Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Ogo 2011

Biskut Cornflakes Madu




Sejak mendirikan rumahtangga, saya tak pernah fail membuat sendiri 5 hingga 6 jenis biskut raya. Tapi sejak dua tiga tahun kebelakangan, saya dah boleh bersara kerana anak anak dara saya sudah mengambil alih. Mereka komplen, mama asyik buat biskut yang sama saja setiap tahun. Hhmmm saya memilih resepi yang menggunakan bahan bahan yang sedap supaya biskut yang dihasilkan enak. Saya seorang yang sangat praktikal, bila jumpa yang berkenan di hati, akan setia pada resepi tersebut setiap tahun. Tapi tak apa, anak anak perlu diberi kebebasan....

Biskut cornflakes ini adalah biskut yang dimasak oleh Nellisa dan Juita untuk hari raya tahun ini. Jom layan resepi nya seperti di bawah....




Biskut Cornflakes Madu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.

Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.

Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 

Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.


Enjoy !!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.