Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 10 December 2011

Apam Bakar Kelantan




Kuih ini antara kuih kegemaran saya sejak kecil. Setiap kali bersarapan di Restoran Hartini di Shah Alam, saya pasti membeli satu atau dua keping apam ini, samada terus dimakan atau di bungkus untuk dibawa balik.

OK resepi yang saya buat hari ini lebih kepada campak campak sahaja di mana saya tidak mengikut sepenuhnya. Kuih kuih seperti ini bukan seperti membuat kek atau biskut atau sesetengah kuih yang perlu diikut sukatannya secara tepat untuk menghasilkan kuih yang sempurna.

Adunan apam ini saya bancuh malam tadi sebaik balik dari pejabat. Saya singgah di kedai runcit untuk membeli tapai ubi dan dua ketul saya makan begitu saja dalam kereta kerana tapainya amat manis. hahaha sikit pun tak offer kat hubby masa makan tu ... Jom layannnn ...

Apam Bakar Kelantan

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (ikut manis yg disukai)
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera (tak letak pun)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah(di mayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
250 ml air
4 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus)

Cara-cara
Lenyek pisang dan tapai ubi. Masukkan halia dan bawang hiris, garam, gula dan tepung beras. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk.

Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan.

Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali. Bila kuih berbuih, baru dibalikkan dalam 1 minit sebelum diangkat.

Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat. Dihidang bersama kelapa parut.

bahan bahan diperlukan


lenyekkan pisang dan tapai ubi

masukkan bawang merah dan halia dimayang halus

masukkan gula

tuang tepung gandum

akhir sekali air secukupnya

rehatkan semalaman

dibakar guna kuali kecil

siap dihidangkan


1 comment:

  1. Hi AZIE...orang shah alam ke? saya pun baru pegi restoren HATINIE nih minggu lepas masa gi tengok anak kat Shah Alam dan dah upload dalam blog.
    Senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat2 makan menarik yg saya pegi. Kebanyakan nye di area JOHOR sebab maklum la saya nih orang johor. Tempat2 lain pun ada...

    Jangan lupa register dan follow blog saya ok baru la ceria skit hehe TQ TQ TQ

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.