Iklan Nuffnang

13 Jan 2012

Mee Goreng Azie






Saya memang penggemar mee goreng sejak kecil. Mee yang digoreng hanya dengan kangkung itu terasa sangat sedap pada saya dari dulu hingga kini. Setiap kali balik kampung, saya pasti membeli mee goreng yang dijual di pasar Jelawat. Pada masa tu, memang tak mampu membeli mee goreng yang sedap yang dijual di restoran.

Teringat lagi, masa saya kecil abang abang beli mee goreng dan membawa balik. Sedapnya teringat ingat sampai sekarang tapi masa tu saya makan sedikit sahaja kerana tidur awal dek berpura pura demam sebab tak mahu mengaji Al Quran. Nakal saya kan? Sebab arwah my father yang mengajarnya dan beliau sangat garang.

OK cukup dulu, nak ceritakan di sini, saya cuba memasak sendiri mee goreng dengan membuat pelbagai percubaan sehingga saya dapat yang betul betul sesuai dengan selera. Saya hanya memasukkan ayam atau daging sahaja ke dalam mee di samping sayur sawi. Lain lain bahan saya tak suka. Tapi dah agak bertahun saya tak menggoreng mee kerana Sri Handayani, pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun telah pandai menggoreng mee mengikut selera saya. Sejak itu, saya dah lama tidak memasaknya sendiri. Tapi kini setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil pembantu rumah, segalanya harus dibuat sendiri. Bila dah teringin nak makan mee goreng, kena lah memasaknya sendiri. huhuhu nak buat camne kan? Tapi puashati sangat, kerana terasa sungguh sedap sampai menambah 2 kali.  hihihi terlupa azam nak diet jap ..

Jom lah kita layan gambar gambar dan resepinya ...




Mee Goreng Azie

Bahan bahan:
1 pek mee kuning
Ayam atau daging - potong kecil
4 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sayur sawi
Garam
Kicap
Sos tomato
Sos cili

Bahan Hiasan
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Limau nipis - hiris


Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan ayam atau daging. Masukkan sedikit air dan goreng lagi hingga masak.

Bila ayam masak, masukkan garam, sos tomato, sos cili. Jika mahu masukkan buah tomato yang dipotong 4, boleh juga dimasukkan masa ini. Kacau rata dan biar agak berkuah pada masa ini. Kuah ini yang akan menyerap dan melembutkan mee nanti.

Masukkan mee kuning ke dalam kuali dan tuangkan sedikit kicap dan sayur sawi. Pada masa ini bolehlah ditambahkan lagi sos tomato. Masak sehingga kuah menjadi kering dan mee pun lembut dan bersalut dengan perencah.

Boleh lah diangkat apabila sayur sudah layu. Masa dihidang, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Akhir sekali sebelum dimakan, perah sedikit air asam limau nipis. Tanpa air limau nipis, mee goreng menjadi tidak lengkap pada selera saya.



tumis bawang putih

masuk 1 sudu cili kisar dan digoreng hingga garing

masukkan ayam dan goreng hingga masak

masukkan air dan sos cili serta sos tomato

masukkan batang sawi

masukkan mee kuning dan kacau rata

masukkan sayur sawi

masukkan cili merah, kicap, sos tomato dan bahan perasa

tabur daun bawang, bawang goreng dan hirisan limau nipis





13 comments:

Ee said...

Kak Azie..mmg sedap..seriously..saya mmg tak pernah dapat goreng mee yg sedap..tapi kali ni sampai kena dua kali masak..anak nk lagi..hehe..tq kak azie..the best mee ever..

Anonymous said...

Garam masuk byk x

Azie said...

Garam secukup rasa sahaja

Azie said...

Ee, tahniah kerana berjaya menghasilkan mee goreng sendiri yg boleh diubahsuai ikut selera sendiri

dandelion said...

Sos cili, sos tomata berapa byk kak letak? Kak guna kicap manis kew

Azie said...

Sos cili saya tak letak banyak tapi sos tomato agak banyak. Masukkan sedikit sedikit, sambil dikacau rasa dulu, tak cukup masuk lagi sampai jadi belengas. Saya guna kicap tamin biasa tu. Yang penting sukatan air supaya sedang elok jer mee nya. Kali nampak keras, tambah sikit lagi air. Kena praktis. Ini pun berpuluh tahun saya mencuba kerana tak puashati dengan mee yg dibeli di luar. Selain itu yg utama pada selera saya ialah hiisan limau nipis yang diperah sebelum dimakan.

Anonymous said...

mee goreng ni lmbap2 ker atau kering..

~~salyyna

Sis Murni Mohd said...

tq azie... rasa bertuah jumper dgn blog masakan azie ni..rahmat bulan puasa.. mencari2 menu berbuka utk famili...dapat blog yg menarik..masak melalui hati.. masak dgn iman...

Sis Murni Mohd said...

TQ azie.. selera ore kelate..

aqeel a said...

Tq kak..saya ni newbie lg bab2 masak nie..hehehehe..da try buat tdi..sedap..

NOOR HAFIZAH RAMLI said...

kak azie...nak tny...mee grg mmg x pyh letak sos tiram ye...

hani zaha said...

seriusly nampak menyelerakan, nak2 plak tgh pose ni...wajib try tuk berbuka jap lg hihihi....

Lyvita Shoppe said...

Yeay Dah siap masak.. Anak2 pon suka.. Tq dear!