Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 14 January 2012

Ikan Sardin Masak Sambal




Nasi lemak kukus pagi tadi masih ada lagi untuk makan malam sebab saya memang memasak untuk hidangan makan malam juga. Jadi untuk sebelah malam, saya memasak beberapa lauk untuk ditambah pada lauk sedia ada. Masa dok bertaman tadi, neighbour menghulurkan beberapa ekor ikan talapia yang sudah siap disiangkan. Jadi bolehlah digoreng dengan garam dan kunyit. Sedap bila digoreng garing garing sikit.

Di samping ikan talapia goreng, saya juga memasak sambal ikan sardin yang memang ringkas. Selepas solat Isyak, baru masuk dapur dan tak sampai 10 minit dah siap untuk dihidangkan bersama nasi lemak kukus. Sebab yang ada hanya tin kecil, jadi dapat lah sepinggan saja. Bila makan berebut rebut ni, lagilah bertambah sedap. 

Jom lah layan resepinya ...



Ikan Sardin Masak Sambal

Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sudu besar cili kisar
Garam
Serbuk perasa

Tumis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga betul betul garing. 

Asingkan ikan sardin dan sos nya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air. 

Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, cili merah hiris dan bawang besar hiris. Boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

tumis bawang putih hingga kekuningan

baru masukkan bawang merah

lepas itu, masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing

goreng ikan sardin dalam sambal dan ikan dibalik balikkan

bila ikan dah bergoreng, baru masukkan sos sardin

masukkan sedikit air, bawang besar dan cili hiris

tadaaa  ... siap

7 comments:

  1. kak boleh tak if i pakai serbuk chilli instead of chilli kisar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer...bancuh ciki seebuk tue...kan jadi mcm cili kisar gak...cili serbuk campur dgn air sikit pastu tumis laaa

      Delete
  2. salam...like ur blog...byk psl resepi...since saya pun br nk berjinak memasak, banyak kali gak saya cr recipe under ur blog...nak tanya, kalau cili kisar tu apa bhn2 die? sbb saya prnh try buat dlu, just kisarkan cili merah hidup, cili padi n bawang...tp mcm kurang ummmph sikit...apa lagi yg x ckup ye?
    tq

    oh btw sy br berjinak ngan blog juga...feel free to have a look
    http://www.zahirrahbegam.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  3. wah! sedap... first time masak sambal sardin... menjadi! thanks! :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.