Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 31 May 2012

USA Part 4: Santai Santai Di San Francisco



Rujuk catatan sebelum ini di SINI. Breakfast kami pagi ini berlangsung dalam suasana relax dan santai sahaja, tak perlu terkejar kejar coach dsb seperti hari hari sebelumnya. Ini adalah kerana hari ini adalah hari free and easy untuk group kami. Jadi kami boleh melakukan aktiviti bebas dan tiada morning call juga. Saya mengambil nasi goreng dan buah buahan sebagai breakfast. Saya bukan suka makan buah strawberry kerana rasanya yang masam tapi strawberry di sini sangat manis rasanya, dah lah buahnya cantik cantik dan besar besar lak tu. 







Pagi pagi selepas breakfast, kami berjalan jalan di sekitar bandar San Francisco sementara menunggu kedai dibuka pada pukul 10 pagi. Wah banyak betul kedai kedai dan butik ternama di kawasan union square, heart of the San Francisco city. Kami singgah di Union Square untuk bergambar kenangan.









Butik pertama yang dituju adalah Butik Coach. Kerana memang handbag coach adalah tersenarai sebagai barangan utama dalam shopping list saya. Saya memang dah berhajat untuk membeli handbag coach design terkini untuk diri sendiri. Lama juga di situ kerana frust sebab warna merah yang dicari dah pun discontinued di US, yang ada adalah warna smoke yang baru 2 minggu dilancar. Tapi hati dah terjatuh cinta dengan warna merah menyala.







Akhirnya beli juga beberapa handbag di Coach kerana melihatkan harganya yang sangat murah berbanding dengan harga di One Utama yang saya jenguk tempohari. Dari situ, menuju pulak ke Macy's yang memang saya dah lama teringin untuk menjejakkan kaki. Akhirnya berjaya, hati seronok tidak terkata. Terpandang pulak, bahagian handbag Coach, kami terus ke situ. Hajat hati, hanya untuk melihat lihat tapi sebab ada pulak handbag limited edition yang Nana inginkan, berlaku satu lagi kejadian di sini. Handbag Coach untuk Nana akhirnya dibeli.

Kemudian naik pula ke bahagian bath and bed, saya memang merancang untuk membeli tuala kerana kualiti tuala yang sangat bagus di US dan harga sangat murah. Tapi biasalah kami ni ramai, jadi beli satu seorang pun dah berapa helai dan tuala ni tebal dan agak memakan space. Oleh kerana tangan dah penuh untuk membimbit bag bag lagi, kami terus balik ke bilik dulu.




Wah inilah percutian paling santai. Sempat balik bilik dan tidur lagi beberapa jam. Bila terjaga, terasa sangat rugi  sebab datang sejauh San Francisco hanya untuk tidur, kami pun ronda ronda lagi kawasan Union Square, masuk butik keluar butik untuk check harga harga handbag idaman. Sejujurnya harga handbag berjenama di US lebih mahal berbanding dengan di Europe kerana di sana kita boleh claim VAT tapi di US kena pulak bayar tax. Sekadar jamu mata, bolehlah. Sempat juga hubby berposing di sebelah hummer sebelum si jelita itu memasukinya. Aduhaai panjangnya kalau sekadar untuk dinaiki berdua...






Oleh kerana hari ini hari free and easy untuk kami, tiada lunch dan dinner disediakan. Jadi balik singgah di Nan n Curry restaurant untuk lunch cum dinner. Order nasi briyani dengan kambing. Wah portion sangat besar, rasanya 3 orang pun boleh makan. Hubby ambil buffet jer. Saya siap bungkus nasi briyani dan malam makan lagi kat bilik.





Sesampai di lobi hotel, geng geng dah ramai, jadi sebelum balik bilik bersembang sembang sekejap sambil update each other. Melihat lihat kejadian masing masing lah. Ada yang baru sampai, ada yang dah nak balik ke Malaysia dan ada pula yang nak ke Las Vegas. 




Sambil hubby membuat packing, saya pun melihat lihat dan mengatur kejadian kejadian hari ini di San Francisco. Memang seronok lah bila dapat apa yang dihajati.




OK hingga berjumpa di catatan perjalan seterusnya ke Las Vegas pulak di SINI.


6 comments:

  1. bestnye...klau bab shoping ni rasanya mmg dh cfirm byk ni...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH, alang alang dah datang sini, banyak jugalah kejadiannya, biar menyesal kerana beli jangan menyesal kerana tak beli. Takut meroyan bila sampai kat Malaysia jer. Hahaha

      Delete
  2. Assalam Azie,
    waduh seronoknya cuti2 diUSA..
    Wah tengok cik abang bawa beg banyak tu..untung betul dapat shopping sakan ya..hehe
    betul tu dah datang jauh2 baik make use of the time to explore more of the place kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuuuu, thank you so much for your time to visit my blog. Really appreciate it. Since last night, i dok melayan blog Ayu. Very interesting blog with so many recipes. I love the photos presented in your blog, it looks so real...

      Delete
  3. orang pompuan pergi kemana pun memang gila shopping tak kira apa benda dari yg murah ke yg mahal janji shopping kan,dari key chain, magnet, ke handbag mahal2 hahaa janji puas hati kan Zie layan je dpt pulak cik abang yg sporting bertuahnya badan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, betul. I suka bercuti ke tempat tempat yang best shopping. I tak lah berminat sangat dg scenery, cuma suka ambil gambar kat tempat tempat begitu. Alhamdulillah, hubby tak menghalang apa yang saya inginkan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.