Iklan Nuffnang

Adsense HTML

25 Dec 2011

Masak Teresek Jantung Pisang






Teresek adalah antara lauk pauk kegemaran saya kalau ada majlis majlis kenduri di Kelantan. Kalau kebiasaanya dimasak Teresek Kacang Panjang tapi kali ini dimasak menggunakan jantung pisang yang memang sedap sekali. Ini juga antara lauk semasa majlis kenduri aqiqah cucu saudara pada hari cuti krimas hari ini.

Jom layan gambar gambar dan resepi di bawah, walaupun tiada sukatan diberikan, namun boleh diagak agak dan campak campak sahaja ...




Teresek Jantung Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam - hati, kaki atau apa apa jer
Jantung pisang
Rempah gulai kawah
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Rempah ketumbar
Santan
Garam dan gula
Kerisik kelapa
Asam keping


Cara cara:
Jantung pisang dihiris, rendam dalam air garam dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit. Blend cili, bawang bawang, ketumbar, halia, kunyit dan lengkuas. Masak ayam dengan bahan kisar hingga air agak kering. Masukkan santan, asam keping.  Masukkan santan dan masak hingga agak naik minyak. Masukkan garam dan gula. Masukkan jantung pisang dan akhir sekali masukkan kerisik kelapa. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

jantung dihiris, rendam air garam dan perah

masak ayam dg bahan kisar dan masukkan santan

masukkan garam, gula, gula melaka dan jantung

akhir sekali masukkan kerisik kelapa

siappp


5 comments:

  1. Sedapnya...teringat masakan chek (mak) kat kg...

    ReplyDelete
  2. salam,zaza sebenarnya dah lama cr resepi ni,suami zaza suka sgt..nnt zaza cuba, bole wat juadah berbuka nnt..tqsgt2 azie...resepi2 awk sgt mbantu

    ReplyDelete
  3. menu peberet famili sy..teresek jantung pise + kcg pnjg..buh cili padi byk2 n kasi pedas kaw2 nya..pastu ratah kaki n kepak ayam bila dh siap masak..mmg da best

    ReplyDelete
  4. Salam k.azie, 10q cbb sudi kongsi banyak resepi2 org kelate...husband org kelantan so kalau nl masak masakan kelantan mmg cari azie kitchens ler....

    ReplyDelete
  5. Akhirnya sy dpt resepi ni.. my fevret ever.. ratah saja2.. tqvm sis azie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.