Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Laksa Asam Yang Terbaeek

Laksa Asam Paling Sedap Azie Kitchen

Tiba tiba teringin nak makan laksa asam, apabila sahabat saya, Zs bercerita tentang keenakan laksa asam yang dimasak hinggakan jiran jiran bertanya dek baunya yang semerbak ke rumah jiran. 

Sejak itu, saya menjadi sangat teringin untuk memasak Laksa Asam sendiri. Laksa Asam tidak sama dengan Laksa Penang kerana Laksa Asam lebih popular di kalangan orang Cina.

Seperti biasa, tanpa berlengah saya mula mencari resepi laksa asam untuk dipilih. Berminggu saya mencari resepi, petua petua di dalam blog blog masakan. Akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi Zs kerana yakin dengan kehebatan masakan mee udang beliau yang world class... Menurut Zs, resepi ini dipelajari dari peniaga Laksa Asam berbangsa Cina.

Terima kasih Zs. Saya berbuka puasa dengan menghirup kuah laksa terlebih dahulu sebab dah tak tahan dengan godaan bau nya semasa memasak... 

Laksa Asam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kisar
1 jari telunjuk kunyit hidup
25 biji cili padi
1 ibu jari lengkuas
3 inci belacan melaka warna merah
3 labu bawang besar

Lain lain
5 serai - titik
1 senduk cili giling
50 sen daun kesum
20 kpg asam keping
2 bunga kantan -  belah
Segengam asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dalam kuah

Hirisan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan

2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat  dan disiakkan isinya.  Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain. Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam. 

Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.

Guna laksa beras, lagi sedap.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Laksa Asam Yang Terbaeek"

  1. Salam Kak Azie.. Akak guna ikan ape ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ikan apa apa pun boleh. Biasanya ikan kembung lah. Mudah

      Padam
  2. ni untuk berape org makan? 2kg ikan tu?

    BalasPadam