Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 5 March 2012

Chicken Chop With Mushroom Sauce




Sangat senang rupanya nak buat chicken chop. Teringin nak cuba memasak sendiri chicken chop selepas Kak Ana, my kakak, my friend dan my boss yang menyebut nyebut pasal cara membuat chicken chop walaupun saya layan tak layan kerana saya tak suka chicken chop walaupun anak anak saya sangat suka makan chicken chop. 

Memang dari dulu, Kak Ana dah jadi mentor pada saya, apa yang dia sebut, pasti saya setuju. Yang hairannya selepas berhenti chatting dengan Kak Ana, saya terus  google, cari resepi chicken chop walaupun saya langsung tak bertanya resepi untuk membuat chicken chop.

Dari semalam juga lah, dok teringat ingat pasal chicken chop ni, balik office terus singgah Village Grocer beli ayam untuk dibuat chicken chop dengan mushroom sauce. Sempat juga beli lamb loin chops untuk dibuat lamb chop kemudiannya.

Sampai saja di rumah, terus masuk dapur untuk memerap dulu ayam dan menyediakan mushroom sauce. Selepas itu, saya menunaikan solat maghrib dan kemudian masuk dapur untuk memasak lemak ikan masin dengan nenas.  Sengaja saya melewatkan supaya ayam diperap lebih lama dan menggoreng bila hampir waktu makan supaya dapat dimakan panas panas. Tapi ayamnya bersaiz agak besar, jadi satu portion memang mengenyangkan malahan susah nak menghabiskannya.  Memang berbaloi jika kita memasak sendiri kerana lebih jimat dan portion juga lebih besar. Bahan sampingan? Oh saya cuma rebus karot dan hiris tomato sahaja kerana anak anak tak suka pun makan semua tu kecuali kentang goreng.  Terlupa pulak nak beli kentang goreng tadi. Jom kita tengok resepinya yang saya translate sendiri....




Chicken Chop With Mushroom Sauce
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
2 chicken thighs
Tepung gandum
2 telur - pukul ringan
70 gram breadcrumbs
Minyak masak

Marinate
Soy sauce
Garam
Black pepper


Perap ayam dengan bahan marinade selama 3 jam atau semalaman.  Keluarkan dan lap kering.




Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung.  Celup ke dalam telur yang dipukul ringan dan golek ke dalam serbuk roti.






Panaskan minyak  dan goreng sehingga kedua dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.





Mushroom sauce
1 bawang besar - hiris bulat
50 gram cendawan butang
1/2 cawan chicken stock
2 sb butter
Garam
Black pepper
1 sk tepung jagung

Sedikit black pepper sauce

Panaskan butter dan masukkan bawang besar sehingga lembut.  





Masukkan mushroom dan kacau lagi beberapa minit.  Masukkan chicken stock diikuti dengan tepung jagung.





Masak sehingga kuahnya pekat dan taburkan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit black pepper sauce, jika suka.





Tuang ke atas ayam dan bolehlah dihidangkan.





Mashed Potato

5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
1/2 cwn susu segar  
2 sb butter
Sedikit garam dan lada hitam 
Black pepper sauce

 

Bahan bahan Sampingan
2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
1 biji tomato- dihiris


Lenyekkan kentang dan masukkan butter. Kemudian tuang susu segar dan tambahkan lada hitam dan sedikit garam. Cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy tadi.

Hidangkan dengan kentang goreng, brokoli dan asparagus. 







Enjoy...


7 comments:

  1. nampak sedap lah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila buat sendiri, memang sedap dan menjimatkan

      Delete
  2. td cuba buat ikut resipi akak, boleh tahan sedap. terima kasih kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila buat sendiri, semua boleh di adjust

      Delete
  3. Akang step 4 tu tak faham,,, serbuk roti tu yg macam mane e??

    ReplyDelete
  4. Time kasih akak. Nk masak wt buka puasa. Dh lama ank suh masak ni. Hehe- nurul

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.