Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 3 February 2012

Kek Durian Juitaku Sayang






Sekarang ni musim dan mood kuih muih berasaskan durian jer. Sebelum ni buat bubur kacang hijau dengan durian, semalam buat puding roti durian. Jadi lepas ni kek durian lah pulak.  Dah lama teringin untuk memasak kek durian, lebih lebih lagi sebab dah lama juga saya tidak membuat kek selepas Kek Semolina tempohari. Jadi saya fikir elok saya membuat kek durian, dapat kedua duanya sekali. Dapat makan kek dan juga durian.  


Ada beberapa resepi kek dalam simpanan tapi entah macamana terpandang resepi Kek Durian Ekspress. Ini sudah bagus, maklum zaman sekarang di mana masa bergerak pantas, kita tidak lagi boleh membuat sesuatu yang memakan masa dan kos yang banyak sedangkan hasilnya sama sahaja. Jadi kalau resepi ini yang menggunakan bahan yang ringkas dapat menghasilkan kek yang sama sedapnya dengan kek durian yang menggunakan bahan segala bagai, baik pilih yang ringkas. Lebih lebih lagi percubaan pertama ...


Hari ini saya menghantar bbm pada Juita kalau dia mahu membuat kek durian supaya boleh dimakan pagi pagi esok sebagai sarapan hari sabtu. Lagi pulak, saya lebih gemar kek yang sejuk, bukan yang panas panas. Kek panas kadang kadang tak terasa keenakan butter nya.  Bila tak mendapat jawapan, saya fikir mungkin dia kepenatan selepas balik dari sekolah.  Tapi tiba tiba dapat image message kek durian yang telah siap dimasak.  Yahoo balik boleh terus makan kek durian dengan air teh O Ahmed Tea. Kek ini sangat lembab dengan tekstur yang sangat lembut... 


Jom layan resepinya ...


Kek Durian Juitaku Sayang
sumber:  kakbesah@myresipi


Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (kalau tepung biasa, masuk 1 sudu teh baking powder)
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
3/4 cawan bancuhan 3 - 4 ulas durian + susu segar @ susu cair (bancuhan susu tepung pun boleh)
1/3 sudu teh garam
3/4 cawan minyak jagung @ sawit
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu besar ovallete


Cara-cara
Blend telur, gula, garam dan bancuhan durian hingga gula hancur. 





Masukkan minyak masak dan blend 5 saat. Masukkan bicarbonate soda, blend lagi 5 saat 





Masukkan tepung dalam mangkuk, lalu curahkan bahan mesin sambil dikacau rata menggunakan hand whisk. Setelah dikacau rata, boleh masukkan semula ke dalam blender dan blend 5 saat.




Masukkan dalam loyang yg telah dialas kertas dan disapu minyak.  







Panaskan oven terlebih dahulu.  Bakar pada suhu oven 170c selama lebih kurang 40 minit @ sehingga masak. 




Boleh juga dimasukkan dalam cawan kertas @ muffin. Siap dan boleh dipotong dan dihidangkan.








Enjoy .... 


2 comments:

  1. Kalau cawan kertas berapa minit dan suhu utk bakar sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya 18-25 minit ikut saiz cawan dan oven

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.