Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

10 Mar 2012

Puding Sum sum Pandan




Resipi Puding Sum Sum ni saya ambil dari Dapur CT. Tengok bahan bahan nya macam simple jer, tu yang teruja untuk mencuba sendiri. Boleh juga makan petang petang sabtu begini. Sekejap sangat membuatnya, tak sampai setengah jam pun. Sekarang sedang disejukkan di dalam peti ais. Bila hubby balik dari menghantar Nelly, bolehlah dihidangkan. 

Saya buat hanya setengah adunan jer kerana tak mahu membazir sebab budak budak tak berapa suka kuih muih.  Mereka hanya suka makan nasi dan lauk pauk sahaja. Jom kita tengok resepinya...



Puding Sum-sum Pandan

Bahan-bahan Puding :
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
800 ml santan
1 cawan susu cair
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan emulcho

Bahan Sirap Gula Melaka :
sekeping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis. Ketepikan.



2. Satukan kesemua bahan-bahan puding dalam periuk dan gaul rata. Tapiskan adunan dan masak hingga pekat dan kilat. Kacau sentiasa hingga adunan meletup-letup.




3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan.





4. Sajikan bersama sirap gula melaka






Enjoy ....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.