Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 7 September 2011

Ikan Salmon Masak Asam Pedas




Ikan Salmon adalah antara ikan kegemaran saya kerana kandungan nutrisinya. Hari ini selepas selesai urusan dan tugas rasmi, saya singgah di Jaya Jusco One Utama. Saya terjumpa ikan ikan salmon yang telah dipack yang nampak sangat menarik dengan warna nya yang terang dan berlemak. Saya memilih bahagian tulang dan perut salmon yang memang lebih lemak dari bahagian lain.

Dalam perjalanan saya berkira kira apa yang nak dimasak untuk berbuka puasa, maklumlah dah pukul 6.15 masih berada di Sunway Giza. Saya perlu menyediakan satu juadah yang cepat disediakan. Tiba tiba teringatkan Masak Asam Pedas yang resepinya saya pelajari dari sahabat fb saya, Faziah. Beliau telah sudi memberikan resepi dengan sukatan sekali bagi memastikan saya berjaya menyediakan masak asam pedas yang kaw. Resepi ini yang saya guna setiap kali memasak asam pedas di rumah kami dan ternyata, memang sedap. Jom layan gambar dan resepinya....





Masak Asam Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
Sebesar ibu jari belacan
1 bunga kantan dibelah
1 pelepah daun kari
Bendi - boleh celur berasingan, jika suka
1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa

Cara cara:
Bawang bawang, halia dan belacan dikisar. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili giling. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan. 

Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan ikan.dan asam jawa. Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.

Jika terlebih masam, masuk air.  Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.



Layannn




4 comments:

  1. Salam Azie. I masak asam pedas Salmon hari ni. Terliur tgk kat blog you ni. Asam jawa la pulak habis. Malas nak ke town. Letak asam keping je. Mesti krg ummph ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DuRa, boleh juga kerana tujuannya supaya kuah kita mempunyai rasa masam secukupnya, barulah rasa masam dan pedas.

      Delete
    2. Ok juga rasanya...anak2 n hubby pun suka.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.