Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Seri Muka Durian



Kuih Seri Muka Durian



Selepas solat subuh, saya terus memikirkan apa yang hendak dimasak hari ini. Maklum hari ini CNY, jadi tentu banyak kedai tutup. Biasanya saya dah merancang sehari sebelumnya apa yang hendak dimasak. Tapi malam tadi saya tak pasti apa yang nak dimasak hari ini.

Bila percubaan pertama membuat kuih seri muka berhasil, saya teruja untuk cuba membuat buat lagi kuih seri muka. Tapi bila memikirkan anak anak tak berapa menggemarinya, saya menukar fikiran dengan membuat kuih seri muka durian pula dengan harapan, durian dapat menarik minat mereka untuk menikmati kuih ini. 

Saya membeli durian di pasar malam KD dan disimpan dalam freeze. Pagi pagi lagi tadi, saya terus mengeluarkannya dari peti sejuk dan membiarkan ianya defrost dulu. Kalau masa nak memasak baru nak mencari durian, memang nampak gayanya tak menjadi lah seri muka durian. Jadi dengan menyimpan di peti sejuk, durian sentiasa tersedia bila bila masa yang kita kehendaki. Tak kisah lah yang macam mana, janji saya dapat memasak kuih ini.

Saya sebenarnya masih dalam pencarian, mencari resepi kuih seri muka pandan yang menepati ciri lapisan atas yang lemak, lembut dan manis secukupnya, manakala lapisan bawah yang lemak masin seperti yang saya makan semasa coffee break seminar baru baru ini. Jika kuih ini dihidangkan, memang saya akan memakan berketul ketul, sedapnya tak terkata.  

Resepi ini saya ambil dari resepi Kak Liza. Apa yang saya boleh katakan mengenai kuih ini adalah sangat sangat sedap terutama bagi mereka yang menggemari durian. Jom kita layan resepi dan gambarnya .... 



Kuih Seri Muka Durian


Kuih Seri Muka Durian
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
1 sk garam (dan tambah secubit lagi)
Sedikit minyak masak (esp klu guna santan kotak)

Cara cara:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Nota: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.

Lapisan Atas
4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
1 cawan gula tebu/perang (saya guna gula kaster jer)
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir
1 s/k  garam

Pewarna kuning (jika suka)

Caranya
1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan pewarna. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.


Jom kita tengok langkah demi langkah yang saya buat hari ini:

Pulut dikukus dengan santan yang telah dimasukkan garam.  Saya hanya guna 1 kotak santan sahaja, yang lain tambah air. Masukkan sedikit minyak masak sebab santan kotak tak berminyak, kalau tak mahu pun tak apa.


Yang ini pulak isi durian yang saya gunakan.  Durian D24 tu, tapi nak buat camne, itu jer yang ada.  Kalau ikutkan saya nak makan meratah jer.  Saya guna 1 cawan.


Masukkan gula, isi durian dan santan ke dalam blender dan kisau semua. Saya guna 2 santan kotak dan 2 cawan air.   Lepas tu, saya masukkan juga garam dan sedikit pewarna kuning, bagi nampak timbul warnanya.


Ini bahagian yang paling saya tak suka. Tapis tepung gandum dan tepung kastard ke dalam adunan yang di blend tadi.  Jadi bergetel getel.  Leceh lah nak menghancurkan tepung tu.


Pulut pun dah cukup masa. Keluarkan dari kukusan dan kacau rata rata. Kalau kurang garam, bolehlah ditambahkan garam. Tekan tekan kan permukaannya sebab saya menggunakan bekas yang sama jer.


Teruskan mengacau adunan bagi sebati dan tepung tidak berketul ketul.  


Saya kukus pulut yang dah ditekan tu sekejap dan terus tuangkan bahan lapisan atas ke atasnya. Saya terpaksa tapis kerana adunan tak betul betul hancur. Saya sebenarnya terlupa untuk memasaknya sekejap di atas dapur.  Itu yang sebenarnya. Jadi kena kukus lebih lama lah dari masa ditetapkan


Kukus lah balik dalam 30 minit atau sehingga masak.  Suspen sebenarnya sebab pengukus saya ni dah uzur, air menitik dengan banyak.  Jadi saya balut dengan tuala untuk mengelakkan air menitik ke atas permukaan kuih. Itu pun masih banyak wap keluar dari tepi periuk.



Tunggu kuih masak, saya bersarapan dahulu dengan cucur pisang dan teh O Ahmed Tea yang Nana bawa balik dari Egypt. Haaa saat ditunggu dah tiba, tengok tu walaupun kuih masak dengan elok tapi ada kesan air menitik juga... huhuhu masa untuk membeli pengukus baru




Akhir sekali tunggu lagi hingga ianya betul betul sejuk sebelum boleh dipotong. Potong dengan menggunakan pisau plastik. Rasanya dah terlembik sikitlah dek banyak air jatuh masa mengukus ... tapi rasanya tak tipu, memang sedap ... istilah sekarang, sedap giler  


Kuih Seri Muka Durian

Enjoy ...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Kuih Seri Muka Durian"

  1. Assalamualaikum, hari ini akak cuba buat kuih seri muka durian. Resepi dari blog Azie ini menjadi dan keluarga akak memuji2, sedap sekali. Tkasih kerana berkongsi resepi ini dll resepi juga. Alhamdulillah...


    BalasPadam
  2. Resepi dr azie mmg sentiasa mnjd.. terima ksh atas perkongsian resepi.

    BalasPadam
  3. T.kasih kak azie atas ilmu maskan sy dh try buat mmg sedap resepi akk ni

    BalasPadam
  4. Salam Azie, bole tanya.. loyang yg you gunakan tu berapa inci?l

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya pun dah lupa. Loyang saya biasanya saiz 8x8 in dan ada yang 10x10". Rasanya saya guna 8". mana mana pun boleh 8 atau 9 inci pun boleh. tak banyak beza

      Padam
  5. Assalamualaikum, tak boleh ke blend sekali tepung tepung tu? Supaya tak berketul?

    BalasPadam
  6. Salam..untuk kepala serimuka durian tu..puan bancuh dulu adunan kecuali durian..tapis kemudian kisar bersama isi durian..kisar sekejap je supaya ada rasa sedikit ketulan2 isi durian..

    BalasPadam
  7. Sis azie... Klu adunan atas mcm lembik..mcmne nk bg kental sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. taambah tepung sedikit demi sedikit

      Padam