Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 29 May 2012

Sira Pisang Kelantan





Semasa di kedai runcit mencari santan dan petai, mata terpandang beberapa sikat pisang awak atau pisang kebatu, kalau dipanggil di tempat saya di atas rak kedai yang nampak dah masak. Saya minta hubby membeli sesikat untuk dimasak Sira Pisang kerana rasanya macam lama betul tak membuatnya.


Pisang kebatu di Kelantan biasanya dibuat pisang rebus selain dari digoreng dan disira. Pisang rebus banyak dijual di kedai kedai makan adalah antara menu sarapan pagi yang fofular di Kelantan. Satu yang saya perhatikan, kebanyakan isi pisang kebatu di Kelantan berwarna kuning dan berbentuk bulat panjang berbanding dengan di sini yang isi berwarna putih dan bentuknya meleper sikit.




Saya suka pisang yang berwarna kuning kerana rasanya lemak lemak sikit. Atas sebab itu, semasa di USJ saya membawa benih untuk ditanam. Berbuah sungguh lebat dan besar besar pulak tu. Berbudi pada tanah ni, memang besar ganjarannya. Anak pokok sentiasa tumbuh dan berbuah tak henti sehingga bila ditebang pun, masih nak tumbuh lagi. Kami terpaksa menebangnya kerana ingin membuat renovation bilik pembantu rumah dan juga wet kitchen pada tahun 1999. Saya ingat sangat sebab masa tu Aween masih lecil dan berusia beberapa bulan sahaja.

Panjang pulak celoteh pasal pisang ni. Jom nak share cara saya membuat Sira Pisang yang mungkin semua orang pun dah tahu. Tapi bagi anak anak saya dan anak anak lain yang baru belajar memasak, perkongsian ini mungkin memberi manafaat kepada mereka. Haaa jangan lupa yang ini bukan blog masakan walaupun ada masakan dan resepi tapi ini adalah blog gaya hidup serta apa yang dimasak dan dimakan di Villa Nur Qaseh atau penghuni Villa Nur Qaseh. Saya tak mahu ada yang terdetik kata asyik tayang resepi ulangan. Kalau masakan yang disukai, pastilah diulang ulang kan? Sira Pisang ni adalah makanan kegemaran saya terutama di bulan puasa. Saya memang suka kuih basah basah untuk memyamankan tekak di bulan puasa.


Sira Pisang Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 sikat pisang
Gula secukupnya (ikut manis disukai)
Secubit garam
Beberapa kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - simpul
Sedikit pewarna kuning

Cara cara:
Pisang dibelah 2 atau dipotong nipis nipis. Saya tak belah sebab pisang bersaiz kecil.

Masak air dengan gula dan daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih. Masukkan sedikit garam, bunga cengkih dan pewarna.

Akhir sekali masukkan pisang. Masak dengan api perlahan sehingga pisang lembut dan air gula kelihatan pekat berkilat.

Bolehlah diangkat dan disejukkan. Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik dikeluarkan dari peti sejuk.


8 comments:

  1. wahhhh Azie nie mmg pandai lah menggamit selera mmg bijak bermain ngan menu :D....

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, ye ke? Tu sebab badan I dah berisi sikit skrg ni. Asyik nak makan jer. Nnt jangan lupa beli majalah NONA Julai, Insya Allah ada gambar I dalam tu

      Delete
  2. Insyaallah Azie..Alah berisi tp comey xpe heheh yg penting hati budi kan..kan ..kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul. Biar berisi asalkan sihatkan.

      Delete
  3. Salam kenal & ziarah Atie :)

    teruja tgk sira pisang.. mmg blm pernah mencuba nyer :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Mama Hawa, terima kasih berbanyak kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Sira pisang ni memang sedap jika dibuat dan simpan dalam peti sejuk. Makan keesokannya lagi sedap. Kalau di Kelantan, cukup famous ni. Masak hingga air gula likat dn bersinar.

      Delete
  4. Salam Pn Azie....bila tengok aje sira pisang ni teringat dekat shima punya MIL..klu balik kampung dia mesti buat sira pisang ni.....bila tengok recipe Pn Azie rupanye senang aje ya buatnye....hihih....kena try buat ni my hubby favourite ni...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima, memang mudah sekali membuat sira pisang ni. Beberapa minit jer dah siap, lepas tu simpan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, baru dikeluarkan untuk dihidangkan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.