Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

1 Dis 2011

Kuih Cucur Badak





Sebenarnya kuih cucur badak bukan lah kuih kegemaran saya tetapi saya melihat my hubby suka juga memakan kuih ini. Kebetulan ubi keledek yang dibawa dari Kelantan, masih banyak, jadi saya memikirkan resepi kuih muih yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Dari situ, saya terjumpa resepi cucur badak.



Jom kita layan gambar gambar dan resepinya .. 





Cucur Badak

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara :-
Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.


bahan blend di tumis dg sedikit minyak


masukkan kelapa parut dan masak hingga kering


ubi keledek direbus dan dilenyek


leperkan doh, masukkan inti


goreng dg api yang sederhana hingga kekuningan


siap dihidangkan


sedap dinikmati sebagai hidangan petang





16 ulasan:

  1. Wah.. Sedapnyer kak azie.. Blh cuba ni.. Kuih ni mmg feberet saya..

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Puan Azie..

    Alhamdulillah sy ditemukn dgn blog puan..
    Terima kasih atas resepi puan yg superb..
    sy ingin berkongsi resepi buat doh kue badak & kue keria..puan azie boleh try campur tepung gandum dgn tpung beras,contohnya jika sblum ni puan letak 4 sudu tpg gandum,puan boleh letak 2 sudu tpg gandum + 2 sudu tpg beras..puan akan akan dapati kue badak/kue keria lebih lembut..inshaa Allah.Selamat mencuba.

    Sharing is caring :)
    dari sy Puan hani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Hani, terima kasih atas petua. Insya Allah. Lain kali boleh cuba.

      Padam
  3. Kak Azie...semua respi akak sedap-sedap belaka...setiap kali saya nak masak mesti cari resepi tu kat blog akak dulu...terima kasih

    BalasPadam
  4. Kak Azie,terima kasih ye. Sy dh byk cuba resipi Kak Azie. Tomyam,famous amous,sotg kicap,cucur bdk,cekodok n byk lg. Semua best2 n sdp. 😀

    BalasPadam
  5. Assalam, azie.. Sy suka baca blog awak.. Resepi2 awk sume mmg best dan mudah serta x menipu mcm sesetengah blogger yg x ikhlas bg resepi.. Sy salu cuba resepi awak.. Hrp halalkan ye

    BalasPadam
  6. Tkasih berkongsi resepi. Halalkan resepi yg sy ambil.

    BalasPadam
  7. Wahhh... nk try la kuih ni. X pnah wat lg :)

    BalasPadam
  8. rsepi sdp sgt...tq kak azie utk inti ccur bdak tu..

    BalasPadam
  9. Salam kak azie. Nk try buat ni. Satu adunan ni dpt berapa biji kak??

    BalasPadam
  10. salam akak,mohon copy resepi yer...

    BalasPadam
  11. Salam Pn. Terimakasih atas resepi. Bnyk yg belajar dri blog pn. Semoga puan terus sukses

    BalasPadam
  12. Saya nk tanye kenape bila guna keledek warna oren kuih akan jadi sgt lembik pabila sudah digoreng malah seakan2 tak masak.Pada pandangan saya mungkin keledek oren ni sesuai untuk digoreng dg tepung, keledek ungu sedap buat kuih keria.Utk kuih badak dan kuih bom ni,rasanye sesuai guna keledek warna putih ala2 beidge colour kot..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.