Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

6 Jan 2012

Ayam Masak Lemak




Sangat penat. Seharian menjalankan tugas luar menjadikan saya sangat penat. Tambahan cuaca panas yang lain macam sekali, menjadikan badan keletihan semacam jer. Aduhai rasa macam nak berehat hari ni, dapur Azie tak mahu beroperasi tapi permintaan dari Aween yang mahu saya masakkan Ayam Masak Lemak sukar ditolak. Lebih lebih lagi, hubby dah terus membelok ke kedai runcit mencari ayam, santan dan cili. Hmmm tak sampai hati nak menolak permintaan seorang anak yang tengah naik selera makannya.

Resepi masak lemak ni memang mudah, sama jer dengan masak lemak cili padi tapi dia dah minta supaya masak lemak biasa kerana tak mahu masak lemak yang pedas. Saya akur walaupun saya amat menggemari masak lemak cili padi.

Jom layan resepinya...




Ayam Masak Lemak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
4 biji cili hidup (1-2 cili padi jika mahu pedas)
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 asam keping
Garam
Gula
Daun limau purut atau daun kunyit
Santan secukupnya

Kisar cili, bawang merah dan kunyit hidup. Masakkan dengan santan hingga mendidih. Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dimakan dengan nasi panas panas.

bahan yang digunakan

setengah ekor ayam jer

merasmikan periuk baru dari Salamku

masukkan ayam bila kuah mendidih

masukkan garam, gula, asam dan daun limau purut

siap ...


29 ulasan:

  1. saye ni dh la puase, terliur pulk tgk ayam ni. kak azi, halalkan sume ilmu ye. saye slalu tgk blog akak sebenarnye hehe

    BalasPadam
  2. Resepi harini bg orang yang tak suka masak. Hahaha thanks for the recipe!

    BalasPadam
  3. suke tgk respi blog ni..moga Allah bg gnjran phala utk akak.org lain dpt mnfaat dpt sdiakn menu utk suami n ank2

    BalasPadam
  4. Rezeki kak azie mmg best, thanks kak

    BalasPadam
  5. Kak saya hari2 masak ikut resepi akak mls nk fikir nk masak apa

    BalasPadam
  6. Kak saya hari2 masak ikut resepi akak mls nk fikir nk masak apa

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Ikut berapa banyak kuah dan berapa kepekatan kuah. Biasanya saya guna 1 pek santan yang dibeli di kedai runcit.

      Padam
  8. tq kak share resepi suka sangat simple :)
    kuali baru kak comel, boleh tahu beli dekat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli kat KB tapi macam tak tebal sb belum apa apa, dah berlubang

      Padam
  9. Jelas dan ringkas . Saya yang tak pandai masak pun boleh ikut . Terima kasih :)

    BalasPadam
  10. Puan azie,dh banyak mel ambik resepi puan azie,mintak halal ya

    Melanie

    BalasPadam
  11. Resepi dr akak ni mmg x pernah mngecewakan..torbaikk la kak...mujur ada blog ni..utk kami yg jnis x brp nk pndai masak ni... 👍👍👍👍👍

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah today ikut resepi akak menjadi, betul2 sedap,,,thank you very much,,,,,,

    BalasPadam
  13. Saya suka resepi2 kak Azie...ada jugak saya cuba buat & menjadi...anak2 n suami pun suka....terima kasih....mintak halal ya...tqvm

    BalasPadam
  14. Kak azie...kerap cuba pelbagai resepi dari kak azie... and the resepi menjadi.. tenkiu kak azie...

    BalasPadam
  15. Resipi kak azie senang dan simple, saya mmg tak berapa nak pandai sgt masak, tapi klu ikut resipi kak azie, gerenti jadik 😃 tq😉

    BalasPadam
  16. Nk try buat la...tp pedas sangat tak kak...

    BalasPadam
  17. Terima kasih kak azie , akk punya resepi ayam masak lemak ni first time msk menjadi sedpp !

    BalasPadam
  18. Salam kak azie sy aishah
    Kalau sy tambah serai boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Aishah. Boleh. Lagi sedap

      Padam
  19. Semua reswpi akak ad yg saya dah cuba..n sgt sedap ..thanks akak.=)

    BalasPadam
  20. Sy share ye kak. Slalu jgak refer resepi2 akk☺️

    BalasPadam
  21. Hari ni nak masak ayam masak lemak ni
    Harap sedap hehehe

    BalasPadam
  22. Minta halalkan resipinya...saya guna ye

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.