Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

26 Okt 2011

Butter Cake






Butter Cake adalah kek kegemaran saya sejak dulu dan saya sentiasa ingin membuat kek butter yang moist dan lembut. Sehingga saya berjaya membuat kek butter yang lembab lagi sedap, saya akan terus mencuba resepi resepi yang ditemui.






Sempena cuti Deepavali esok, saya memasak kek butter sebaik sahaja sampai di rumah. Dengan tak disangka sangka, abang saya dari kampung mengunjungi rumah kami. Semasa saya membuat keputusan untuk memasaknya, saya langsung tak ingat yang mereka akan datang, jadi tepat sangat keputusan untuk membuat kek hari ini. Boleh dijadikan hidangan kami. Kalau tidak, alamak saya lah yang kena menghabiskan kek ini kerana anak anak tidak berapa  menggemari kek. Jom kita layan resepi yang saya salin dari internet ...



Butter Cake

Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm gula halus
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu segar

Cara-cara
Pukul butter bersama gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanila sambil dipukul sebati.

Apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit.

Akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati. Masukkan adunan kek ke dalam acuan saiz 9 inci dan bakar padasuhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak. 



adunan gula dan butter setelah dimasukkan telur dan esen vanila


masukkan tepung dan susu segar


Sedang dimasak


Taadaaa siap



habis dimakan panas panas



Butter cake yang berwarna warni





2 ulasan:

  1. Hai Azie,
    Butter cake ni lembab tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih suka butter cake yg lain. Cuba tgk best ever butter cake ke. Atau rainbow cake pun moist

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.