Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

10 Mac 2012

Lamb Chops With Mint Salsa




Telah beberapa hari saya membeli loin lamb di Village Grocer untuk dibuat lamb chop. Oleh kerana hari ini, semua ada kat rumah, saya terus mengeluarkan lamb dari freezer untuk di marinade. Oleh kerana tak ada lemon, saya terpaksa menggunakan ready made mint sauce.

Kiranya ini adalah hidangan makan malam lah. Haaa lengkap hidangan hari ini dari breakfast, lunch, tea dan dinner. Penat pun tak apa, demi keluarga. Puan KG, boss saya di pejabat bertanya sejak bila saya suka ke dapur ni? Susah juga nak menjawabnya kerana saya memang dikenali ramai sebagai seorang yang tidak memasak, punya tangan yang lembut gitu, hahaha jangan marah ya. Hari ini saya rasa saya dah dapat jawapannya.  Semuanya gara gara melihat facebook kawan kawan yang menayangkan gambar masakan yang sangat cantik. Saya meminati fotografi bukan masakan. Tetapi untuk menghasilkan foto masakan, saya kenalah memasaknya terlebih dahulu kan? Ya dari facebook TeeaRa Yatie dan Nooriah Dan Naim, minat mula berputik. Tambah pula melihat anak anak menonton rancangan masakan Nigella Lawson yang memasak dengan sexy juga mencambahkan lagi minat tersebut. 





Rakan sepejabat saya, Abdul Hanan pula setiap kali keluar makan, dia akan merakamkan gambar makanan untuk dihantar melalui bbm pada isterinya. Malahan setiap kali ke pasar, dia juga akan merakamkan gambar ikan bawal putih, daging kambing dan sebagainya. Bila gambar gambar tersebut ditunjukkan pada saya, membuatkan saya sangat teruja melihat gambar masakan yang nampak hidup sekali.  Semuanya antara faktor yang membuatkan minat saya untuk membuat blog sendiri membuak buak. Bila ada blog masakan, dengan secara tidak langsung, saya perlu memasakkan? 

Di samping di atas, saya juga ingin menebus kembali masa masa dahulu di mana anak anak membesar dengan masakan pembantu rumah atau masakan restoran sahaja dek kesibukan saya dengan urusan pejabat. Hmmm mencari alasan la nih. Harap ianya belum terlambat untuk saya memulakannya agar anak anak mengingati dan merindui masakan saya bila mereka dewasa kelak.  

Pasal lamb chop ni, rasanya tak perlu citerlah kan. Sesiapa yang suka lamb, pasti akan tahu betapa sedapnya lamb chop. Rugi sesiapa yang tak makan lamb ni.  OK setakat ini dulu, jom layan resepi ... 



Lamb Chops With Mint Salsa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
8 loin lamb chops
4 sb extra virgin olive oil
3 bawang putih - cincang
1 1/4 sk garam
Sedikit fresh black pepper
1/4 cawan fresh mint leaves - cincang
1 lemon - parut dan perah jus


Cara cara:
Panaskan grill pada kepanasan sederhana.

Lumurkan chops dengan 2 sb olive oil, garam dan black pepper di kesemua permukaan. Lumurkan pula dengan bawang putih cincang. Ketepikan.







Di dalam mangkuk, whisk 2 sb olive oil, mint, lemon jus dan parutan lemon. Masukkan 1/4 sk garam dan black pepper secukupnya.  Ketepikan.

Panggang chops anggaran 4 minit setiap permukaan. 


 


Bila siap kedua dua permukaan, letakkan ke dalam pinggan dan sudukan salsa mint ke atasnya.



 
Nota:
Boleh juga biarkan chops dalam 5 minit sebelum dihidangkan supaya kedua duanya mesra dan sebati.


3 ulasan:

  1. Elok sekiranya dapat disertakan juga rupa masakannya.

    BalasPadam
  2. Baru letak gambarnya kerana masak jer terus dimakan. Sampai tak sempat diambik gambar. Dah tengok Briyani Pakistan? Lepas ni nak cuba Briyani Penang resepi your sister pulak.

    BalasPadam
  3. salam kak azie, lamb tu kalo tukar chicken pon boleh kan?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads