Iklan Nuffnang

Revenuehits html

24 Dec 2011

Gulai Lemak Ikan Keli Lembut




Saya memang sejak kecil sangat suka dengan ikan keli lembut yang banyak terdapat di sawah sawah padi terutama musim banjir. Terdapat 2 jenis ikan keli sawah iaitu ikan keli lembut yang badannya agak pendek dan bulat diekornya serta badannya berbintik kuning berbanding ikan keli kayu yang agak lonjong dan badan kurang berbintik kuning. Setiap kali balik kampung, ikan keli lembut inilah yang saya cari di Pekan Jelawat. Ikan ini sedap dimasak gulai atau digoreng dengan garam kunyit. 


Saya memang tidak suka mengerjakan ikan sungai yang hanyir dan berlendir. Jadi setiap kali beli, saya akan bawa balik untuk dimasak oleh kakak selepas Bonda tidak lagi memasak. Dulu dulu, memang Bondalah yang akan memasak lauk pauk yang saya ingin makan setiap kali balik kampung.

Jom layan resepinya di bawah ini....


Gulai Lemak Ikan Keli Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
4 cili kering
1 inci kunyit hidup
beberapa hiris lengkuas
4 bawang merah
sedikit rempah ketumbar
asam keping
Garam gula
sedikit daun kesum

Cara cara:
Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan bahan kisar, asam keping dengan santan sehingga menggelegak. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.

Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan kacau rata.  Masukkan garam, gula dan daun kesum.  Sesuaikan rasa dan angkat.


masak bahan kisar dengan santan

inilah dia ikan keli lembut kesukaan saya

setelah menggelegak, masukkan ikan

,masuk daun kesum, garam, gula dan asam keping

siap dihidang dengan nasi panas panas

ikan keli lembut yang digoreng

2 comments:

  1. Nk try buat la hr ni :) nk pegi beli santan dlu ;)

    ReplyDelete
  2. I ever tried to make this one when my mother was going aboard.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.