Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Cek Mek Molek


Kuih Cek Mek Molek



Bangun pagi pagi hari sabtu, saya terus ke dapur.  Berkobar kobar nak mengerjakan ubi stellor (ubi keledek lah weh) yang dibawa abang saya dari Kelantan.  Nak buat kuih Cek Mek Molek lah.  

Kuih Cek Mek Molek adalah kuih yang biasa dibuat semasa saya kecil dahulu. Maklum bahan bahannya mudah. Kadang kadang arwah my father tanam sendiri jer ubi keledek tu. Kuih ini kalau di kampung saya, bukan saja dimakan sebagai hidangan petang tetapi juga sebagai kuih untuk sarapan pagi.



Kuih Cek Mek Molek



Setiap kali balik Kelantan, saya memang tak lupa untuk membeli satu bag ubi keledek kerana harganya teramat murah berbanding dengan di KL. Jadi macam macam kuih yang menggunakan keledek saya ajar pembantu rumah untuk membuatnya. 

Selain cek mek molek, boleh juga digoreng sebagai kaki ayam. Keledek dipotong kecil dan panjang seperti jari telunjuk dengan tepung beras, ala seperti menggoreng pisang tu ... Atau boleh juga dibuat sayuran dengan pucuk manis ke. Hmmm sedap tu. atau ubi keledek direbus dan dimakan gitu saja sebagai sarapan. Pendek kata macam macam boleh buat lah dengan ubi keledek ni.

Jom kita layan resepi dan gambar gambar nya ...



Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek

Bahan bahan
Ubi keledek oren
Tepung gandum
Sedikit gula


Cara cara:
Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.

Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  

Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 

Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 

Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.


Ubi dipotong potong sebab terlalu besar


Direbus hingga empuk


Sejukkan dulu


Buangkan lah kulitnya


Tumbuk ubi rebus tadi


Dah siap ditumbuk



Gaulkan dengan tepung gandum


Adunan dah siap


Bentukkan kuih cek mek molek


Masukkan sesudu gula


Adunan siap dibentukkan


Tunggu untuk digoreng


Goreng dengan api perlahan


Kuih Cek Mek Molek
tadaa siappp


Lihat air gula di dalamnya



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

34 ulasan for "Kuih Cek Mek Molek"

  1. Tq for sharing..dah buat mlm td..mmg sedap..lama x buat cek mek molek ni..tp cek mek yg saya buat jd gemok2..hehe

    iburianaonlineshop.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Baru try ni ... tgh menggoreng.. tq 4 sharing..1st time buat cek mek.. biasa buat kuih keria.

    BalasPadam
  3. tq sbb share resepi...mmg tgh cari..mengidam ni..sblh penang ni xde jual..kenala buat sendiri..hehe..izinkan sy share pic n resepi di fb sy ye..gmbar gula kuar dr kueh tu mmg menggiurkan

    BalasPadam
  4. rindu kat mak bila tgk kuih ni ... nk buat sndri xjdi2 lg ..

    BalasPadam
  5. klo simpan dalam peti sejuk adunan tu boleh ke?masam x adunan tu ye..

    BalasPadam
  6. smooth jer tengok kak Azie buat, saya ni terkial2 masih belum menjadi setakat ni. baru jer beli keledek tadi, tu yang belek2 entry keledek akak ni. btw thanks for sharing all the recipes :D

    BalasPadam
  7. Salam kak,,,Tgh mencuba ni...;) ..keledek Putih je...harapp mnjadii,,tq share resipe

    BalasPadam
  8. Ade x bhn laen yg bole digunakn selain keledek? :) terima kasih

    BalasPadam
  9. sedappnye.. boleh try.. :)

    BalasPadam
  10. Saya mohon share resepinya Puan..Tkasih

    BalasPadam
  11. puan.. blh bg tips mcm mana nak mgentel.. sbb smlm buat jd mcm lembek.. xtau laa.. x cukup gandum ke apa.. kan letak byk gandum jd keras.. tp agak mencabar laa nak mengentel tuh.. rse dh mmg ummpphh.. anak2 suka sgt.. tq in advanced.. - azah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bt adunan mcm bt cekodok tu.

      Padam
    2. Try tambah gandum sedikit demi sedikit smp doh nya boleh digentel dan dileperkan. Kalau melekat tu, tandanya masih lembik

      Padam
    3. Setiap kali nk msk...mesti cari blog aziejaya nie...bkn ape..simple dan mudah nk folow step...maklum jer la..laki msk camne...tqvm psl byk resipi sy cuba dlm nlog nie...tqvm...

      Padam
  12. Boleh buat untuk minum petang hari ni.
    Tq for sharing. Memang menggiurkan betul la bile tengok gambar..

    BalasPadam
  13. salam lau guna ubi stello purple boleh ke

    BalasPadam
  14. Sy follower azie kitchen..sgt terinspirasi dgn setiap resepi yg di post...t.ksh byk2....byk pahala puan bt blog mcm ni

    BalasPadam
  15. Kat adunan tepung tu kena letak gula or garam ke akak?

    BalasPadam
  16. Klau saya letak marjerin sikit baru lagi sedap 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tapi itu versi moden. Versi tradisional macam yg saya buat

      Padam
  17. Baru nok try buat. Rasanya 20tahun dulu Saya buat.

    BalasPadam
  18. Blog utama plihan utk tho resepi..tq utk semua resepi...halalkan segala ilmu y sy dpt kt sini..tq kak azie

    BalasPadam
  19. Blh goreng Pakai air fryer x

    BalasPadam
  20. Tq akak, semoga akak murah rezeki atas tnjk ajar dberi

    BalasPadam