Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 7 April 2012

Mee Kari Kerang






Dua hari lepas hubby memberitahu yang dia ada menjemput kawan kawan ke rumah dan meminta saya memasak dan memyediakan sedikit kuih muih. Saya terfikir elok jika saya memasak Mee Kari Kerang kerana saya belum pernah lagi memasak mee kari kerana kurang menggemarinya. Lagipun dengan memasukkan kerang, pastinya menjadi kesukaan my son yang memang suka makan kerang.

Saya terjumpa resepi mee kari kerang yang dikatakan sangat sedap dan membuat ubahsuai dari beberapa resepi setelah mengambilkira feedback dan komen yang diberi. Kalau masakan seperti ini, kita bebas untuk mengubahsuai ramuan ramuan dan cara caranya, tidak seperti kuih muih yang perlu diikuti sukatan dan bahan digunakan.

Pagi pagi lagi saya telah memulakan aktiviti memasak. Bukan apa, tapi kerana saya tidak suka tergopoh gopoh dan mahu memastikan semua telah tersedia bila tetamu mulai tiba di rumah.  Semua tetamu adalah istimewa pada kami dan kami sangat mengalu alukan kedatangan mereka yang pasti membawa rahmat pada seisi keluarga di Nur Qaseh.



Mee Kari Kerang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula

Air secukupnya 

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

Cara-cara
Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.




Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.

Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.






Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.

Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.





Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.





Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.

Tuangkan kuah di atas mee tadi.

Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.

Sedia untuk dimakan





Enjoy ...






37 comments:

  1. Salam kenal Azie, sedapnya tgk mee kari ni betulx2 menyelerakan..byk menu sedapx2 disini saya follow yer:):)

    ReplyDelete
  2. As salam untuk Nieza. Terima kasih kerana sudi follow my blog. Saya sangat berbesar hati dan semoga kita dapat berkenalan dengan lebih rapat. Mee kari hari ni sangat sedap kerana cukup bahan bahan dan menggunakan stock udang.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Azie,
    saya diam-diam cuba resepi ni, memang terbaik ..wlupun 1st time buat..sedap.
    terima kasih share resepi.

    ReplyDelete
  4. npk sdap..nk cuba lh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My guests semua puji. My hubby pun kata sedap. Habis satu periuk besar. Jom cuba dan bagi feedback lepas tu

      Delete
  5. Salam. Saya dah cuba resepi ni. Sedap! Macam tak percaya saya yang masak. Boleh buat lagi untuk hidangan sampingan waktu raya. Terima kasih banyak2 sebab kongsi resepi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dan terima kasih kr memberi feedback. At least utk rujukan pembaca lain yg ingin mencuba resepi ini

      Delete
  6. lain daripada yang lain. Thanks

    ReplyDelete
  7. Kak azie teror masak erkkk mne blajo resepi ea..

    ReplyDelete
  8. Sy dh msak mee kari ni bwa kt tmpat keje.kwan2 semua komen sdap...tq kak azie...

    ReplyDelete
  9. Mohon tuk share juga resepi ni.tq :)

    ReplyDelete
  10. Salam.. Ni dlm berape org tetamu ye? Mohon tanye sebb saye pon xpernah msk mee kari, teringin nk msk nnt tapi untuk 50 org.. Huhu
    Salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tak pasti lah pulak. Tetamu kami hari itu rasanya lebih dari 15 orang.

      Delete
  11. Salam Kak Azie,

    Saya selalu mengikuti blog Azie dan perjalanan hidup Kak Azie...suka baca entry yang di post....resepi yg dikongsi memang semua sedap2...byk resepi Kak Azie yg dah saya cuba...memang mabelousss... thanks akak.

    ReplyDelete
  12. Mmg tengah mencari resepi mee kari ni Azie.... usha usha dulu hehe rasa mcm reringin nak makan

    ReplyDelete
  13. jenguk sini tengok resepi makanan kegemaran saya . .
    follow ya nak ikut setiap perkembangan dan masakan . .
    banyak resepi yang boleh saya belajar dari sini :)

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nk try la resepi azie nie

    ReplyDelete
  15. Salam kak..Sangat tempting mee kari ni..Meleleh air liur kat office.hehe..Mohon share resipi ni..Barakallah:)

    ReplyDelete
  16. Salam....mohon copy resepi mee kari ni....

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang lah. Lagi banyak lagi sedap

      Delete
  18. minta gambar ni k. untuk kajian

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, saya dah cuba resepi mee Kari ini.

    ReplyDelete
  20. kak, ni utk makan berapa org ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Tapi hari tu lebih dari 10 orang lah yang makan.

      Delete
  21. salam. kak azie, tq untuk resepi ni, saye baru nak cuba, saye tau, resepi akak xpernah mengecewakan

    ReplyDelete
  22. Kak Azie, saya selalu jenguk blok akak kalau nak masak. hari ini nak masak mee kari, minta izin ye kak :) saya dapat rasakan kak Azie ni lembut orangnya.. salam perkenalan dari saya. husband saya pun orang kelantan, selalu juga saya masak nasi kerabu, nasi dagang, laksam. oya, selalu saya masak ikut resepi akak, memang menjadi. terima kasih :)

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum.... Hmm ingat hujung Minggu nie nak try wat.... Macam best je Tengok. Salam perkenalan Dari Airakaz ina Anilaz.

    ReplyDelete
  24. Saya da cuba :) memang sedap n senang nak ikut. TQ cik Azie

    ReplyDelete
  25. Salam kak.. arini nak try resepi mee kari akak. Punya la banyak resepi kt google yg ni nampak paling bes dan senang nk ikut. Harap2 menjadi. Dahla first time nak buat, nak hidang kat tetamu plak tu...

    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  26. Salam kak...arini nak cuba resepi ni. Tq share resepi akk...salam perkenalan dari marinoyusof

    ReplyDelete
  27. mmg sedap sangat resepi ni akak..tq

    ReplyDelete
  28. Assalam.. bru je cuba resipi ni sebb plan nak buat masa raya.. sambil tu prektis konon masa puase ni.. hihi..

    Alhamdulillah.. walaupun ada bahan yang takde tp hubby still cakap sedap.. walau first time buat..

    Tq ye..

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah..sy juga dah mencuba resipi mi kari ni...dah share pun di blog sy..http://ernyfirdaus.blogspot.com/2014/07/resipi-mi-kari-seafood-lazat-berlemak.html

    Terima Kasih Kak Azie, atas perkongsian ilmu memasak.. ;-)

    ReplyDelete
  30. Nak cuba..wpun saya penah masak..mak sayalah masak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.