Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

2 Apr 2012

Sardin Masak Lemak Cili Padi


 

Saya tiba tiba jer teringin nak memasak sardin. selepas terpandang resepi sardin dari Koleksi Resepi Nannie. Oleh kerana semua bahan mencukupi, saya pun mula memasak sebaik sampai di rumah. Jangan tak tahu, saya memasak 3 jenis lauk serentak. Sambil yang ini dikacau di kuali, saya menyediakan bahan untuk lauk yang lain pula. Memang terkejar kejar lah sikit. Pernah sekali bahan yang digunakan tertukar dan tercampur, rempah yang untuk masakan lain dah tertumis untuk masakan yang lain. Haaa sampai gitu sekali jadinya.


Sambil memasak, saya sendiri akan snap gambar gambar kerana yang ini memang hobi  yang tak dapat dipisahkan. Dari kecil memang saya suka tengok gambar masakan yang mengandungi gambar langkah demi langkah. Jadi sementara saya tengah mood rajin ni, saya buat lah. Bila mood dah hilang, mungkin saya akan snap yang final jer.

Sedap sangat masak lemak cili padi ini kerana pada saya apa apa yang berasaskan sardin, memang kegemaran. Tapi selain dari sardin, saya punya gulai lemak hari ini memang kaw kaw dengan santan yang cukup dan bahan yang cukup. Saya memasak dengan api perlahan supaya gulai tidak pecah minyak. Jadi gulai yang dihasilkan memang cantik dan menyelerakan. Jom layan...  






Sardin Masak Lemak Cili Api
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk:
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

Cara cara:
Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.

Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit. Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak. Biar kan ubi kentang masak sampai empuk.

Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali, kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata.


Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.




Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas. 





5 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads