak
    buat jap lg untuk sahur

    BalasPadam
  12. Memang sedap dulu tak makan sekarang alhamdulillah masak ngan makan pon
    boleh kadang kadang dok google jugak...hihihi

    BalasPadam
  13. taucu masin ke manis yg okey sis?

    BalasPadam
  14. Kami sklrga mmg suka mkn lauk nie....biasa saya masak lauk nie, saya cuci dulu taucho nie sbb dia masin kan....kalo tknk cuci pun bole, jgn bubuh garam lagi dlm lauk nie....nnt org kata nk kawin lagi pulak...heheheh....trima kasih puan azie atas sumbangan resepinye.....

    BalasPadam
  15. Nampak sedap Nak kena Cuba ni 👍

    BalasPadam
  16. Nak cuba.suami suka.hrap jadi sedap mcm mak mentua masak

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.