Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

3 Dis 2011

Kuih Talam Pandan




Balik dari pejabat dah lewat sebab jalan yang sesak kerana hujan lebat. Dengar citer, banjir teruk di Kajang. Badan pun dah penat tapi semangat nak membuat kuih sangat membara. Dari pejabat lagi dok terbayang, Kuih Talam Pandan yang mempunyai rasa seperti tepung pelita cuma tak perlu dibungkus seperti kuih tepung pelita. Lagipun saya memang teringin sangat nak makan tepung pelita.

Jadi ramalan saya tepat belaka, kuih talam pandan dah jadi lembik, ntah sebab sukatan ke apa ke. Mungkin juga sebab saya hanya membuat separuh adunan, jadi sukatan menjadi tidak berapa tepat.  Apa apa pun rasanya sangat sedap, rasa tepung pelita dengan kemanisan yang sangat sesuai dengan tekak saya. Bayangkan bangun pagi terus ke dapur, potong kuih dan sambil memotongnya, dah hampir setengah dulang dah hilang. wow magik gitu.. sekelip mata hilang. hmmm azamnya nak mula diet, camne ni???

Jom kita layan gambar gambar yang diambil ...




Kuih Talam Pandan

Lapisan bawah
1 1/2 cawan gula
2 1/4 cawan tepung beras 
1/3 cawan tepung gandum
5 1/2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 sudu besa air kapur


Lapisan atas
1/3 cawan tepung beras
3 cawan santan
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Campurkan semua bahan lapisan bawah. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur.

Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.

Campur semua bahan lapisan bawah. Kacau dan masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.

Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
Pastikan penutup kukusan dibungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata. Biar betul betul sejuk baru potong denga pisau plastik.



2 ulasan:

  1. Salam, sukala k. noorul tgk resepi dan gambar dlm blog Azie jadi terliur nok buat retek

    BalasPadam
  2. Assalam, tak terlintas blh buat talam..selalu makan keledek rebus dgn kelapa bersama sedikit garam saja atau buat pengat dan bubu caca! Atau buat muffin atau pancake, dengan pisang..cucu-cucu amat suka.
    Nak coba pula resipi Azie, Terima kasih!

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.