Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 15 January 2012

Nasi Goreng Cina



 
Kebetulan semalam ada nasi lebih, jadi saya dah plan untuk masak nasi goreng cina pagi ni.  Resepi ini adalah resepi yang saya tak tahu dari mana saya belajar tetapi sejak dulu, ini lah cara saya memasak nasi goreng cina yang sedap.  hahaha asyik puji diri sendiri jer ni.  Sedap bagi selera saya la, pada orang lain, tak tahu la pulak.  Resepi ini juga yang saya ajarkan my ex maid untuk menggoreng nasi goreng cina.

Nasi goreng cina ini memang ringkas dan sangat cepat disediakan.  Seperti biasa lah, anak anak tak suka sayur nanti mereka akan menguis ke tepi semua sayur sayur yang dimasukkan.  Tapi tanpa sayur campur, rasanya tak lengkap nasi goreng cina.  Jom kita tengok resepinya ...

Nasi Goreng Cina

Nasi putih
Ayam dipotong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
2 biji telur
Sedikit sayur campur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Bawang goreng - hiasan
Daun bawang - hiris

Tumis bawang putih hingga kekuningan.  Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak.  Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.  

Ketepikan rencah ke tepi kuali, dimasukkan telur dan dikacau rata.  Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi.  Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka.  Sedap jika dimakan bersama ikan bilis goreng yang ditabur semasa hendak dimakan.


tumis bawang putih hingga wangi

masukkan ayam yang dipotong kecil kecil

masukkan garam dan serbuk lada putih sedikit sahaja dulu

masukkan sayur campur

pecahkan telur dan kacau cepat cepat

masukkan nasi dan kacau rata sehingga telur bersalut

masukkan garam dan serbuk lada sulah lagi

tabur bawang goreng, daun bawang sebelum dihidangkan

sedap dimakan dengan ikan bilis goreng dan keropok lekor

4 comments:

  1. Sodap ehhh.(>_<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok entri ni, teringat keropok lekor yg sedap tu

      Delete
  2. sedapnyaaa. terus terasa lapar.

    ReplyDelete
  3. akhirnya jmp jugak resepi yang sy hendak... lain semua letak bawang merah dh jd bukan n.goreng cina la gaya.... tq kak zie...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.