Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

24 Jan 2012

Best nyer Fruit Cocktail Pudding






Teringat zaman kat kampung dulu, bila malam raya, kami mesti membuat fruit cocktail puding. Macam satu kemestian berhari raya di Kelantan mesti ada kuih agar agar. Tak kiralah agar agar sirap merah kosong, agar agar kering atau puding buah buahan. Hari raya sebelum saya mendaftar di Universiti Malaya, kami membuat banyak agar agar kering yang kemudiannya kakak bekalkan untuk saya bawa ke kampus. Tapi bukan saya yang makan pun tapi kawan kawan satu tingkat. Antara yang saya ingat sangat ialah Norma Salwa, my course mate.

Berbalik pada resepi ini, ianya diambil dari resepi bdaria. Tidak menggunakan resepi saya yang disimpan sejak dulu. Saya suka resepi yang menggunakan bahan yang ringkas tetapi tetap menghasilkan rasa yang sama. 

Puding ini dimasak oleh Juita dengan dibantu oleh Aween. Mudah dan sangat cepat disediakan. Bolehlah makan petang petang nanti. Best nyer kalau selalu cuti panjang macam cuti CNY tahun ni. Jom kita tengok gambar gambarnya ...





Fruit Cocktail Pudding

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar 
1 tin susu sejat penuh krim 
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 tin fruit cocktail

Cara-cara
Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah  air ke dalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih.


Masukkan susu sejat dan kacau rata. Lepas tu, bolehlah ditutup api.



Tapis buah-buahan cocktail, buang airnya. Masukkan buah-buahan cocktail ke dalam agar-agar dan dan kacau rata.



Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan ketepikan sebentar. Masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia keras. 





Keluarkan dari peti sejuk dan bolehlah dihidangkan.






Enjoy ...


11 ulasan:

  1. Hi there, every time i used to check weblog posts here early
    in the morning, for the reason that i like to learn more and more.
    Also see my site :: trucks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for following my blog.

      Padam
  2. Very nice post. I just stumbled upon your blog
    and wished to say that I've really enjoyed browsing your blog posts. In any case I will be subscribing to your feed and I hope you write again soon!
    My web blog :: trucks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Will visit your blog soonest. Tried to open the link, but wasnt successful

      Padam
  3. Thank you for resepi..saya dah cuba buat..rasa sedap..skrg nak tunggu sejuk je :) terima kasih ..

    BalasPadam
  4. Kalau guna agar2 tali blh x? Banyak mana air?

    BalasPadam
  5. Sy buat gune agar2 tali..4 gelas air tuk 1 pck agar2..:-)

    BalasPadam
  6. k.ngah sedap nye....kngah ni..anak kak sah...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Guna air byk n cmpur susu lg..xlmbik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tengok gambar. Itulah hasilnya. Jgn letak air banyk tp ikutlah sukatan yg diberi

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.