Semasa balik untuk majlis kenduri kawin anak saudara di kampung, saya memang mengambil usaha untuk melihat sendiri bagaimana gulai kawah Kelantan disediakan langkah demi langkah sehingga gulai masak dan siap untuk dihidangkan. Ini adalah kerana saya merasa pelik bila gulai kawah yang dimasak oleh orang Kelantan yang berniaga di KL tidak memberi rasa yang sama dengan gulai kawah yang disediakan semasa kenduri kawin di Kelantan.
Yang pasti, rempah gulai kawah mestilah menggunakan rempah yang diimport dari Kelantan yang dijual di kedai kedai runcit dalam guni besar. Kita cuma perlu memberitahu, berapa kilo daging atau berapa ekor ayam, kambing atau lembu yang ingin dimasak. Mereka akan menyukat secukupnya rempah rempah tersebut dengan mencampur segala rempah ratus yang perlu.
Walaupun namanya gulai kawah, sekarang ramai yang memasak menggunakan periuk besar sahaja. Tidak lagi menggunakan kawah. Jika menggunakan kawah, warna gulai kawah akan lebih gelap. Tapi apa pun rasa bagi gulai kawah adalah sama sahaja samada menggunakan periuk besar atau menggunakan kawah.
Walaupun namanya gulai kawah, sekarang ramai yang memasak menggunakan periuk besar sahaja. Tidak lagi menggunakan kawah. Jika menggunakan kawah, warna gulai kawah akan lebih gelap. Tapi apa pun rasa bagi gulai kawah adalah sama sahaja samada menggunakan periuk besar atau menggunakan kawah.
Jom kita tengok resepi dan cara cara penyediaannya. Jom kita ...
Gulai Kawah Daging
1 kg Daging (campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk dll)
4 ulas bawang merah (hiris)
Santan
Garam dan gula
Gula melaka
Asam jawa secukupnya
Bahan menumis
8 bawang merah (hiris)
4 ulas bawan putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 - 3 sudu besar rempah gulai kawah
Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.
Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.
Penyediaan bahan penumis:
Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah penumis iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah yang dibancuh dg sedikit air. Goreng lama lama sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan. Biasanya kalau untuk majlis kenduri, rempah akan ditumis malam sebelumnya bagi mempercepatkan kerja memasak keesokannya kerana proses menumis rempah memakan masa yang lama.
Penyediaan gulai:
Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk. Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan digaul rata. Biarkan sehingga mesra. Masukkan bawang yang dihiris.
Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak. Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.
Gulai kawah di Kelantan bertambah sedap jika dimasukkan sekali bersama mumban nyior yang didapati dari kelapa muda.
Gulai kawah di Kelantan bertambah sedap jika dimasukkan sekali bersama mumban nyior yang didapati dari kelapa muda.
![]() |
| Masakkan daging hingga air agak kering |
![]() |
| daging dicampur mumban nyior |
![]() |
| rempah yang ditumis bersama bawang dan halia |
![]() |
| masukkan rempah yang telah ditumis |
![]() |
| masukkan bawang merah hiris |
![]() |
| Tuang santan bila daging hampir empuk |
![]() |
| masukkan sedikit gula melaka, bukan semua ni tau |
![]() |
| Tuang air asam jawa |
![]() |
| Garam |
![]() |
| masukkan gula |
![]() |
| siaappp ... |













Nok balik try pasni. terimo kasih banyok share the info
ReplyDeleteAdoi sedak ni
DeleteMmg sedap! Saya first time mkn gulai kawah ni masa hari kenduri kawen saya kat kg suami.... Sampai hari ni teringat2
ReplyDeleteMemang sedap ni terutama yg dimasak oleh tukang masak Kelantan. Ada pulak mumban nyior. Aduh meleleh air liur jadinya
DeleteMmg sedap.... Saya first time rasa gulai kawah ni masa kenduri kawen saya kat sebelah suami ....sedap sampai hari ni teringat2
ReplyDeleteIanya tak sama dg gulai kawah kat tempat lain. Rempahnya yg special
Deletetengah cari resepi2 gulai kawah, dok selongkar dapur ni, takpe ye, hehehehe...
ReplyDeleteSilakan. Saya mengalu alukan
DeleteMana nk dpt rempah gulai kawah yg pure mcm kat ats tu..ada di pasaran ke? Thanks for the recipe...
ReplyDeleteYg ori, ada dijual di Kelantan. Tk pasti klu ada dijual di sini.
Deletesalam.. boleh tanya? cara 'raja berangkat' tu cam ner? boleh ajar saya dak?
ReplyDeleteSaya pun tak pernah membuatnya. Ikut jer cara di atas, memang sedap, inilah cara gulai kawah sebenar di Kelantan
DeleteSaya rasa mumban nyior tu umbut kelapa. Saya rasa mumban sepatutnya umban-nak dapatnya kenalah tebang pokok kelapa. Boleh diganti dengan umbut pisang (di Kelantan di panggil Rias Pisang) atau rebung madu.Tapi cara tradional ni tidak patut diubah suai sebagai warisan turun temurun masyarakat Kelantan.
ReplyDeleteBukan umbut kelapa. Mumban diambil dai buah kelapa muda jer. Tak payah tebang pokok kelapa. Umbut yg perlu ditebang
Delete