Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 29 October 2011

Puding Roti Pandan Kukus






Saya memasak puding roti pandan kukus ini adalah secara kebetulan sahaja. Hajat hati untuk membuat puding roti bakar dan telah pun beberapa hari lepas membeli bahan bahan yang diperlukan.  Tiba tiba terpandang puding roti pandan kukus dalam blog Azita lalu saya buka internet dan mencari resepi roti pandan kukus yang lain lain juga. Saya begitu teruja untuk mencubanya selepas membaca dalam blog CT.


Roti yang saya beli tempuhari pun dah habis sebab dimakan cicah dengan sup gear box yang saya masak pada hari Deepavali.  Tapi kerana semangat nak mencuba, saya membeli roti gardenia baru.  Yaa ampuuunn, bau puding ini sangat semerbak dan rasa puding ini memang sedap, apalagi jika dimakan sejuk sejuk sebaik keluar dari peti ais.  Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...


Puding Roti Pandan Kukus
sumber: Dapur CT



Bahan-bahan:
12 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak 
2 1/2 cawan air
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam



Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.
5. Taburkan kismis sebagai hiasan.
6.  Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.
7.  Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.
Selamat mencuba ....



Bahan bahan diperlukan


Gula dan jus pandan


Rendam roti dengan bahan di blend


susun dalam acuan yang dilenser mentega


Tuang adunan selebihnya


Tutup dg foil supaya air tak menitis


Siap dikukus dalam 20 minit


Sejukkan dahulu sebelum dipotong



Potong dan hidang sejuk sejuk .. best


Selamat menjamu selera

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.