Iklan Nuffnang

Revenuehits html

20 Nov 2011

Ayam Masak Kuzi




Semalam saya sekali lagi memasak Ayam Masak Kuzi yang pernah saya masak dulu. Kiranya ini adalah entri ulangan lah. Kuzi ni adalah masakan istimewa orang Kelantan yang dimasak hanya pada hari hari tertentu kerana agak reme untuk membuatnya. Saya tak suka untuk selalu selalu membuat kuzi kerana ianya amat berlemak dan tentunya kandungan kolesterol juga tinggi dan tidak bagus untuk diet saya. Apa lagi saya akan makan dengan banyak bila sesuatu makanan adalah sesuatu yang digemari.

Saya menjemput beberapa orang kawan untuk singgah bagi jamuan petang di rumah kami. Pagi tadi team dari majalah MIDI datang saat saya sedang sibuk dan dapur saya sedang  berterabur mess kerana sedang menggoreng bahan bahan untuk memasak kuzi. Ayam masak Kuzi ini saya gandingkan dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh juga. Tapi kalau makan dengan nasi putih, kenalah ada lauk pauk lain juga.

Jom kita tengok resepinya di bawah. Jom layannn....

Kuzi Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Ayam potong 12

Bahan perap ayam:
Saffron
Halia 
Bawang putih
Garam

Potong kiub dan goreng:
Hempedal ayam
Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar

Bahan goreng:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang

Bahan tumis:
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte

Cara cara:
Panaskan minyak.  goreng bawang merah hiris, tos.  goreng bawang besar hingga kuning, tos.  goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos.  goreng hempedal ayam, tos.  Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.  Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air.  Goreng hingga wangi.  Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.

Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb.  masukkan gula dan garam.  Masak hingga agak pekat.
Sedap dimakan dg roti jala, nasi minyak dsb.


bawang putih dan bawang merah utk menumis


antara bahan bahan diperlukan


ayam diperap dg bawang putih, halia dan garam


lagi bahan bahan diperlukan


bawang merah hiris dan bawang besar potong dadu



bancuh rempah kuzi dg sedikit air


goreng bawang hiris sehingga garing


bawang goreng ditumbuk sehingga lumat


hirisan badam dioreng hingga kekuningan


kismis digoreng


bawang besar, badam dan kismis yg telah digoreng


hati dan mempedal yg telah dipotong dadu dan digoreng


akhir sekali goreng ayam separuh masak


tumis bahan tumbuk hingga wangi


masukkan rempah kuzi


masukkan sedikit air


tuang 1 tin susu cair


masukkan 1 botol sos tomato, jenama del monte tau ...


masukkan hati dan mempedal


masukkan bawang besar, badam dan kismis


kacau rata


masukkan ayam goreng


masukkan bawang goreng yg ditumbuk, garam dan gula


masak sehingga pekat


siap dihidang ..


30 comments:

  1. Ya Allah ..nampak menyelerakan..ni keno cubo ni..sayo minat benar masoke ni..dulu arwah mok behi buat..tp nok tanyo safron tu perap sekali gan aye ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. WS, ini betul betul resepi kuzi Kelantan

      Delete
  2. Hi Kak Azie, saya dah try resipi kuzi ni. Mmg best!! Thanks for sharing :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aireen, kuzi ni masakan istimewa orang Kelantan.

      Delete
  3. sedapnya..kak azie..best..bila nk cuba pun tak tahu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ee, cubalah sedap ni. Kalau nak beli saffron, kami ada menjualnya

      Delete
  4. Salam...
    kalu xder rempah kuzi mcm mana?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Boleh email ke azieshoppe@hotmail.com

      Delete
    2. salam..sis,ade jual ke rempah kuzi?

      Delete
    3. Saya beli rempah yg penyanyi Nora jual

      Delete
  6. Sis Nora ade jual online ke?teringin nak masak kuzi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kami pergi ke kedai dia. Di Kelantan, byk dijual rempah kuzi.

      Delete
  7. salam k. azie, sedapnye kuzi. tapi kat mane nk dapat rempah kuzi tu.
    http://sitirasyidahrazali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Cari tomato del monte takde. Mana nak cari.

    ReplyDelete
  9. Tq...atas resepi yg dikongsikan. Sy pasti cuba. Bahan semua dah ada...tunggu ms shj.

    ReplyDelete
  10. Seriously sebijik mcm resepi yg ayah sy warisi. Right down to brand sos tomato pon wajib yg tu. Hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.Kalau kuzi tak masuk safron boleh ke?

    ReplyDelete
  12. saya orang johor... tp laki org kelantan, baru je belajar masak kuzi dengan mak mertua saya... resipi sebijik macm kak azie punyer resipi.... sdp sgttt..tapi klau guna sos cap lain kene tambah separuh botol lagi... hr tuh saya guna sos cap maggi..kurang masam walau dah guna sebotol...

    ReplyDelete
  13. masyaallah inilah chef yg profesional , tunjuk satu persatu siap poto lagi ...alhamdulillah.
    baru pertama kali google resipi kuzi insyaallah akan cuba cik puan azie.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya selain tomato sos, perlu juga tomato puri

    ReplyDelete
  15. Salam K. Azie. Saya telah mencuba masakan kuiz ini mengikut resepi ini. Berjaya sepertimana arwah ibu saya memasaknya. Tp resepi ibu lebih sedap. Saya rasa bangga dapat masakan kuzi ini untuk abah saya kerana semenjak ketiadaan ibu, ayah tidak lagi dapat menikmati kuzi sesedap itu. Bila saya hidangkan kuzi ini, ayah kata sedap . Boleh cuba lagi untuk polish bakat. Tq K. Azie

    ReplyDelete
  16. Assalam rempah ayam kuzi jenama apa yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Saya beli di Kelantan. Tak ada jenama. Ikut brp kita mahu, mereka akan sukat dan timbang.

      Delete
  17. Even sy family org kelantan.. mak sy pun xpernah masak kuzi ni... sbb kita org kampung kots.. dah tua bangka nie baru pandai buat guna resepi kak azie.. dh byk kali try.. n dia mmg superbbbbss.. tq kak atas ilmu.. semoga Allah membalas segalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah Bonda pun tk pernah memasak lauk kuzi. Ianya masakan istimewa orang orang bandar. Bila kakak dah besar, kakak memasak lauk kuzi. Barulah dpt merasa.

      Delete
  18. Maaf nk tnya saffron tu cmner yer??

    ReplyDelete
  19. ini resipi yg paling lengkap. yg lain kebanyakkannye tak ikut resipi kuzi yg betul. cuma bawang goreng tu biase guna bawang besar bukan bwg merah kecil. siapa yg tak cuba resipi ni memang rugilah. terbaik

    ReplyDelete
  20. resipi kuzi yg terbaik. byk yg post resipi kuzi tp tak ikut yg asal. cuma bawang goreng guna bawang besar. rugi siapa tak cuba resipi nih. terbaik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.