Iklan Nuffnang

Revenuehits html

15 Feb 2012

My Best Beef Stew In Slow Cooker




Saya mula belajar resepi stew dengan mengambil resepi Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puan Pahang yang merupakan idola saya sejak dahulu lagi. Masa itu, TPP menunjukkan cara cara memasak Chicken Stew yang mudah sekali di satu rancangan TV yang juga disertai oleh anakanda baginda. Saya menyalin resepi dan mengajar pembantu rumah membuatnya. Penyediaan yang mudah menjadikan ianya antara lauk favourite untuk dimasak dalam keluarga kami sejak berpuluh tahun lalu. Namun kini, agak lama saya tidak menyediakannya.

Resepi ini pulak saya buat versi slow cooker kerana dengan slow cooker boleh menjimatkan masa di mana kita boleh melakukan perkara lain sementara stew dimasak. Sebenarnya satu yang menarik berkenaan stew ialah fleksibiliti. Apa apa yang ada, boleh digunakan. Kalau ada mushroom ke, karot ke, semua boleh masuk.

Sedap sekali masakan menggunakan resepi ini, ala ala Irish Beef Stew gitu. Jom kita tengok resepinya...




Beef Stew
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gm daging - potong kiub  
1 tsp  olive oil
1 bawang besar - potong kiub
2 karot - potong 
2 kentang - potong saiz 2"  
3 batang celery- potong
1 tsp bawang putih - cincang 
1 tsp Kicap
1 cawan beef broth (use 1 tsp beef stock powder)
1 fresh/1 tsp dried thyme sprig 
1 tsp Oregano
2 bay leaves
2 tbsp tepung gandum/tepung jagung
2 tbsp air (membancuh tepung)
Garam 
Lada hitam

Cara cara
Sediakan bahan bahan diperlukan. Potong daging dan hiris sayuran sayuran.








Panaskan kuali, masukkan olive oil.  Masukkan daging dan balikkan sehingga keperangan. Taburkan garam dan lada hitam. Angkat dan ketepikan.







Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau kacau rata dan masukkan sayur sayuran yang dipotong ubi kentang, karot dan celery. 




Masukkan daging dan sayur sayuran ke dalam slow cooker. Taburkan oregano, thyme, bay leaves dan lada hitam. 





Masukkan sedikit kicap dan beef stock.  Renihkan beberapa jam.





Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air ke dalam periuk.  Kacau rata sehingga agak pekat. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Boleh tambah air jika terlalu pekat. 





Nota: boleh juga daging digaul dengan tepung, garam dan lada hitam sebelum digoreng dengan memasukkan ke dalam plastik dan digoncang supaya rata.





Enjoy ....



11 comments:

  1. salam.. saya dah cuba resepi ni dan sangat sedap walau pun baru first time buat. terima kasih azie kerana sudi berkongsi resepi. hanya tuhan dapat membalasnya.

    ReplyDelete
  2. sedang mencari resepi untuk daging korban yang banyak diterima tahun ini...nanti nak cuba beef stew ni. Thank you for sharing ya!

    ReplyDelete
  3. akak, sayur ye memang jadi lembik ye?? tp sedap !

    ReplyDelete
  4. kak azie, nak share kat fb ek. ari tu saya buat utk open house. ramai kata sedap..

    ReplyDelete
  5. salam...saya dah try dah resepi ni and ada yang saya ubah sikit2 ikut mana bahan yang ada kat rumah..sangat suka blog ni sebab saya suka memasak tapi hanya dapat masak masa cuti sem je..and stew daging ni jadi..thank you kerana sudi share resepi yang best2 and rasanya nak try macam2 lagi dari blog ni..:)

    ReplyDelete
  6. As-salam kak Azie,
    kalau guna slow cooker ni nak set low ke high?
    berapa jam ye?
    dah dekat setahun dpt slow cooker tapi tak penah guna..
    baru ni nak guna..tapi blur-blur pulak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna low shj. Tengok lah kalau nak makan cepat, set high

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak. Teringin sgt nk bt stew daging ni. Nampak sedap. Hehe. Tp sy xde slow cooker. Kalau sy guna pressure cooker boleh x kak? And if boleh, timing nya jd bape lama ya? Harap sgt akak dpt reply msg sy ni. Tq :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah pertama kali buat sedap rasanya hanya saya kekurangan 1 bahan, daun thyme. Tapi alhamdulillah sedap! Saya menggunakan periuk nasi untuk masak stew ini,memandangkan takda slow cooker.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sis. Saya da cuba resipi Sis. Alhamdulillah mmg sedap, tu la kali pertama cuba membuat stew daging. Walaupun kekurangan 1 bahan yaitu daun thyme masih sedap rasanya. Saya menggunakan periuk nasi sebab takda slow cooker. Hari yg kedua kali membuat stew sbb saudara dtg.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.