Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

2 Sep 2011

Rendang Ayam





Penat yang tak terkira dengan kesesakan jalan raya yang teramat sangat. Kami tiba di KD hampir tengah malam dan semua dalam kepenatan. Pagi pagi selepas solat subuh saya mula ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Melihat lihat apa yang terdapat dalam peti sejuk yang boleh dimasak. Saya mula memasak mee hoon daun limau purut yang telah saya letakkan resepinya di entri sebelum ini. Saya juga mengeluarkan ayam untuk dimasak rendang.  Entah la resepi ini memang resepi yang saya buat sendiri, main campak campak juga.  Nak kata rendang minang pun tidak juga sebab rendang minang ditumis terlebih dahulu, tapi saya menggunakan bahan seperti rendang minang tapi tidak ditumis.  

Di samping itu saya juga memasak nasi impit menggunakan rice cooker tanpa mengetahui dengan apa ianya hendak dimakan. Dalam hati, masak sahaja la dulu. Boleh makan dengan rendang ke atau makan dengan soto atau kuah kacang yang boleh dimasak nanti ke. Melihatkan telur yang banyak dibawa balik dari kenduri di Taiping, saya mula membasuh beras untuk dimasak nasi lemak berlaukkan sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan timun. Sementara menunggukan nasi lemak masak, saya memasak agar agar santan gula melaka.  

Jom kita layan apa yang saya masak hari ini.



Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 ekor ayam
3 serai - diketuk

Bahan mesin
Segenggam cili padi dan cili hijau (mahu pedas, dilebihkan)
5 labu Bawang besar
Kunyit hidup sebesar ibu jari
1 inci halia


Bahan hiris
3.4 ulas bawang putih
7-8 ulas bawang merah

2 batang serai
2 helai daun kunyit


Cara cara:
Masukkan semua bahan dalam kuali dan masukkan ayam. bila dah air ayam agak kering, baru dimasukkan santan.  Masukkan asam keping, garam dan gula.  

Akhir sekali masukkan daun kunyit.  Jika mahu, boleh tumis bahan mesin terlebih dahulu... rendang ini akan berwarna kehijauan kerana menggunakan cili padi dan cili hijau







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.