Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

26 Jan 2012

Seafood Spaghetti Aglio e Olio





Masa ke bahagian supermarket JJ One Utama tempohari, Aween ada membeli mussels dan saya sendiri membeli 1 pek scallops yang saya guna untuk memasak Seared Scallops and Pasta tempohari. Masih ada banyak lagi baki scallops. Bila ditanya apa yang nak dimasak dengan mussel, anak bujang saya secara spontan akan menjawab Spaghetti Aglio e Olio.

Jadi untuk tidak menghampakan, saya memasak spaghetti Aglio e Olio sebaik balik dari pejabat. Hari kedua bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina. Seperti yang saya tulis sebelum ini, biarlah tiap hari memasak pasta pun tak apa, asal famili suka dan pastinya habis dengan begitu cepat sekali. Lagipun kata my laling hubby, asal anak anak nak makan, berapa banyak pun, tak apa kerana kita memasak untuk mereka makan.

Aglio Olio adalah resepi klasik orang orang Itali yang bahan utamanya ialah bawang putih dan minyak olive. Ianya pasti nya versi pasta yang sangat menyihatkan. Resepi ini adalah sama dengan resepi Aglio e Olio yang telah saya masakkan sebelum ini, cuma ianya diletakkan seafood. Tak jumpa resepi dulu? OK klik jer di SINI

Sekarang kita layan resepi yang hari ini pula ...




Seafood Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper

Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yg disukai

Cara cara:
Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.








Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.





Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing.  





Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.







Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta  hanya direbus 3/4  masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.





Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper. 




Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.






Enjoy ....


29 ulasan:

  1. wahhhh nie lah salah satu dr pebret D5...xsabo nk masak lg hehehhehe...best2

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, the real aglio e olio hanya menggunakan garlic dan olive oil. Kalau nak bagi ada taste sikit, kita letak seafood. Sedap ni, cubalah...

      Padam
  2. tu lah tu cume nk carik mussels yg segar mmg susah kan skrg nie..d5 nk cube letak lala musti best kan..Tgk pic nie pun mmg tau sedap :D...yummy yummy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami guna yang frozen jer. Lala pun OK juga.

      Padam
  3. Puan thank you sbb tunjuk step by step . love you !

    BalasPadam
  4. Sedapnya kak azie!

    Thanks Sangat sebab share Variasi Resepi Aglio e Olio.

    Nak cuba nanti.hoyaeh!!

    Salam kenal
    Che'Pah

    Jemput Ziarah www.latifahsuleiman.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Thanks sis nanti jemputla datang blog sue www.suerizal.com tengok jadi tak sue buat ikut resepi sis.

    BalasPadam
  6. Wow..nmpak sedap....nanti nak try laa...nanti NR letak dlm blog yerk...sofiasihat.com..terima kasih sis...

    BalasPadam
  7. Enter your comment...wow... nmpk sedap... blum lg cuba.. plan nk buka bis ni kt brunei...google punya google nk cri resepi ni akhirnya dlm blok ni resepi yg simple sgt. resepi really2 simple. tqz for the resepi ka. :D

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum nk tnye .. mcm mne pulak utk dlm anggaran 1 kelas mkn ? Sbb sye cdg nk cube resepi ni utk jamuan kelas nnti .. huhu ..

    Sincerely,
    Iman .

    BalasPadam
  9. alhamdullilah..jumpa resepi idaman..hihi...terus lapar

    BalasPadam
  10. Boleh cuba nanti resepi akak,bagi saya berlainan cket resepi aglio olio ni,.saya suka pipiskan daun origano yg dh di kisar,cili kering blend dan pipiskan masa gaul dengan pasta, dan tambah gula cket 1 sudu kecil teh,pasta di rebus bersama 2 sudu besar olive oil dan beberapa helai daun bay leave. olive oil supaya pasta tidak melekat semasa di tos nanti,bay leave untuk mengekalkan aroma masakan itali..resepi akak saya akan cuba .

    Tukang masak kapal

    BalasPadam
  11. SALAM SIS AMIK GAMBAR PAKAI HP KE DSLR NI JELAS HABIS..IF PHONE BRAND APA?

    BalasPadam
  12. Tq for the simple yet very nice recipe. ��

    BalasPadam
  13. thank you sis.baru trybuat..best and senang!

    BalasPadam
  14. Blh x klu sye guna pati kiub ayam dn air sbg ganti stok ayam? Harap dpt respon cepat sbb nk tty jumaat ni

    Love,
    Nisa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tp rasa nya pasti berbeza

      Padam
  15. Salam. Kak azie. Minta halal resepi. Guna buat makan sndiri. Tiba2 ramai plk order. Skrg jual ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  16. As salam zie tima kasih berkongsi resepi semoga dpt dipnjgkn kepada org lain inshaAllahhh
    Mohon share yea...mintak halal yea azie

    BalasPadam
  17. Akk da try resipi azie..mmg sedap bak hang..hubby dan ank2 pun suka..

    BalasPadam
  18. Dah setel buat. Sedap :)

    Cuma ubah guna macaroni dan ayam sbb xde seafood

    BalasPadam
  19. suka sgt tgk resipi kak azie ni...terima kasih kak...

    BalasPadam
  20. Saya dah Cuba.. sedapppp ... Terima kasih Kak Azie kongsi resipi...

    BalasPadam
  21. Wah2... senang rupanya... nk buatlah.. udang ngan sotong je pun bleh kan?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.