Iklan Nuffnang

Radiglow

25 Dec 2011

Gulai Kawah Daging Kambing Aqiqah





Saya belajar cara memasak gulai kawah daging kambing semasa kenduri majlis aqiqah  cucu saudara yang terbaharu pada cuti hari krismas. Saya balik kali ini memang semata mata untuk majlis aqiqah ini kerana Aween sangat suka makan daging kambing. Oleh kerana ianya dimasak dalam kuantiti yang banyak, agak sukar untuk mengira sukatan bahan yang digunakan. Yang penting, saya dapat tengok sendiri langkah demi langkah untuk memasak gulai kawah Kelantan ini yang semestinya sangat sedap dan menepati selera saya sebagai anak jati Kelantan.


Jom kita layan gambar gambar di bawah....





Gulai Kawah Daging Kambing
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Daging kambing
Mmbam nyior
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Rempah ketumbar
Rempah gulai kawah
Gula melaka
Asam jawa
Garam, gula
Kerisik kelapa

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris. Tumis bahan hiris hingga garing dan masukkan rempah gulai kawah.  Dimasak lama lama dan biar betul betul garing. 

Masukkan kesemua daging, mumban nyior dan rempah yang ditumis dan masakkan hingga daging empuk. Masukkan santan dan kacau hingga santan masak. Masukkan garam, gula, air asam jawa dan akhir sekali kerisik kelapa. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.  Siapppp ...


inilah mumban nyior

rendam dengan air

daging digaul dan dicuci dengan tepung gandum

campur mumban dan daging

masukkan rempah yang ditumis dan gaul rata

jerang atas dapur

bila daging empuk, masukkan santan

masukkan bawang merah

tuang gula, garam, gula melaka dan air asam jawa

akhir sekali kerisik kelapa

siap dan sedap dimakan panas panas


10 comments:

Zura Lee said...

sedapnye lahai gulai kawah !!!!!!!!

Azie said...

Zura, I pun tgh rindukan gulai kawah juga ni. Gulai kawah Kelantan

Zura Lee said...

nak2 plk yg dicampur ngn lemak2 tuh.. huwaaaaaa nangis !!!

Azie said...

Aduish terbaeek lah. Nangis kolesterol

Toko Online Kalistajaya said...

waw mantaaap.

Azie said...

Hahaha mantaap

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapnya.. nak cuba buat malam ni tapi sy tak ada mumban nyior, harap2lah sedap juga nanti...

Azie said...

Kalau ada mumban nyior, lagi sedap dan terasa manisnya

nur lina Rashid said...

sedap molek.....buley tera nih...kak dio terrr....kalu wat dale koli biaso xleh kow? hihi

kursus pengendali makanan diiktiraf oleh kkm said...

emm..mcm sedap jer..