Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

6 Feb 2012

Delicious Spaghetti Aglio e Olio Untuk Sarapan Di Nur Qaseh



Masih terdapat baki spaghetti yang direbus malam tadi, jadi saya terus membuat seafood spaghetti aglio e olio untuk sarapan pagi ini. Kebetulan masih ada udang harimau sederhana besar yang dibeli di KK dalam peti ais.

Wah seronok melihatkan anak anak makan sebaik sahaja diangkat dari dapur. Melihatkan telatah mereka yang makan secara berebut rebut adalah kenangan terindah dalam hidup. 

Kalau semalam saya tulis spaghetti carbonara yang dimasak sedap setanding dengan spaghetti di Italiannies, hari ini pulak spaghetti aglio e olio saya sedap setanding dengan seafood spaghetti di Delicious yang selama ini menjadi kegemaran saya setiap kali mengunjunginya. Dulu saya tak berapa suka spaghetti di Delicious sehingga kawan saya mencadangkan saya mencubanya sewaktu kami makan makan di Delicious Mid Valley.  Dari situ, saya mula menggemarinya dan kadang kadang mengajak hubby singgah di Delicious selepas pejabat hanya untuk makan seafood spaghetti.

Resepinya ada di SINI ya.  Resepi ni saya ambil dan belajar dari video omputih. Melihatnya berulang ulang kali bagi memastikan cara dan teknik yang betul di ikuti.  Jom layan gambar gambar yang diambil pagi ini ...

Spaghetti Aglio e Olio

Mula mula rebus pasta mengikut masa yang ditetapkan di bungkusan.  Yang ni, semua orang tahu kot, letak garam banyak banyak sampai air rasa salty, baru sedap.  Juga letak sedikit olive oil. 

Masukkan olive oil ke dalam kuali dan tumis bawang putih yang dihiris nipis dengan api perlahan sehingga kekuningan.  Masukkan cili kering yang digunting.  Goreng lagi dan masukkan chicken stock bagi memberhentikan bawang putih dari terus kegaringan.  Kemudian masukkan udang dan masak sehingga udang masak.





Pasta yang masak, ditabur parmesan cheese dan daun parsley yang dicincang.  Gaul rata rata.




Masukkan pasta ke dalam kuali dan dikacau rata rata.  Masukkan garam dan red pepper flakes.  Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.




Masa dihidang, taburkan red pepper flakes dan chopped fresh parsley sekali lagi.





Tengok anak anak saya, tak sempat nak berhidang cantik cantik. Sementara saya sibuk mengambil gambar, tengok mereka dah mula makan.




Enjoy .... 

1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads