Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 19 August 2011

Spaghetti Carbonara






Kecanggihan teknologi membantu kita untuk berkongsi maklumat di seluruh pelusuk dunia. Dunia menjadi tanpa sempadan. Saya menggunakan sepenuhnya teknologi ini untuk melayan hobi mencuba resepi resepi baru. Melihatkan anak anak yang gemar sekali memakan spagethi Carbonara, saya memutuskan untuk cuba memasaknya sendiri. Setelah mencari berhari hari lamanya resepi dan petua untuk memasak pasta ini, saya telah memasak menggunakan resepi di bawah yang telah saya gabungkan dari beberapa resepi... Walaupun gambarnya nampak tak menarik, tapi rasanya hmmm sedap... 


Jom layan resepinya....


Spaghetti Carbonara
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ketul buttercup
Sedikit olive oil
4 ulas bawang putih (cincang)
1/2 pek daging cincang ramli (atau dada ayam)
1 tin mushroom soup campbell
1 kotak kecil fresh milk
3-5 keping cheese kraft
Cendawan butang
Black pepper
Fresh parsley



Cara cara

Panaskan kuali, masukkan sedikit olive oil dan ½ buku butter cup. Masukkan bawang putih yang diketuk dan cincang (bawang besar potong dadu, jika suka) hingga kekuningan. Masukkan daging cincang dan angkat.

Guna kuali yang sama, masukkan 1 tin mushroom soup Campbell classic dan 1 tin air.  Kacau rata dan bila tak berketul, baru buka api.


Masukkan 1 kotak kecil fresh milk dan 3 kpg cheese kraft, masukkan black pepper, garam dan 1 sudu gula.

Tuang daging tadi dalam sos mushroom.


Tuang sos atas spaghetti bila nak dimakan. Tabur parmesan cheese, daun parsley dan black pepper


4 comments:

  1. slm...
    akak nk bertanya...
    susu kotak fresh milk 2..yg berapa ml ye??? byk kotak xtau saiz yg mna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya guna kotak yg kecil sekali. Tak perasan pula brp ml. Sebesar kotak santan, rasanya dalam 200ml. Lebih kurang pun OK. Rasanya ada entri yg saya tunjukkkan step by step. Cuba search

      Delete
  2. Hidangan ni utk berapa org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Kami makan aekeluarga siap menambah nambah lagi. Maknanya 10-12 orang pun boleh.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.