Iklan Nuffnang

Revenuehits html

17 Oct 2011

Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan






Semasa ber bbm dengan geng geng Kolej Ketiga UM, saya tiba tiba rasa ingin balik memasak.  Sebelum balik ke rumah, hubby singgah di kedai runcit untuk membeli bahan bahan untuk dibuat cucur udang. Sebaik masuk ke kedai, terpandang ikan tongkol putih dan ikan tongkol hitam. Bertahun lamanya saya mencari ikan tongkol putih yang biasa dibuat lauk nasi dagang Terengganu. Ikan tongkol hitam pula yang digunakan untuk lauk nasi dagang Kelantan. Saya terus membeli seekor ikan tongkol putih. Hajat hati untuk direbus dan digoreng dengan bawang besar dan cili hidup keesokannya. Ikan rebus goreng memang lauk kegemaran saya tapi ikan rebus tersebut mestilah dibiarkan sekurang kurangnya semalaman. Ikan direbus dengan asam keping dan garam yang agak banyak sehingga air rebusannya tinggal 1/4 sahaja.

Sesampai di rumah, hubby minta saya masak untuk makan malam anak anak. Jadi saya memutuskan untuk memasak gulai stail Kelantan. Ini adalah resepi gulai keluarga saya yang menjadi masakan gulai kami sejak dahulu. Sejak kecil, resepi gulai ini lah yang saya pelajari dan yang saya masakkan. Namun sudah sekian lama, saya tidak memasak gulai ini. Kiranya gulai ini adalah gulai yang digunakan sebagai lauk nasi berlauk pagi di Kelantan.  

Jika mahu dibuat nasi berlauk, makan dengan nasi putih, sambal cili dan ikan gulai serta timun atau kacang panjang tadi. Dibungkus pulak dengan berlapik daun pisang. Alahai sedapnya... Malam ni saya makan menambah nambah dan rasa bersalah kerana merosakkan diet saya ... 





Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula

Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)

Cara cara:
Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu. 

Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  







36 comments:

  1. Asam keping keno blender sekali ko kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak. asam keping tidak diblend

      Delete
    2. Cili kering tu blender tanpa rebus dulu ke sis?

      Delete
    3. Tidak semestinya cili kering direbus. Zaman dulu, saya hanya merendam dalam air panas untuk seketika. Ada kalanya saya hanya merendam sahaja cili kering dalam air sejuk dan di tos bersih.

      Delete
  2. asam keping campak je ke dlm periuk skali dgn garam... tambah gula melaka(manisan) klu nk lagi sedap... ikan yg dah siap rebus, klu goreng pun sedap. 013-2526294 tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tak pernah pulak saya goreng ikan rebus ni utk gulai. Kalau goreng, memangutk dimakan goreng

      Delete
    2. Ikan rebus goreng sedap kak.. sangat sedap..

      Delete
    3. Betoll22.. pahtu mkn ngn sambal lada.. oww sedapp..

      Delete
    4. Ari ni nak try masak lh...nak ikut resepi sis azie ni......

      Delete
  3. Nk mencuba untuk menu berbuka hr ni...ten q kak...dam mohon resipi ni untuk rujukan...

    ReplyDelete
  4. tengah survey menu utk juadah bbuka gak nih..nmpak cam sempoi jer...bleh try nih :)

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan...
    saya suka betul layan blog akak.lg2 resepi nasi ayam paling sedap dgn gulai ikan tongkol kelantan...lama dah x makan lauk kelantan memandang kan saya merantau rata...skrg menetap di alor setar dan gulai dia sangat la berbeza dgn gulai kelantan...hehehe...ada kesempatan pasti saya akan cuba.

    ReplyDelete
  6. Kak..sy nak try buat gulai ni untuk breakfast esok...mintak2 mnjadi..heheeee

    ReplyDelete
  7. tq..tak tahu pulak kena rebus ikan dulu..padanlah buat selalu hanyir!...

    ReplyDelete
  8. Rempah ros untuk apa pula yer?..resepi2 akak smemangnya saya ikut sebab suami org kelantan..yang penting..sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rempah cap bunga Ros tu rempah yang biasa digunakan utk memasak nasi dagang Terengganu. Ianya boleh didapati di Terengganu.

      Delete
  9. Terima kasih atas resepi gulai kuning..dok merantau negara orang pun, tekak Melayu Kelate, memang tak boleh ubah. Dah lama teringin nasi belauk, kena masak sendiri...kalau ada gerai sebelah rumah best gak. Berangan je la... Terima Kasih sekali lagi yek?

    ReplyDelete
  10. Sedapnyo..kite pun nak masok gulai ni jap lg..

    Nice sharing ♡♡♡♡

    ReplyDelete
  11. Xpayah ltk serai ye...lain dr yg lain ni..mesti cuba hehehe

    ReplyDelete
  12. hari ini nak buat menu berbuka gulai kelate hihihi...

    ReplyDelete
  13. Sy dh cuba buat... mmg jadi... cuma terlebih rasa kunyit skit... sukatan ikan ngan santan xde.. jd sy pakai satu kotak terus... hahahha... trima kasih sudi share resepi

    ReplyDelete
  14. Teringin nak makan gulai ikan tongkol.tapi lengkuas plak tak de. Saya suka cari resepi dalam blog kak azie.

    ReplyDelete
  15. Assalam sis azie..saya dah mencuba resepi gulai ikan ini, ternyata memang sangat sedap dan menu ni dah menjadi salah satu menu faveret keluarga saya. Kebetulan saya memang dah lama mencari resepi gulai ikan tongkol versi kelantan, saya memang penggemar masakan kelantan, sebelum beli, tp sekarang bila teringin gulai ikan aya, sya dah boleh masak sendiri. T/ksh atas perkongsian..moga sis murah rezeki dan sentiasa sehat hendaknya..aaminnn

    Jambumanis5091

    ReplyDelete
  16. SODAP MMG SODAP GULAI KUNING IKAN AYA NI KAK OII.MAKANAN TRADISI KELATE DAN SAYA MMG ORG SANA TAPI LAMA DOK KL BEB.SEMOGA AKAK DIMURAHKAN REZEKI DAN KESEJAHTERAAN HIDUP WALAU DIMANA SHJ DAN TIMA KASIH ATAS SHARE RESIPI NI KAK OI.

    ReplyDelete
  17. Salam... sy musykil sikit bab merebus ikan... rebus sampai air kering ke?
    Air rebusan yg tinggal bole masukkan skali ke?
    TQ

    ReplyDelete
  18. Tak payah letak rempah darat ye kak?

    ReplyDelete
  19. Sambal lada tu mcm mna ya kak?

    ReplyDelete
  20. Tq share resepi nk try buat nie... nyum nyum

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.