Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

26 Dis 2011

Agar agar Sirap Ros





Agar agar ini amat sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut kerana ianya tidak menjemukan dan rasanya sangat sedap jika dihidangkan semasa masih sejuk. Penyediaannya sangat mudah.  Kebiasaannya agar agar disediakan sebagai pencuci mulut majlis kenduri kawin kerana ianya mudah disediakan dan tahan lama. 

Jom kita layan resepinya ...




Agar agar Sirap Ros
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tahil agar agar
11 cawan air
3 cawan gula
Segenggam gula batu
Sirap ros
Daun pandan


Cara cara:
Masakkan agar agar, air dan daun pandan hingga agar agar hancur.  Masukkan gula dan gula batu. Masak hingga gula hancur.  Masukkan sirap ros.  Angkat dan tuangkan dalam acuan.


1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.