Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

10 Mac 2012

Pajeri Nenas


 

Sebelum ini saya ada beli 1 biji nenas untuk dibuat gulai lemak ikan masin dengan nenas. Masih ada baki lagi setengah biji.  Jadi saya fikir ada baik nya jika dimasak pajeri nenas jer. Tambahan pula, dah lama saya tak membuatnya.  Saya belajar membuat pajeri nenas yang sedap dari Kak Halimah, rakan sekerja yang dipanggil Kak Limah jer.  Dulu selalu juga dia bawa ke pejabat pajeri nenas, sedap diratah begitu sahaja.  Rasa manis kerana nenas diperap dengan gula dulu sekejap.

Pajeri nenas ini saya gandingkan dengan Ikan Cencaru Sumbat Sambal dan Udang Goreng garam kunyit sebagai hidangan tengahari. Makan dengan nasi putih panas panas, memang sedap sangat.

Jom kita layan resepi yang saya belajar dari Kak Limah.  Layan...
  
Pajeri Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1 biji nenas, potong kecil (perap dg sedikit gula)
Santan secukupnya
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa  
Udang hidup

Bahan B – bahan kisar
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering 

Bahan C
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
3 sudu besar rempah kari

Cara cara
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris jika mahu terasa bawang dalam kuah). 




Masukkan rempah kari yang digaul dengan air. Goreng hingga garing.





Masukkan udang hidup dan masakkan sebentar.




Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masukkan nenas yang telah dicelur terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan kerisik.





Masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 




Selamat Menjamu Selera



29 ulasan:

  1. santan letak masa bila kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkan santan selepas udang iaitu sebelum dimasukkan nenas celur

      Padam
    2. Nenas celur tu mksudnye apa kak zie??

      Padam
    3. Assalam sis...tenkiunso much share resepi nie..td buat...cik suami puji...five stars katenye...smpai 3x tambah nasik mlam nie...hehehe...sronok sgt..ilang penat masak ....

      Padam
    4. Terima kasih sngt kak azie...sy selalu guna resepi akak and alhamdulillah menjadi...teruskan berkongsi resepi ye kak! harap halalkan mane yg sy ambil ye...indirectly learning experiences nihh...

      Padam
  2. Celur tu bermakna kita didihkan air dan masukkan nenas. Kacau seketika dan tos.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kak azie berkongsi resipi. Sya mmg sll rujuk resipi kak azie. Alhamdulillah hubby N ank2 pun suke.

    BalasPadam
  4. Kak Azie guna rempah kari ayam atau ikan?

    BalasPadam
  5. Ok boleh cuba, semu bahan ada ! Tq Azie

    BalasPadam
  6. Saya baru berjinak2 nak masak2 ni...mmg kalau google resepi mesti taip nama azie kat belakang...supaya dpt cari dr blog...so far semua yg sy cuba semu sedap....suke2...

    BalasPadam
  7. Sy first time masak pajeri nenas... Lebihan nenas mask lemak dgn ikan kering tempohari... Tq sis share resepi... Sedappp.. Mudahnya

    BalasPadam
  8. Sy nak ucap terima kasih kerana boleh dikatakn setiap kali nak masak.. sy akan refer blog aziejaya nie... pendek kata... blog ni bnyk menyelamtkan perkhwinan saya.... tqvm!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga rumahtangga kekal dan aman damai sehingga ke jannah

      Padam
  9. Sye bru nk buat esk..nk tnye kak azie,cili boh mmg xletak
    Ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak letak. Tapi kalau nak letak pun boleh. Macam orang buat kari, jika suka pedas ada orang tambah cili kisar juga

      Padam
  10. Baru nak try ni..moga2 jadi..

    BalasPadam
  11. Saya dah cuba beberapa kali resepi ni kak Azie, memang sedap dan senang nak buat. Thanks :)

    BalasPadam
  12. K azie guna rempah kari ayam atau ikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam atau daging. Saya pun nak buat pajeri nenas raya ni utk makan dg nasi minyak. Insya Allah

      Padam
  13. Terima kasih byk2 sbb kongsi resepi. Spnjg bln puasa resepi2 msak brbuka byk sy refer sini.

    BalasPadam
  14. Tq kak azie...mmg nk try esk...suka sangat...

    BalasPadam
  15. tq kak azie . mmg sllu refer resepi kak azie . tp sy xletak udang basah @ udang kering lah . sbb apa yg ada je saya masuk . tq v much . ��

    BalasPadam
  16. Tksh k azie ats sumbangan resepi..byk membantu

    BalasPadam
  17. Tq kak sllu jd bahan rujukan saya.. xpnh mengecewakan.

    BalasPadam
  18. Alhamdulilahh.... Sy gne nenas sarawak yg blom masak... Sedap .. Tekstur ,Rupa sama mcm kak azie masak...

    BalasPadam
  19. assalam k.zie..mohon halalkn nk msk pajeri nanas guna resepi akak hri ni..tqvm smoga brtmbh rzeki..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.