Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak II


Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak

Yeay yeay akhirnya berjaya. Saya memang tak cepat berputus asa, lagi tak jadi, lagi saya nak cuba sekali lagi. Tak boleh ditunggu tunggu lagi, kalau boleh masa tu juga. Malam tadi macam merajuk juga sebab minta hubby beli tepung kacang hijau tapi dia terlupa untuk singgah di kedai runcit. 

Saya tak puashati dengan kejadian Kuih Koleh Kacang yang saya buat beberapa hari lepas. Klik di SINI. Seperti yang saya katakan, tiada cacat cela dengan resepi kerana Ayu membuatnya dengan kejadian yang sangat perfect.


Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak
 
Tapi hari ini saya tak menggunakan resepi dari blog Ayu tapi menggunakan resepi yang diambil blog resepimasakan2. Lepas lepas ni baru nak cuba resepi Ayu kerana saya masih percaya pada resepi itu. Malahan dari apa yang ditulis oleh Ayu, memang sah saya dah tersilap beli tepung kacang hijau yang sepatutnya berwarna kekuningan tetapi saya terbeli yang berwarna putih seperti tepung. 

Saya pun tak kenal tepung tu, jadi bergantung jer apa yang diberi oleh adik di City Bakers. Hubby membelinya di Giant yang berjenama Kijang. Terima kasih, Ayu kerana saya telah pun mendapat jawapan kepada persoalan di kepala sebelum ini.

Yang saya tertarik berkenaan resepi ini ialah ianya ditulis sebagai mudah dan sedap. Apa apa yang mudah dan sedap ni memang saya suka. Lagi pulak bahan bahannya disukat menggunakan cawan sahaja. Maklumlah masa saya pun terhad. Sampai rumah tiap hari pun dah agak lewat dan badan pun dah penat kan.

Hari ini macam mana penat sekali pun, saya tetap ke dapur untuk memasak Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak sekali lagi. Alhamdulillah, dengan menggunakan bahan yang betul, saya berjaya menghasilkan kuih koleh yang diidam idamkan. Gembira bukan kepalang dan hati berlagu riang. Hubby pun suka dan kata kuih koleh saya menjadi. Oooh yess. Jom kita layan dulu...

Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak

Kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam

Cara-cara
Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.

Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.

Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

Siap untuk dihidangkan.

Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak

Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak

Selamat mencuba Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap!


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

38 ulasan for "Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak II"

  1. Azie leh guna santan kotak tak or kena jugak2 santan fresh...suker kuih nie heheheh thanks kongsi resepi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, santan kotak pun boleh. Tapi tadi saya guna santan fresh dan campur sikit dengan santan kotak. My hubby pun suka dan tadi dihidangkan pada ustaz yang mengajar anak anak kami dan nampaknya ustaz pun suka. Saya lagilah suka bila ramai yang suka makan apa yang kita masak.

      Padam
    2. pic dia pun mmg nampak sedap...kalau tahi minyak tu leh jd ke kalau kiter guna santan kotak ek..teringin d5 nk cuba resepi nie...alangkah indah nyer kalau d5 jiran Azie hehehhehhe

      Padam
    3. D5, best kalau kita berjiran kan? Boleh bertukar masakan terutama bulan Ramadhan ni. Tak berani nak cakap kalau tahi minyak menjadi dengan menggunakan santan kotak. D5 boleh buat eksperimen dan share hasilnya. Rasanya macam OK kerana sekarang banyak kuih muih seperti tepung bingka, kuih talam hanya menggunakan santan kotak jer. Lagipun santan fresh yang dibeli tu, rasanya dah dicampur dengan tepung sebab lain macam jer pekatnya. Ingat tadi nak beli kelapa parut dan perah sendiri santannya.

      Padam
    4. betul betul betul..hehhehe ty Azie bg tips kat d5 :D...nnt kalau tercube resepi nie d5 post ek :D

      Padam
    5. Yes, dah cuba bagi komen ya

      Padam
    6. azie D5 dah cube terbaek lah sedap sgt n mudah lak tu thanks ek Azie hehehhe...

      Padam
    7. Tahniah, I tengok kejadian kuih koleh D5 lagi cantik. Mine look a bit dry, may be due to overcooked. Apa apa pun kita telah mencuba dan memecah rekod diri sendiri.

      Padam
  2. Assalam AzIe,
    wah!!!! tahniah dah menjadi dah koleh2 Azie ni..
    cantik pun ya..pasti sedap juga..
    ha ini baru betul tepung kacang hijau tu..hehehe..
    Untuk jawapan tahi minyak memang boleh gunakan santan kotak tu aje..i did that..
    dan alhamdullilah menjadi..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi mengunjungi. Kali ini memang betul tepung kacang hijau goreng. Tapi Ayu punya lagi cantik, permukaan nampak oily and moist. Mine looks a bit dry, Alhamdulillah gembira sangat kerana akhirnya misi tercapai

      Padam
  3. salam azie..tq sbb share resipi..akak dah try, izin letak kt blog akak plak ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jun, silakan. Nanti saya visit blog Jun

      Padam
    2. salam alaik..kak,,
      sy baru first time nak cube buat..
      em..santan yg mane tok wat taik minyak?
      yg 1 cawan pekat tu ke or 2 cawan santan tu??
      then,,kukus ke bakar??hehe.
      time kasih..;)

      Padam
    3. Ada ditulis dalam cara cara menyediakannya. 1 cawan santan utk tahi minyak.

      Padam
  4. salam kak..
    kole kacang akk tu nmpk sedap sgt..seriously cam pro hehe..
    i should try once..i will hehe

    BalasPadam
  5. Kak,santan yg utk tahi minyak tu 1cawan,pastu yg bhn untuk kuih tu santan bpe byk???

    BalasPadam
  6. Melabu kali ni Kay suka masak.
    Tengok kuih ni, teringin sgt. First time try xjadi. Bila baca n3 ni, rasanya sbb tepung kot. Beli tepung yg warna putih. So, kena cari tepung yg betul dulu, baru boleh cuba Kali kedua. Tq Azie.

    BalasPadam
  7. Guna kacang ijau n goreng atas kuali smp garing. Pastu blender n tapis.jd dh tpung kcg ijau ori.lg sdp..cuba lh try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak try buat tepung sndiri la...ada tak yg buat kuih utk jual. Berapa harga ya

      Padam
  8. Salam kak azie... Trima kasih dgn resepi akk nnt saya nk cuba buat kuih ni plak... Dh bnyk resepi akk yg saya cuba semuanya mjadi... Trima kasih dgn ilmu yg akk beri.. Hnya Allah saja yg dpt mbalasnya...

    BalasPadam
  9. Assalam akk..sy dh try bt..tp nk bt tahi mnyk tu failed..blh ajar lg x? Kurang faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakkan santan pekat sambil terus dikacau sehingga terhasilnya tahi minyak. Guna santan pekat

      Padam
  10. sy dh cuba sekali..sy amik sket minyak yg wat tahi minyak 2..campur dlm adunan tepung ms kita kacau time dh pekat 2..koleh akn berkilat..

    BalasPadam
  11. Kole kacang kegemaran saya. Nak kalau kuih tu lebik sikit jangan keras

    BalasPadam
  12. assalam...nak tnye lah...kenapa kole kacang saya merekah ye?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Azie, terima kasih dgn resepi, Alhamdulillah menjadi saya buat. Lemak & lembut juga cukup rasa. Saya siap suruh Kakak post kan jugak tepung kacang hijau jenama kijang. Kat cni memang takde cuma yg ada warna putih. Salam dari Perantauan EIRE

    BalasPadam
  14. salam sis.. kenapa santan utk tahi minyak saya tk terjadi... dah 2 kali cuba teru tk jadi... bila dia dah kering cuma hangus.. tkde langsung minyak kluar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Nak bagi jadi kena guna santan yang diperah dari kelapa parut. Banyak santan dijual segera skrg ni dicampur dg tepung.

      Padam
  15. Salam..sya nak ucapkan terima kasih pd kak azie..sb semua resepi yg kak azie share yg mana sya buat semua menjadi..alhamdulilah..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum kak. Saya nak mohon halalkan resepi akak ni. Dah lama saya memang ikut resepi yang ni je. Sampai ada orang nak tempah pula dari saya. Mohon izin dan halalkan ye kak

    -ira-

    BalasPadam
  17. salam kak..sy br cuba hari ini.menjadi tp knp rupa koleh kcg sy tak rata dan rasa sedikit masam.sy pakai tepung kcg cap 2 kambing

    BalasPadam
  18. Assalam kak. Saya mmg slalu follow entry akak Aziem stiap resepi kuih talam mest sy buat resepi dari Kak Azie dan alhamdulillah smuanya menjadi. Nanti sy nak buat resepi kole kacang akak pulak sbb suami suka.. huhu..

    BalasPadam
  19. mmg jadi....thorbaekkkk....

    BalasPadam
  20. Saya share puan..t.kasih

    BalasPadam
  21. Thanks Puan Azie... saya try buat and jadi 👍👍👍

    BalasPadam
  22. Sy bru nk menacing harap2 mnjadi

    BalasPadam
  23. T.kasih pn saya dh buat jadi dn sedap rasanya

    BalasPadam