Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

19 Ogo 2011

Best Ever Cucur Udang


 


"my best ever cucuq udang"...itu la nama yang cukup "catchy" diberi utk resepi cucur udang yang saya jumpa dalam blog kakida. Dari sehari ke sehari saya ingin mencubanya sehingga la hari ini, saya menjadikannya satu realiti. seperti biasa saya akan menggabungkan resepi resepi yang sama untuk menjadikan resepi yang terbaik. Sahabat saya, Puan Yarina memasukkan 1 biji telur untuk menjadikannya lebih yummy.. Hmmm makan cucur udang dengan teh O panas, memang terangkat... 

Jom layannnn resepi....





Best Ever Cucur Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda
1 cawan udang kecil putih
3/4 cawan bawang besar putih cincang
1 biji cili merah cincang
1 cawan daun kucai cincang
3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbuk
perisa jika suka
(campurkan semua bahan diatas dalam sebuah mangkuk..,gaul)

campurkan 1/2 cawan air panas thermos dengan 1 1/2 cawan air biasa
extra...1/2 cawan tepung gandum

caranya
tuangkan air sedikit-sedikit kedalam campuran tepung dan gaul rata... tambahkan setengah cawan tepung extra tadi sikit-sikit dan gaul hingga betul-betul sebati...texturenya harus likat

panaskan minyak dalam deep frying pan kepada 180C... sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan...

hidang panas dengan sos dan mayonnaise... jika takda udang kecil putih udang sederhana besar ni pun boleh...hanya gunting ekor dan muncung tajamnya...kemudian potong dua udang tu...jika guna udang kecil putih, tak payah buang ekor dan kepala...hanya bersihkan dan terus campurkan ke dalam tepung

 

Enjoy ...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.