Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 27 May 2012

Kuih Lompat Tikam Resepi Bonda



Bonda saya Hajah Jahara atau dikenali sebagai Mak Cik Jara, sangat terkenal di kampung kerana masakan kuih lompat tikam yang sedap. Teringat lagi semasa kecil, di bulan puasa, kami akan bergilir gilir menghantar makanan ke madrasah untuk dimakan selepas bersolat terawih. Sepanjang yang saya ingat, my mom mesti menyediakan kuih lompat tikam dan kehadiran pun ramai malam giliran kami.


Sebenarnya sudah banyak kali saya cuba memasak kuih lompat tikam selepas belajar cara cara nya. Malahan my mom pernah memasak bersama saya dan menunjukkan cara caranya tapi bila balik dicuba sendiri, masih juga tak menjadi. Hasilnya lapisan hijau tu masuk ke dalam tong sampah jer. Saya memang kecewa. Satu hari bila balik kampung, saya meminta kuali tembaga yang selalu dia gunakan untuk membuat lapisan hijau lompat tikam. Balik Subang Jaya, cuba memasak dengan kuali tembaga, pun masih tak menjadi. 

Setelah agak lama, saya kini membuat percubaan lagi sekali. Kalau masih tak menjadi, inilah percubaan terakhir, itu detik hati saya. Maklumlah resepi orang dulu dulu ni tak pakai sukatan bagai, semuanya pakai campak campak jer.  Alhamdulillah, hari ini semuanya dipermudahkan. Saya berjaya membuat kuih Lompat Tikam yang sangat sedap walaupun tak dapat menandingi Kuih Lompat Tikam air tangan bonda tercinta.



Untuk lapisan hijau, dia hanya menggunakan air, tidak ada santan pun. Saya tak pernah melihat my mom menyediakan pulut merah, hanya bila di sini baru saya nampak kuih lompat tikam yang dijual diletakkan sekali pulut merah. Sebab tidak biasa makan pulut merah dengan lompat tikam, saya jadi tak berapa suka. 




Kuih Lompat Tikam

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur


Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan

1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam


Pulut Merah
1 cawan pulut
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya

Air gula melaka:

1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan


Cara lapisan hijau:

Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.

 
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  


Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

 
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap


Cara Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit. 

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.    




Cara Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih.
Tapis dan sejukkan.


Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.

Masukkan juga sedikit pulut.

Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Hahaha main capai jer senduk tu...




Hmmm sedap sangat nih. Tengok tu.. yummy yummy yummy ....




Enjoy.....

 

28 comments:

  1. Wahhh terbaek dr ladang huh rase nk serbu umah Azie je heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, memang terbaiiik dari dapur ore Klate di Kota Damansara. Hok Klate sokmo

      Delete
  2. Kak Azie..peberet cikwan nih! i like! ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. CW, my feveret too. Kalau bulan puasa, mesti beli tapi anak anak tak suka. Itu yang tak best sikit. Laksam dengan nasi kerabu semalam sekejap jer licin.

      Delete
  3. Salam sis Azie. Lompat tikam....sedapnya....last mkn masa balik Kb Feb lepas, nak buatnya kurang rajin skrg...byk bahan2 sampingan kena sedia.sy suka lompat tikam gini yg complete dg pulut merah, kalau belah Ganu mmg lompat tikam tak letak pulut merah.tengok entry kat bawah...ada laksam, nasi kerabu, puteri mandi dan akok...semuanya menu kelate yg best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, jom you lopat, Azie tike. Hahaha main tike tike pulak ya. Tapi sedari kecil, I memang tak tahu kalau ada pulut merah. Bila dah tinggal di KL, baru tahu sebab my mom mmg tak pernah buat pulut merah. My mom punya lompat tikam, memang the best lah. Masakan orang dulu dulu kan, dia pakar lah kalau kuih muih tradisional Klate ni

      Delete
  4. nampak sedap snagat Zie,tapi betul akak ckp tak pernah buat lah dan makan pun tak pernah,tengokyg Azie ni mcam teringin nak buat mesti sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, klu gitu cuba Kak Noor buat. Kuih kegemaran Azie ni terutama bulan puasa. Dari kecil, lagi memang suka makan kuih ni sebab my mom mmg pakar dalam kuih lompat tikam.

      Delete
  5. Pn Azie, this one also my hubby punya favourite kuih jugak....dia orang terengganu..menu kesukaan lebih kurang sama dgn kuih dari kelantan...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan dengan Terengganu berjiran rapat, jadi banyak kuih muih yang ada persamaan seperti nasi dagang, nasi kerabu, sekaya telur. Cuma kadang kadang nama jer berbeza.

      Delete
  6. Saya termimpi kuih ni semalam, tu yang godek2 cari resepi nyer. tapi leceh la pulak nak buat satu2, nak makan seciput jer. Salam kenal Kak... suka pulak tengok banyak resepi favourite saya kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. kalau utk makan sendiri jer, baik dibeli. Terima kasih kr sudi singgah dan salam kenal juga dari saya

      Delete
    2. Akak, izinkan saya pinjam gambar kuih ni yer, ramai tanya ruper kuih ni hihi. saya link kan ke sini juga.

      And tadi dah dapatkan bahan2 untuk kueh ni, nasib baik ada. doakan menjadi hehehehe.

      Delete
  7. Salam Pn.Azie. Sy dah cuba mengikut resepi ni. Alhmdllh jd. Sedap sgt. Terima kasih.

    Farah Jasni

    ReplyDelete
  8. kak kalo lapisan putih xyah letak kapur ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak kapur utk menjadikan ianya kenyal kenyal. Lapisan putih memang lembik, jadi tak perlu letak kapur

      Delete
  9. Even sy ore kelate pn x reti nok masok tp sbb harini plan nok makan lompat tikam ni.. google terus dapat resipi ni.. jap lg nok try buat.. hope jadi la weh.. pulut je x se buat.. tq tq..

    ReplyDelete
  10. Nok try wat pahni utk bbuka. 1st time ni. Slama ni tahu make jah. Hahahahhaha.. tq for the resipi.. kalu jadi akan ku update.. tq tq tq..

    ReplyDelete
  11. Nak try wat gok ni...poso2 ni ramai lak tyo lompat tike,,,

    ReplyDelete
  12. Thanks for the recipe kak.. husband sy org kelantan.. byk kali dia suh sy wat.. tp sy xpenah makan.. harap2 menjadi..hehe

    ReplyDelete
  13. Aduiih sedapnya kak azie...

    ReplyDelete
  14. Dah cuba dan sedap sgt. Tq for sharing. Moga mndapat keberkatan dari Allah swt

    ReplyDelete
  15. Kak azie..cmne nk wrnakan pulut tu...sdapp nyooo...dk jah klate..tp xreti pun...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Cara plg mudah selepas pulut direndam dan tos, baru masuk pewarna supaya warna melekat. Kalau diletak pewarna masa pulut direndam, warna tak cantik sgt. Air jadikan warna lebih cair.

      Delete
  16. Nk tya..sy wat api besar sgt kot..dan lupa tapis...cpt bketul n xsempat bkilat...takpe ke?

    www.zairulakmaldaylife.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mula mula buat dulu pun jd mcm tu. Last last guna kuali tembaga, baru menjadi dg elok

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.